Saturday, December 31, 2016

Buku : Siapa Kita 10 Tahun Lagi oleh Hamirudin Hamidi

Buku : Siapa Kita 10 Tahun Lagi oleh Hamirudin Hamidi

No Perolehan : DPEK 05556
Call No. : 158.1 HAM
ISBN : 978-967-5426-69-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :

Dalam menjalani kehidupan seharian perlu juga kita bertanya kepada diri. Siapa kita 10 tahun lagi. Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih Berjaya daripada hari ini?

Buku ini menyatakan semestinya pilihan ada ditangan kita. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali.Bermula dengan pertanyaan penting ‘Siapakah diri kita pada masa depan?’, buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan iaitu ‘Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’

Kesimpulannya di sini, fikirkanlah masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran pada masa hadapan dengan cara berusaha lebih gigih lagi pada masa sekarang.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan bila membacanya kita cuba berusaha merealisasikan impian kita pada masa hadapan dengan lebih berjaya. insyaAllah.

Judul : Siapa Kita 10 Tahun Lagi
Pengarang : Hamirudin Hamidi
Penerbit : Mustread
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 15.92
Muka surat : 201
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: