Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 22, 2016

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

NO. PEROLEHAN :  EJAM 002838

NO. PANGGILAN :  331.25

ISBN :  9789676125750

BAHASA:  MELAYU

KATEGORI:  SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN BUKU:
Pembodek Parasit dalam organisasi’ Perkataan ‘bodek’ juga bermaksud ampu atau mengangkat atau mengipas.  Sementara perkataan parasit pula bermakna sejenis hidupan bahaya yang memusnahkan sesuatu tempat ia bernaung. 

Buku ini dengan tegas dan tepat memberikan kefahaman mengenai perbuatan membodek dan implikasi akibat perbuatan keji. 

Perbuatan untuk memenangi hati seseorang dengan nawaitu untuk mendapatkan sesuatu sebagai jalan pintas yang licik dan tidak bermoral. 

Penulis menyentuh mengenai kesedaran perbuatan membodek boleh meruntuhkan sesebuah institutsi malah boleh meruntuhkan Negara jika berleluasa. 

Peringatan yang jelas agar pengamal perbuatan membodek bertaubat dan tidak bersikap tamak. 

Orang-orang yang teraniaya akibat kejahatan si pembodek yang memfitnah dan memburuk-burukkan anda sehingga hak dinafikan, rezeki disekat dan kemungkinan tindakan berbentuk hukuman dikenakan maka bersabarlah sesesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud ‘ Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya maka Dia menimpakan kepadanya musibah(ujian)’  (Riwayat Bukhari). 

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan ‘berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’  Usaha gigih, jerih perih kepayahan yang sudah barang tentu akan membuahkan kesenangan di dunia dan akhirat yang abadi.

Pengarang:  Ahmad Faisol Haji Omar
Penerbit:  Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2012
Mukasurat:  267
Rating:  8/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan Desa Jambu Rias

No comments: