Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 26, 2016

Buku Dunia Jin dan penyakit manusia oleh Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin

Buku Dunia Jin dan penyakit manusia oleh Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin

No Perolehan: 2014 clan 06384  
ISBN 978-967-439-070-9   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan
   
Apa dan bagaimana sebenarnya kehidupan salah satu makhluk ciptaan Allah bernama jin? Benarkah mereka wujud? Bagaimana pula pengaruh kewujudan mereka bagi kehidupan manusia? Benarkah jin boleh menguasai dan mendatangkan kecederaan kepada manusia? Adakah mereka hidup di bumi yang sama dengan kita atau mungkin berada di tempat lain? Untuk menjawabnya, bacalah buku ini.

Di dalam buku luar biasa, mengupas secara terperinci berkenaan jin serta hubungannya dengan alam dan kehidupan manusia. Seperti, peranan jin dalam menimbulkan penyakit dan gangguan kesihatan bagi manusia. Juga penjelasan mengenai gejala kerasukan jin, masalah percintaan antara jin dan manusia, penjelasan berkenaan sihir dan penyihir serta pengubatannya, serta masih banyak lagi perkara lain berkisar tentang misteri jin dan dunia jin.

Selamat menerokai misteri dunia jin.

Judul: Dunia Jin dan penyakit manusia
Pengarang: Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin
Penerbit: Al- Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Batu Caves , Selangor.
Tahun terbitan: 2014             
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 348 ms   
Rating:

Buku Anak ku Tak Suka Bohong oleh Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini

Buku Anak ku Tak Suka Bohong oleh Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini

No Perolehan:  2014 - 06705 
ISBN 978979744454    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Mendidik bukan hal mudah. Kebahagian sepasang suami iateri terasa lengkap dengan kehadiran anak yang menenteramkan hati di tengah-tengah mereka. Tapi ,Mendidik dan mengarahkanya ternyata tak semudah harapan. Ada beragam factor yang mempengaruhi metalitasinya, sehingga muncul berbagai penyimpangan ( di antaranya suka membangkang dan berbohong).
Sayangnya, orang tua cenderung menyalahkan dan menjadikan anak sebagai ‘terdakwa tunggal’ jika ia menyimpang.Padahal ,penyimpangan yang dilakukan anak sejatinya dipengaruhi olah berbagai factor yang salah satunya adalah orang tua.

Arahkan Anak Sekarang Juga !

Buku ini layak menjadi pegangan semua orang tua. Bagi anda orang tua yang tengah dipusingkan kerana ulah anak yang suka membangkang dan berbohong, buku ini layak memandu anda meluruskan dan mengarahkan anak. Sedangkan bagi anda orang tua yang sedang bahagia lantaran anak anda mudah di atur dan tidak suka berbohong., Buku ini juga layak membantu anda mencegah pembangkangan dan kebohongan anak sendiri mungkin. Sehingga anda berhak mengatakan, ‘anakku tak suka membangkang, anakku tak suka bohong..!”

Judul : Anak ku Tak Suka Bohong
Pengarang: Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini
Penerbit: Mumtaza,Cemani Baru Solo
Tahun terbitan:   2005          Harga:RM 14.00
Mukasurat: xiii,100 ms         Rating: 

Monday, January 25, 2016

BUKU TERAS ANAK ISLAM: AKHLAK ANAK ISLAM oleh Abu Dzal Al Ghifari

BUKU TERAS ANAK ISLAM: AKHLAK ANAK ISLAM oleh Abu Dzal Al Ghifari

No. Perolehan: DRAU 07556
No. Panggilan: K 297.5 ABU
ISBN: 978-967-0618-38-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku ini mengandungi pelbagai pengajaran dan nilai murni yang sememangnya patut dijadikan contoh dan teladan kepada seluruh umat islam. Buku ini dapat mengajar kita untuk menjadi umat islam yang lebih baik kerana isi kandungannya yang amat bermanfaat serta dapat memberi kita kesedaran betapa pentingnya untuk menjaga akhlak sepertimana yang dituntut dalam agama islam.
Terdapat pelbagai contoh ikutan yang baik seperti akhlak terpuji rasulullah s.a.w, adab dalam islam, akhlak terpuji serta contoh akhlak tercela yang patut dijauhi.

Buku ini sememangnya patut dibaca oleh seisi keluarga kerana ia dapat memupuk minat dan semangat dalam menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Judul: Buku Teras Anak Islam: Akhlak Anak Muslim
Pengarang: Abu Dzal Al Ghifari
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 22.90

Sunday, January 24, 2016

BUKU STOP WASTING TIME AND START YOUR LIFE:7 STEPS TO STOP PUTTING LIFE OFF by Jeffery Combs

BUKU STOP WASTING TIME AND START YOUR LIFE:7 STEPS TO STOP PUTTING LIFE OFF by Jeffery Combs

ISBN:9789833832620
Call No.: 155.232
Harga: RM29.90
Penulis: Jeffery Combs
Tahun Diterbitkan: 2012
Penerbit : Advantage Quest Publications Edition
Bahasa : Inggeris

Selepas berjaya dalam karier pemasaran dan jualan langsung pada tahun 1998 dan mendapat pendapatan sebanyak 6 angka, Jeffery Combs membuat keputusan untuk berkongsi pengetahuan beliau di dalam buku ini. Penulis adalah seorang yang komited dalam membantu individu mencapai sasaran hidup dan impian mereka melalui seminar motivasi dan sessi coaching.

20 peratus daripada kita mengaku sering melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan dan ramai lagi yang langsung tidak mehu mengakui akan kelemahan ini. Melengah-lengah kan kerja adalah satu penyakit yang hanya mampu ditangani jika permasalahan dasarnya diselesaikan. Waima begitu sedikit yang kita tahu mengenai bagaimana untuk tidak membuang masa dan melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan.

Kebanyakan buku yang membicarakan mengenai perkara ini ditulis oleh pemegang PhD yang hanya melihat isu ini daripada jauh sahaja. Sedangkan penulis adalah seorang yang telah berjaya mengatasi masalah sering menunda pekerjaan dan kini telah mencapai kejayaan yang diidamkan.

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang bermotivasi untuk berjaya.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Saturday, January 23, 2016

BUKU CARE YOURSELF: HIPERTENSI oleh Dr. Setiawan Dalimartha; Dr. Basuri T. Purnama; Dr. Nora Sutarina

BUKU CARE YOURSELF: HIPERTENSI oleh Dr. Setiawan Dalimartha; Dr. Basuri T. Purnama; Dr. Nora Sutarina

ISBN: 9789673714155
Call No.: 616.13205
Harga: RM25.20
Penulis: Dr. Setiawan Dalimartha; Dr. Basuri T. Purnama; Dr. Nora Sutarina
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Synergy Media
Bahasa : Melayu

Hipertensi merupakan faktor utama penyebab strok. Buku ini memberikan penyelesaian untuk pembaca yang ingin melakukan pencegahan mahupun pengubatan sendiri. Bab-bab di dalam buku ini merangkumi pengenalan hipertensi, cara rawatan, pencegahan dan pelbagai terapi yang boleh dilakukan. Juga terdapat resepi-resepi diet khusus untuk mengelakkan hipertensi yang lengkap dengan pengiraan gizi yang diperlukan.

Penyampaiannya menarik dan jelas dengan gambar-gambar yang berwarna dan berinformasi. Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kaedah rawatan dan pencegahan penyakit hipertensi.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Friday, January 22, 2016

BUKU PANDUAN MEMBORONG DI VIETNAM oleh Muhammad Nizar Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani

BUKU PANDUAN MEMBORONG DI VIETNAM oleh Muhammad Nizar Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani

ISBN: 9789673691692
Call No.: 381.2
Harga: RM13.60
Penulis: Muhammad Nizar Jamaludin, Nur Hafizah Shaarani
Tahun Diterbitkan: 2012
Penerbit : PTS Publications
Bahasa : Melayu

Perniagaan memborong dari Vietnam biasanya memberikan margin keuntungan yang jauh lebih tinggi berbanding mengambil bekalan dari negara lain. Barang-barangnya murah dan berkualiti serta menepati citarasa kehendak pengguna. Hasil dagangan yang diborong dari Vietnam biasanya dijual secara online juga kedai-kedai biasa.

Buku ini membongkar rahsia memborong di Vietnam. Pelbagai panduan diberikan termasuk persediaan sebelum memborong ke vietnam, apa barang-barang yang boleh diperolehi, tempat makanan halal dan tips survival (keselamatan) sepanjang berada di sana. Pelbagai tips-tips berguna juga dikongsikan oleh penulis yang memastikan perjalanan ke Vietnam untuk memborong membuahkan hasil seperti yang diingini.

Buku ini sesuai kepada usahawan-usahawan baharu yang berminat menceburi bidang borong dan juga usahawan-usahawan berpengalaman yang berminat untuk mengembangkan inventori mereka.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Thursday, January 21, 2016

BUKU CUIT DILEMA MELAYU MODEN oleh Zaini Hassan


BUKU CUIT DILEMA MELAYU MODEN oleh Zaini Hassan
 ISBN: 9789676126207
Call No.: 809.89598
Harga: RM28.00
Penulis: Zaini Hassan
Tahun Diterbitkan: 2013
Penerbit : Utusan Publication
Bahasa : Melayu

Zaini Hassan adalah seorang penulis dan wartawan yang prolifik, terkenal dan kontroversi di negara kita. Cuit adalah nama kolum mingguan beliau yang tersiar setiap Rabu dalam akhbar Utusan Malaysia. Penulis mengemukakan pelbagai pandangan, analisis, pemerhatian tajam, pedas, panas yang ditulis tanpa rasa takut dan gentar mengenai pelbagai isu dan permasalahan sosial semasa.

Buku Cuit: Dilema Melayu Moden ini menghimpunkan koleksi tulsan yang dikumpulkan selama 4 tahun diterbitkan. Ia dibahagikan kepada 4 seksyen iaitu politik, negara bangsa, media dan umum. Ia sesuai dibaca oleh golongan dewasa.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Wednesday, January 20, 2016

BUKU: HIGH PERFORMANCE SPRINTING oleh Mike Smith

BUKU: HIGH PERFORMANCE SPRINTING oleh Mike Smith
ISBN: 9781861267559
Call No.: 796.422
Harga: RM69.45
Penulis:  Mike Smith
Tahun Diterbitkan: 2005
Penerbit : Crowood Press (UK)
Bahasa : Inggeris

Kelajuan, dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan adalah keutamaan  dalam semua bidang sukan. Buku High Performance Sprinting ini ditulis oleh Mike Smith, seorang jurulatih lari pecut 400m yang terkenal dan disegani di Britain. Hasil kejurulatihan beliau juga telah berjaya menaikkan nama-nama penting dalam sukan lari pecut 400 meter.

Buku ini ditulis dengan baik dengan dibantu oleh ilustrasi dan gambar. Penulis memberikan nasihat dan panduan dalam pelbagai faktor penting yang perlu diambil kira dalam memaksimakan prestasi atlet. Pelbagai sudut diketengahkan dalam program latihan yang merangkumi lari pecut 100m, 200m dan juga 400m. Juga dikongsikan bersama jadual latihan contoh pelari-pelari tersohor Britain dalam mencapai kejayaan dalam bidang lari pecut.

Buku ini sesuai dibaca oleh para atlet, dan orang awam yang berminat untuk menceburi sukan lari pecut.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Tuesday, January 19, 2016

Buku APA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG KANSER PAYUDARA oleh Norsa'adah Bachok


BUKU APA YANG ANDA PERLU KETAHUI TENTANG KANSER PAYUDARA
ISBN: 9789834612290
Call No.: 616.99449
Harga: RM22.40
Penulis: Norsa'adah Bachok
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa : Melayu

Kanser payudara adalah kanser utama dalam kalangan wanita di malaysia. Buku ini ditulis oleh Norsa'adah Bachok, seorang pensyarah perubatan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian tentang kanser payudara selama lebih 10 tahun.

