Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 30, 2016

Buku : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain oleh Ustaz Al- Kautsar

Buku : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain oleh Ustaz Al- Kautsar

No Perolehan : DPEK 08262
Call No. : K 297.18 ALK
ISBN : 978-967-0618-69-2
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama Islam

Ulasan :
    Buku yang bertajuk Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain ini membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa mampu melakukan apa sahaja walaupun pada pandangan manusia ia adalah sesuatu yang pelik atau luar biasa. Sebagai seorang mukmin kita wajib percaya akan hakikat ini.

“Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain” ini memaparkan cerita-cerita menakjubkan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Semua cerita ini bersumberkan hadis yang sahih. Antaranya adalah kisah Rasulullah SAW bercakap dengan kijang, bercakap dengan biawak padang pasir dan dengan pokok. Di akhir setiap cerita disenaraikan pengajaran yang dapat dijadikan pedoman seperti menepati janji, amanah, bercakap benar, bersyukur dan lain-lain lagi. Di samping itu juga para pembaca akan memperoleh pengetahuan baharu dengan melihat glosari yang disediakan.

Buku    “Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW  Dan Cerita-Cerita Lain” ini  membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun. Ini  amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru , para remaja dan juga kanak-kanak.

Judul : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW  Dan Cerita-Cerita Lain
Pengarang : Ustaz Al- Kautsar
Penerbit : Darul Mughni Trading
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 22.32
Muka surat : 184
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: