[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Thursday, April 28, 2016

Jom Baca 2016 (C) Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai Thailand 1989

Bersempena dengan Jom Baca 2016 telah diadakan Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai Thailand. Sesi ini dikendalikan oleh moderator Dr. Jamal Rizal Razali dari Universiti Malaysia Pahang. Manakala tokoh pembicara adalah individu yang terlibat dalam rundingan tersebut iaitu Dato Ahmad Nazir Nordin bekas anggota polis dan Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda pembuka jalan kepada rundingan ini.
 01. Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda adalah anak kelahiran Raub. Dato Mocktar mempunyai seorang kakak yang bernama Siti Norkiah bt Mahmod Baginda dan berkahwin dengan
Abu Samah Mohd. Kassim. Dato Mocktar bukan sekadar mempunyai pertalian adik beradik dengan Siti Norkiah tetapi pertalian anak beranak kerana Dato Mocktar telah dipelihara oleh Siti Norkiah semenjak berumur 10 hari. Malangnya mereka telah lama terpisah. Tentu Dato Mochtar amat terkejut apabila diberitahu bahawa kakaknya masih hidup di Thailand. Dato Mocktar berusaha untuk berjumpa dengan kakaknya.
 02. Setelah menempoh pelbagai dugaan akhirnya beliau berpeluang untuk ditemukan dengan kakak yang juga emak iaitu Siti Norkiah dalam suasana yang amat pelik. Pelik kerana Dato Mochtar bukan dengan mudah boleh diterima oleh Siti Norkiah sebagai adik yang juga anaknya iaitu Mocktar.
 03. Dato Haji Mocktar boleh menjawab dengan tepat semua persoalan yang diajukan oleh Siti Norkiah. Semua soalan-soalan peribadi tersebut kebanyakannya melibatkan peristiwa yang ditempoh oleh mereka dua beradik. Sesi dijalankan dalam suasana rasmi bukan dalam suasana adik beradik.
 04. Malangnya Siti Norkian masih tetap tidak puas hati kerana mungkin sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat tersebut dan menyamar sebagai Mocktar. Setelah sekian lama berhenti menyerang dan membunuh penduduk Tanah Melayu mungkin mereka bimbang Kerajaan Malaysia akan melakukan serangan balas bagi menghapuskan saki baki ahli Parti Komunis Malaya.
 05. Akhir sekali kakak beliau Siti Norkiah melakukan pemeriksaan fizikal dibahagian jari adiknya Mocktar. Setelah dipastikan bahawa nyata ada tanda lahir Mocktar barulah Siti Norkiah mengaku bahawa Mocktar adalah adiknya. Suasana terus bertukar jadi siri jejak kasih dalam suasana hiba dan gembira.
 06. Dato Ahmad Nazir Nordin mendedahkan bahawa pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk mendapatkan satu penyelesaian yang unik terhadap ancaman komunis di Tanah Melayu. Sehingga masa itu, belum ada negara yang berjaya melakukan rundingan dengan pihak komunis. Pihak kita tidak mengiktiraf perjuangan dan tuntutan orang komunis. Kita ada cara yang lebih 'Melayu' untuk kita menuntut apa yang kita mahu.

Dato Haji Mocktar telah memberikan satu maklumat yang amat penting. Iaitu orang komunis amat pantang apabila diminta 'menyerah diri'. Maka perkataan tersebut ditukar kepada perkataan lain iaitu 'Rundingan Damai'.

Dato Haji Mocktar juga sebenarnya telah berjaya membuka hati kepimpinan orang komunis untuk menentukan kesudahan perjuangan sia-sia mereka. Beliau diberi peluang untuk berdebat bagi menetukan kebenaran perjuangan masing-masing.

Akhirnya pihak Kerajaan Malaysia menemuai keadah untuk masalah ini iaitu melalui Rejimen ke 10 PKM yang dianggotai oleh orang Melayu sahaja. Ini sesuai dengan matlamat asal penubuhan Rejimen ke 10 PKM iaitu bagi tujuan propaganda. Ianya bermula apabila usaha mengajak orang Melayu membuang agama adalah usaha yang pasti gagal. Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu adalah satu.

Maka Kerajaan Malaysia menggunakan matlamat asal Rejimen Prppaganda ke 10 PKM ini untuk menamatkan perjuangan PKM di Tanah Melayu. Usaha ini berjaya hasil 'tusukan jarum halus' yang dilakukan oleh Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda terhadap kepimpinan Komunis Melayu ini.

Sebenarnya orang komunis Melayu ini amat ketinggalan dalam apa yang mereka perjuangkan. Mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka perjuangkan sudah tercapai.
 07. Apa yang dirisaukan selepas ini adalah berubahnya hala perjuangan komunis dalam bentuk baru. Sebelum ini perjuangan komunis dalam tiga bentuk iaitu:
Keadah 1- Secara parti iaitu menonjolkan PKM bagi membina identiti komunis.
Keadah 2- Secara bawah tanah iaitu melakukan serangan dan pembunuhan bagi manakutkan rakyat.
Keadah 3- Secara perang saraf iaitu meresap dikalangan masyarakat bagi mengubah pemikiran rakyat.

Setelah keadah 1 dan 2 berjaya dibenteras maka sudah tentu komunis atau pengganas akan beralik kepada keadan 3. Melalui cari ini mereka akan menyusup sebagai pemimpin, peniaga, pengajar dan macam-macam jawatan. Tetapi pihak kerajaan telah menyedari perkara ini dan usaha berterusan menjaga keamanan Tanah Melayu ini akan ditingkatkan. Tidak Hilang Melayu Didunia.
 08. Satu perkara yang mahu ditonjolkan oleh Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda adalah peranan Tun Abdul Ghafar bin Baba dalam Rundingan Damai ini. Beliau adalah orang yang dijadikan rujukan oleh Abduillah CD bagi mendapatkan maklumat mengenai kepentingan Rundingan Damai ini. Ini kerana Abdullah CD adalah kenalan Tun Abdul Ghafar bin Baba. Akhirnya Dato Haji Mocktar Mahmod Baginda berjaya mengusahakan pertemuan dua sahabat ini pada tahun 1990 iaitu setahun selepas Rundingan Damai Hat Yai 1989.

Sunday, April 24, 2016

Pelancaran Jom Baca 2016 Peringkat Negeri Pahang

Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai Thailand sempena Jom Baca 2016.


Saturday, April 23, 2016

Explorasi Kunang-kunang Sungai Cherating Bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Pada 22 April 2016 satu rombongan Explorasi Kunang-kunang Sungai Cherating telah diadakan bersama Pengarah PPAP Hajjah Faridzah Jaafar. Dalam ekplorasi ini peserta berpeluang bertemu dengan En Hafiz yang telah bertahun-tahun memerahati kunang-kunang bagi memahami tabiaatnya. Sebagai sebuah jabatan yang berada dibawah Kementerian Pelancongan, mungkin ada peranan yang boleh dimainkan oleh PPAP bagi membantu usaha Encik Hafiz ini.
01. Bukan semua orang pernah melihat kunang-kunang. Serangga ini terkenal kerana memiliki keunikan iaitu tubuh yang boleh bercahaya. Peliknya cahaya tersebut tidak panas dan boleh dipegang. Cahaya kunang-kunang tidak mengeluarkan haba yang panas.
 02. Cahayanya yang unik kerana tidak panas yang disebut sebagai 'bioluminescence'. Cahaya tersebut merupakan foton yang terpancar saat bahan kimia beroksidasi dan menghasilkan keadaan bertenaga tinggi.
 03. Cahaya tersebut dikendalikan oleh sistem saraf dalam sel khusus yang disebut photocytes. Sistem saraf, photocytes, dan organ-organ akhir trakea mengawal tahap berkedip kunang-kunang. Suhu udara juga memiliki hubungan dengan tahap berkedip. Semakin tinggi suhu, semakin pendek jarak berkelipnya, lapan saat pada suhu 18,3°C dan empat saat pada 27,7°C.
 04. Para pengkaji belum benar-benar yakin dengan jawapan kenapa cahayanya berkelip terjadi. Kerlipan berirama ini mungkin dijadikan keadah untuk menarik mangsa atau memungkinkan kunang-kunang mencari pasangan dengan isyarat dalam kod heliographic atau mungkin juga berfungsi sebagai isyarat untuk amaran.

Rujukan:
sains.me/mengapa-kunang-kunang-bisa-mengeluarkan-cahaya
 05. En. Hafiz kaji apa Kunang-kunang Sungai Cherating makan.
 06. En. Hafiz kaji apa yang menarik perhatian Kunang-kunang Sungai Cherating untuk keluar dari tempat persembunyaian mereka.
 07. En. Hafiz kaji apa yang menakutkan Kunang-kunang Sungai Cherating. Kenapa ada masanya tidak mahu datang dekat dengan orang.
 08. En. Hafiz kaji macam mana Kunang-kunang Sungai Cherating berkembang biak. Apakah yang menyebabkan ia mati selepas membiak.
 09. En. Hafiz kaji tentang Kunang-kunang Sungai Cherating bersama pakar. Banyak nasihat yang telah diterima dan ianya amat membantu beliau untuk lebih mengenali kunang-kunang Sungai Cherating.
 10. En. Hafiz kaji apakah Kunang-kunang Sungai Cherating boleh tertarik dengan warna-warna tertentu. Banyak percubaan telah dilakukan untuk melihat reaksi kunang-kunang Sungai Cherating terhadap warna-warna tertentu.
 11. Ada banyak jenis kunang-kunang di dunia ini, mungkin lebih 2000 spesis. Setiap satu mempunyai watak yang mungkin berbeza dan mereka mungkin makan, membiak, mempertahankan diri dan mencari mangsa dengan cara yang berbeza.
 14. Kunang-kunang jantan dan betina ada tugas yang berbeza bergantung kepada spesis mereka. Masih banyak info yang tidak diketahuai dan belum dikaji oleh masyarakat kita.
 12. Peserta tidak boleh menyalakan sebarang cahaya ketika menghampiri kawasan habitat kunang-kunang kerana bimbang kunang-kunang Sungai Cherating jadi taku dan tidak mahu keluar.
 13. Perjalanan ini amat menyeronokkan kerana kami boleh nampak semua orang dengan bantuan cahaya bulan penuh dan terang.
 14. Saat yang paling seronok adalah apabila melihat kunang-kunang yang pertama. Mungkin ini bukanlah pengalaman biasa bagi semua orang.
 15. Sungguh menarik
 16. Sungguh tenang
 17. Sungguh mendamaikan.
 18. Setiap peserta wajib memakai jaket keselamatan.
 19. Encik Hafis menyediak banyak infomasi tentang kunang-kunang kepada peserta. Adalah lebih menyeronokkan apabila kita mempunyai sedikit sebanyak maklumat tentang kunang-kunang.
20. Conservation of Congreating Firefly Zone in Malaysia.
 21. Mungkinkah inilah cara 'kunang-kunang Rompin' tersenyum.
22. Tidak disangka bahawa aktiviti melihat kunang-kunang Sungai Cherating adalah aktiviti yang santai dan menarik. Terima kasih Puan Hajjah Faridzah kerana mempelawa kami.

Friday, April 22, 2016

Memperkenalkan Logo dan Slogan Tahun Melawat Pahang 2017 - Hogoh Pahang

Pada 21 April, 2016, Kerajaan negeri Pahang telah melancarkan promosi Tahun Melawat Pahang 2017. Promosi ini akan merangkumi pelbagai aktiviti yang akan mengukuhkan jenama sebagai destinasi percutian di Pahang. Promosi melibatkan media sosial serta media massa, pameran perdagangan, aktiviti dan penganjuran promosi bersama.

Pada hari ini telah diperkenalkan logo, tema, maskot dan slogan HOGOH PAHANG yang terkenal di kalangan anak Pahang.

Slogan Hogoh Pahang dijangka mampu mempromosikan  kebudayaan dan tradisi tempatan. Hogoh Pahang bertepatan dengan semangat anak-anak Pahang yang tidak gentar dan sentiasa mempunyai daya juang. . 

Hogoh Pahang merupakan dialek yang menjadi kebanggaan anak-anak Pahang. Tidak dinafikan, ramai orang di luar Pahang yang tidak memahami maksud Hogoh Pahang, termasuklah pelancong asing. Diharap slogan ini mempunya keunikan yang boleh menarik minat mereka untuk lebih mengenali negeri Pahang.

Hogoh Pahang juga diharap dapat menyatukan anak-anak Pahang dan bekerjasama dalam menjayakan Tahun Melawat Pahang 2017.

Harapan kerajaan negeri, bersempena Tahun Melawat Pahang 2017, anak tempatan kami turut mendapat faedah daripada promosi ini. Peniaga tempatan dipelawa menyertai kempen ini agar mereka dapat meningkatkan jualan produk masing-masing. 

Pada tahun 2015, Pahang menerima 10.5 juta pelancong ke negeri Pahang yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM7 bilion. Pada tahun 2017, disasarkan 13 juta iaitu tambahan 2.5juta pelancong kepada angka sedia ada.

Kali terakhir Negeri Pahang mengadakan kempen Tahun Melawat Pahang adalah Tahun Melawat Pahang 1994. Negeri Pahang memerlukan lonjakan kadar pelancong yang lebih besar agar perbelanjaan pelancong meningkatkan perbelanjan di Pahang. 

Kejayaan kempen pelancongan ini, diharapkan mendapat sepenuh sokongan, kerjasama dan bantuan dari semua pihak.
rujukan: pelancongan-kini.blogspot.myl

MAJLIS PELANCARAN  PROMOSI 'Hogoh Pahang' 2017
Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Hotel Zeneth
 

Kempen Jom Baca 2016 di Negeri Pahang

Kempen Jom Baca 2016 sedang giat dijalankan di seluruh negeri Pahang. Semua ini disasarkan sebelum sampai hari sebenar 25hb April 2016 (Isnin) jam 11.00 pagi.
 01. PAD Bentong
 02. PAD Jerantut
 03. PD Teluk Sentang Temerloh.
 04. PAC Jengka
 05. PD Kg Mahkota
 06. PAD Jerantut
 07.
 08.
 09. PAD Pekan di Skeb Keb Pekan Jaya.
10. PAD Jerantut
 11. Di Arkib Pahang diadakan pelancaran Jom Baca peringkat Negeri Pahang.
 12. PAC Lanchang

Tuesday, April 19, 2016

Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (Bi1M) di UTC Kuantan Pahang.

Pengurusan UTC Kuantan telah menyediakan satu Program pembelajaran Bahasa Inggeris yang dinamakan Bahasa Inggeris Satu Malaysia (BI1M). Tenaga pengajar Bi1M ini terdiri dari guru bahasa inggeri dari Malaysia, Afrika Selatan dan Algeria.

Peserta BI1M ini disasarkan kepada pelajar sekolah, surirumah, pelajar IPT dan kakitangan kerajaan. Kelas ini dijangka berjalan selama lebih kurang 4 bulan.

Sukatan pelajarannya dipecahkan kepada:
Leval 1 Nouns
Leval 2 Verbs
Work Vocabulary
Conversation
Common Communication
Work E-Mail

Kelas BI1M ini dijalankan di UTC aras tiga di bilik Jabatan Kebajikan Masyarakat (bersebelahan dengan Perpustakaan UTC). Sehinggan kini pendaftaran masih dibuka. Mereka yang berminat boleh terus ke pejabat pengurusan uts untuk membuat pendaftaran.
 01 Pelajar boleh memilih masa yang sesuai untuk mereka hadiri kelas.
 02 Peserta yang hadir semasa taklimat awal mengenai Program Bahasa Inggeris 1 Malasia (Bi1M)
 03 Bergambar dengan guru bahasa inggeris
03 Gurunya adalah dari Malaysia, Afrika Selatan dan Algeria.