Buku ini mengandungi perincian tentang semua aspek berkaitan kanser payudara bermula dari mengenal kanser payudara, gejala, faktor risiko, diagnosis, kaedah rawatan dan lain-lain. Maklumat komprehensif di dalam buku ini adalah untuk menyedarkan semua golongan wanita betapa pentingnya melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan menjalani ujian saringan kesihatan. Maklumat disampaikan dengan jelas dan dibantu oleh gambar-gambar yang berinformasi.

Buku ini sesuai dibaca oleh golongan wanita yang berisiko, penghidap kanser payudara dan orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit ini. Juga sesuai sebagai rujukan dan bacaan ilmu kepada golongan wanita supaya lebih proaktif dalam mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Monday, January 18, 2016

Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA oleh FATHAN MUBINA


Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA oleh FATHAN MUBINA

No Perolehan: 2014 clan 06383  
ISBN 978-967-439-048-8  
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan  :
Sebagai isteri, apa yang kita impikan dari sebuah rumah tangga? Pasti terlintas di dalam hati, apa yang kita inginkan adalah kemewahan, kelengkapan, perhiasan dan sebagainya dalam bentuk kepuasan material. Namun itu semua adalah hanya keperluan material yang bersifat sementara sahaja. Ia tidak bermakna sekiranya tiada kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Kehidupan berkeluarga yang harmonis, bahagia dan tenang bersama suami tersayang dan anak tercinta adalah impian sebenar seorang isteri dan setiap wanita. Malah lebih jauh lagi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Pasti isteri impikan ke syurga bersama suami tersayangnya. Lalu bagaimana mewujudkan impian ini?

Inilah yang dikupas di dalam buku ini. Apakah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang wanita bergelar isteri. Malah itulah juga kunci untuk menuju syurga bersama suami. Lebih menarik lagi pengisiannya diperkuatkan lagi dengan nas-nas yang dipetik daripada al-Quran dan hadis.

Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA      Pengarang: FATHAN MUBINA

Judul: MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA                
Pengarang: FATHAN MUBINA
Penerbit: AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHER SDN BHD,Batu Caves, Selangor
Tahun terbitan: 2014           
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 173 ms  
Rating:

BUKU 13 THINGS MENTALLY STRONG PEOPLE DON'T DO by Amy Morin

BUKU 13 THINGS MENTALLY STRONG PEOPLE DON'T DO by Amy Morin

ISBN: 9780062358295
Call No.: 152.42
Harga: RM36.10
Penulis: Amy Morin
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : HarperCollins Publishers
Bahasa : Inggeris

Amy Morin (penulis) telah bertemu ramai individu yang memilih untuk berjaya walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran yang besar. Sebagai seorang psikoterapi, ini menginspirasikan beliau untuk menulis 13 Things Mentally Strong People Don't Do, sebuah nukilan di laman sosial yang menjadi viral di seluruh dunia. Buku ini adalah lanjutan daripada nukilan beliau.

Buku ini menawarkan penyelesaian yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan kekuatan mental, mencapai kegembiraan dan kejayaan dalam hidup.

Amy Morin memfokuskan kepada konsep kekuatan mental, dan bagaimana mereka yang memiliki kekuatan mental menjauhkan diri dari kelakuan yang negatif seperti bersimpati terhadap diri sendiri, perasaan benci dan cemburu terhadap kejayaan orang lain serta asyik mengenang kegagalan dan memori yang menyedihkan di masa silam. Sebaliknya mereka memfokuskan kekuatan mental kepada perkara positif yang membantu dalam menangani cabaran dan meneroka potensi diri .

Menggabungkan kisah-kisah sebenar yang menarik dan penemuan kajian psikologi yang terkini, penulis mengetengahkan strategi yang praktikal untuk mengelakkan 13 tabiat biasa yang boleh menghalang diri dari mencapai kejayaan.

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk memperbaiki sifat kendiri positif dalam diri mereka.

Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis

Buku: Keperibadian Wanita Muslimah oleh Muhammad Ali Al-Hashimi

Buku: Keperibadian Wanita Muslimah oleh Muhammad Ali Al-Hashimi

No Perolehan: DCAM 06378
ISBN: 978-967-5426-79-7
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini ialah terjemahan daripada "The Ideal Muslimah" –
Penulis menjelaskan bagaimana seharusnya peribadi wanita muslimah terhadap Allah S.W.T, terhadap dirinya sendiri, ibubapanya, suaminya, anak-anaknya, saudara-maranya, sahabat dan temannya, jiran tetanga dan juga kepada masyarakat menurut apa yang  diajarkan di dalam Al Qur'an dan Hadits-hadits Nabi Muhammad S.A.W.


Judul: Keperibadian Wanita Muslimah
Pengarang: Muhammad Ali Al-Hashimi
Penerbit: International Islamic Publishing House
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM60.71
Muka surat: 666
Rating: 3

Sunday, January 10, 2016

Buku: Kandil di Kaki Gunung oleh Roza Roslan

Buku: Kandil di kaki gunung oleh Roza Roslan

No Perolehan: 2014- 0591 
ISBN 978-967-366-262-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ulasan Buku :

Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami. - Nisah Haron, penulis dan peguam

Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

Roza tidak pernah mahu menjadi jaguh mahupun seorang wirawati. Secara sedar beliau menganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan ramakan pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Namun, yang biasa-biasa itulah menarik dan luar biasa sehingga kita ketawa dan menitiskan air mata sambil tertanya-tanya peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya. - Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Judul:  Kandil di kaki gunung
Pengarang: Roza Roslan
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd, Batu Cave, Selangor.
Tahun terbitan: 2014          
Harga: RM 40.00
Mukasurat: xiii,735 ms   
Rating:

Buku: Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi : Dari sebelum Lahir – usia pra nikah oleh Syaikh Jamal Abdulrahman

Buku: Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi : Dari sebelum Lahir – usia pra nikah oleh Syaikh Jamal Abdulrahman

No Perolehan: 2014 - 06695  ISBN  979-266743-    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori:  Dewasa

Ringkasan/ Ulasan 
Buku ini merupakan terjemahan dari “Athfatul Muslimin Kaifa Rabbahumun Nabiyul Amin” karya Syaikh Jamal Abdurrahman. Buku ini menyajikan berbagai konsep, metodologi hingga kiat praktis tarbiyyah. InsyaAllah buku ini memberikan kiat-kiay praktis cara Nabi mendidik generasi muslim.
Buku ini menyajikan 5 fase pendidikan anak:
1.Semenjak anak dalam sulbi ayahnya hingga usia 3 tahun
2.Semenjak anak berusia 4 tahun hingga usia 10 tahun
3.Semenjak anak beruasia 10 tahun hingga 14 tahun
4.Semenjak berusia 15 tahun hingga usia 18 tahun
5.Perhatian Nabi kepada remaja setelah baligh

Salah satu dari buku ini adalah:
Rasulullah SAW Kasihan Pada Tangisan Anak Kecil Sehingga Beliau Mempercepat Shalatnya dan Menganjurkan Imam Shalat Untuk Mempercepat Shalat Demi Mereka
Dari Anas R.A., ia berkata, “Saya tidak pernah walau sekali shalat di belakang imam yang lebih cepat dan lebih sempurna shalatnya melebihi Rasulullah SAW. Apabila mendengar suara tangis seorang

Judul:Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi: Dari sebelum Lahir – usia pra nikah
Pengarang : Syaikh Jamal Abdulrahman
Penerbit:. Almas Kitab,Shah Alam, Selangor
Tahun terbitan: 2010            
Harga: RM 62.00
Mukasurat: 290  ms   
Rating:

Buku: Hebatnya Hari Jumaat oleh Ahmad Zaidi Adam

Buku: Hebatnya hari jumaat oleh Ahmad Zaidi Adam

No Perolehan: 2013- 04572 
ISBN 978-967-10713-5-9 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Buku Hebatnya Hari Jumaat ini diterbitkan untuk umat islam menyingkap tentang kelebihan larangan, dan amalan yang berkaitan dengan hari jumaat. Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Ia adalah hari eksklusif bagi seorang hamba menghadap Penciptanya. Allah SWT menganugerahkan hari jumaat ini agar mereka dapat merebut peluang dan ganjaran besar yang disediakan demi mencapai keredhaan-Nya dan seterusnya memperoleh kehidupan yang bahagia di dunia dan Akhirat.

Pada setiap hari jumaat , umat islam bukan sahaja dapat memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan banyak beristighfar kepada-Nya daripada segala dosa yang mereka lakukan.Begitu juga dengan semua makluk Allah termasuk malaikat juga turut memohon ampun dan belas kasihan kepada Allah SWT.

Semoga dengan buku ini akan dapat member impak yang besar kepada umat Islam dalam mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT sebagaimana kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada umat Nabi Muhammad SAW demi mencapai mahligai Syurga yang kekal abadi.

Buku: Hebatnya hari jumaat
Pengarang: Ahmad Zaidi Adam
Penerbit:.PSN Publications Sdn.Bhd.,Shah alam Selangor
Tahun terbitan:   2012
Harga: RM 22.00
Mukasurat: xiv,210 ms   
Rating:

Friday, January 1, 2016

Statistik Pengunjung Blog PPAP

Pageviews all time history
415,333
Pada Tarikh: 3.9.2018 10.19pagi

Statistik Pengunjung Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Bermula Tahun 2010.

STATISTIK TAHUNAN
2010 1,112
2011 28,576
2012 48,973
2013 62,412
2014 55,833
2015 51,621
2016 76,607
2017 61,644
Jumlah 386,778

STATISTIK BULANAN
2010
Jul 555
Ogo 66
Sep 3
Okt 22
Nov 72
Dis 394
JUMLAH: 1,112

2011
Jan 1,650
Feb 868
Mac 1,595
Apr 3,674
Mei 2,182
Jun 2,980
Jul 3,025
Ogo 2,143
Sep 1,943
Okt 3,067
Nov 2,509
Dis 2,940
JUMLAH: 28,576

2012
Jan 2,201
Feb 2,966
Mac 4,484
Apr 4,903
Mei 4,277
Jun 4,430
Jul 4,010
Ogo 3,458
Sep 4,164
Okt 4,608
Nov 4,478
Dis 4,994
JUMLAH: 48,973

2013
Jan 7,641
Feb 4,968
Mac 5,360
Apr 7,216
Mei 5,480
Jun 4,940
Jul 4,895
Ogo 3,892
Sep 4,181
Okt 4,814
Nov 4,610
Dis 4,415
JUMLAH: 62,412

2014
Jan 5,040
Feb 4,510
Mac 5,218
Apr 5,021
Mei 4,232
Jun 4,478
Jul 5,649
Ogo 4,875
Sep 5,544
Okt 3,510
Nov 3,770
Dis 3,986
JUMLAH: 55,833

2015
Jan 3,987
Feb 3,290
Mac 4,193
Apr 4,600
Mei 4,323
Jun 4,561
Jul 3,499
Ogo 5,874
Sep 4,161
Okt 5,338
Nov 3,911
Dis 3,890
JUMLAH: 51,627

2016
Jan 7,590
Feb 5,825
Mac 7,539
Apr 6,403
Mei 5,847
Jun 6,952
Jul 12,371
Ogo 2,569
Sep 3,656
Okt 4,387
Nov 3,682
Dis 9,786
JUMLAH 76,607

2017
Jan 3,598
Feb 5,712
Mac 8,495
Apr 8,490
Mei 8,996
Jun 2,856
Jul 4,600
Ogo 4,366
Sep 3,920
Okt 4,888
Nov 3,376
Dis 2,347
JUMLAH 61,644

2018
Jan 3,393
Feb 4,084
Mac 3,626
Apr 3,826
Mei 3,222
Jun 1,373
Jul 2,400
Ogo 2,820
Sep
Okt
Nov
Dis
JUMLAH 24,744