[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Saturday, December 3, 2016

Buku Apa yang perlu anda ketahui tentang kanser payudara oleh Norsa'adah Bachok

No Perolehan: DTEM 08420/14
ISBN: 978-983-46-1229-0
Kategori: 618.4 NOR

Ringkasan/ Ulasan:
Apa yang perlu anda ketahui tentang Kanser Payudara
TAHUKAH anda bahawa setiap wanita berisiko untuk diserang kanser payudara?

Lebih membimbangkan jika ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit maut ini.

Buku ini mengandungi perincian tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanser payudara seperti mengenal pasti:
-penyakit,
-gejala,
-faktor risiko kanser,
-faktor pelindung,
-kaedah saringan,
-diagnosis,
-kaedah rawatan, dan
-kesan jika lewat menerima rawatan.

Yang lebih menarik pengarang turut menyisipkan kisah benar penghidap kanser payudara sebagai teladan buat golongan wanita.
Pengarang turut mengupas kecenderungan pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif untuk memulihkan kanser payudara. Akhirnya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor setelah penyakit semakin kronik dan sukar dipulihkan.
Buku ini sangat sesuai sebagai rujukan golongan wanita tidak mengira umur kerana penyakit ini boleh menyerang bila-bila masa apatah lagi gaya hidup dan corak pemakanan hari ini mendedahkan sesiapa sahaja kepada risiko serangan kanser.

Judul: Apa yang perlu anda ketahui tentang Kanser Payudara
Pengarang: Norsa'adah Bachok
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014   
Harga: RM20.00
Muka surat: 124
Rating: 4

Ulasan oleh
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh 

No comments: