Tuesday, December 6, 2016

BUKU: The Arrivals oleh MUHAMMAD NURANI MAARIF

BUKU: The Arrivals oleh MUHAMMAD NURANI MAARIF

JUDUL BUKU:The Arrivals
SIRI BUKU:Siri Kedua
ISBN:978-967-5391-21-1
PENGARANG:MUHAMMAD NURANI MAARIF
TARIKH/TAHUN:2014
EDISI BAHASA:B. Malaysia
HARGA:RM 35.90

ULASAN:
Membongkar misteri disebalik tabir dalang konspirasi yang melanda dunia khususnya umat islam pada masa kini.

Pelbagai teori yang diutarakan disebalik peristiwa yang melanda umat islam seluruh dunia yang dicipta kaum yahudi bertujuan untuk menghancurkan islam. Amnya. 

Umat islam pada masa kini telah dikelirukan oleh fakta yang cuba disembunyikan sejak zaman berzaman. Menjelang 2001, dunia telah dikejutkan dengan peristiwa runtuhan  WTC, di Amerika Syarikat yang mengakibatkan Islam dimusuhi dan penindasan berlaku diseluruh  dunia.

Ia memamaparkan dengan jelas, dengan himpunan fakta-fakta berkenaan isu berat yang sangat penting mengenai misteri, dan konspirasi dunia dibawah tajuk  dan subjek menarik yang sering dibicarakan oleh umat islam seperti Imam Mahadi yang akan muncul pada hari Kiamat, kemunculan dajjal seperti mana yang diterangkan oleh  Al Quran dan Hadis.

Ia memaparkan kupasan yang dari pandangan penulis mengenai peristiwa , misteri dan sebagainya dari sudut kacamata Islam.
           
Buku ini juga membantu umat islam daripada terkeliru dari pandangan negatif, mengenai peristiwa-peristiwa yang melanda didunia oleh konspirasi barat.

DISEDIAKAN OLEH    :  
AZHARANI B. A. AZIZ

No comments: