[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Tuesday, May 31, 2016

BUKU 4 Chef Sara terbitan PTS Millenia

BUKU 4 Chef Sara terbitan PTS Millenia

No Perolehan: DMAR 10-02225
ISBN: 978-967-5564-51-2
Kategori: Teknologi

Ulasan:

Buku Resepi ini sempena menyambut Ramadhan dan Syawal yang mampu Mencetuskan kelainan pada sambutan puasa dan hari raya kali ini.

Hidangan yang Ditampilkan adalah gabungan tradisional dan moden sebagai sajian istimewa buat kaum keluarga, sanak saudara dan para tetamu yang bertandang ke rumah.

Judul: Internet Mampu Meningkatkan Kecergasan Anak
Pengarang: Chef Sara
Penerbit: PTS Millenia
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 14.90
Muka surat: 90
Rating: -

International Standard Serial Number (ISSN) Malaysia

KANDUNGAN
A. Apakah Itu ISSN?
B. Sistem Operasi ISSN
C. Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
D. Apakah Faedah-Faedah ISSN?
E. Bagaimana dan Di mana ISSN Dicetak?
F. Pemberian ISSN
G. Apakah Terbitan Bersiri?
H. Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
-Prosedur Permohonan ISSN
-Prosedur Permohonan eISSN

A. Apakah Itu ISSN?
International Standard Serial Number (ISSN) atau lebih dikenali sebagai ISSN adalah nombor lapan angka yang diterima secara universal sebagai kod pengenalan yang ringkas, tunggal dan tidak mengelirukan bagi setiap satu terbitan bersiri yang diterbitkan.

Contoh : ISSN 1823-7037

B. Sistem Operasi ISSN
International Serials Data System atau ISDS adalah satu rangkaian antarabangsa bagi operasi dan pusat serantau yang secara bersama bertanggungjawab bagi pembentukan dan penyelenggaraan Pangkalan Data berkomputer yang mengandungi maklumat asas bagi pengesanan terbitan bersiri yang diterbitkan di seluruh dunia. Pusat Antarabangsa ini yang terletak di Paris mempunyai Pusat Serantaunya bagi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.
Pusat Kebangsaan ditubuhkan di setiap negara yang menyertai program ini bagi memantau, menggalakkan penggunaan dan menetapkan ISSN kepada setiap terbitan bersiri yang diterbitkan di negara berkenaan.

C. Siapa Menentukan ISSN Di Malaysia?
Penubuhan Pusat Kebangsaan ISDS bagi Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia adalah keputusan Kabinet yang dibuat pada Jun 1976. Sebagai Pusat Kebangsaan ISDS di Malaysia, ia adalah bertanggungjawab bagi menetapkan ISSN kepada terbitan-terbitan bersiri yang diterbitkan di Malaysia; menyelenggara rekod ISSN ke dalam pangkalan data dan mengeksportnya ke Pusat ISDS Antarabangsa dan Pusat Serantau ISDS-SEA, setiap suku tahun.

D. Apakah Faedah-Faedah ISSN?

PERTAMA. Memberi publisiti serta mengiklankan terbitan bersiri Malaysia kepada pengguna-pengguna tempatan dan luar negara.

KEDUA. Memajukan dan memudahkan perolehan dan pemerosesan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
   
KETIGA. Memajukan penjualan terbitan bersiri Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
   
KEEMPAT. Memudahkan akses kepada bahan terbitan bersiri
   
KELIMA. Sebagai butiran penting di dalam diskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit.

KEENAM. Bagaimana dan Di mana ISSN Dicetak?
Didahului dengan akronim ISSN (huruf besar) dan diikuti oleh dua kumpulan nombor empat angka yang diasingkan dengan tanda sengkang.

Contoh : ISSN 1394-3650

ISSN hendaklah dicetak di tempat yang mudah kelihatan, digalakkan di sudut atas sebelah kanan kulit depan setiap isu terbitan bersiri yang dikeluarkan.

F. Pemberian ISSN
ISSN diberikan kepada terbitan bersiri masa kini yang baru diterbitkan dan terbitan bersiri yang belum mempunyai nombor ISSN.

G. Apakah Terbitan Bersiri?
Terbitan-terbitan yang dikeluarkan berbahagian yang berturut-turut, biasanya mempunyai nombor atau susunan waktu dan bertujuan diteruskan penerbitannya sehingga sesuatu masa, seperti majalah, jurnal, dan lain-lain

H. Bagaimana Memohon Nombor ISSN?
Semua judul adalah layak dipertimbangkan untuk diberi ISSN. Bagi penerbit swasta ISSN hanya akan dikeluarkan setelah penerbit memperolehi permit penerbitan bahan bersiri dari Kementerian Dalam Negeri.

ISSN diberikan PERCUMA oleh Pusat Kebangsaan ISSN.

Prosedur Permohonan ISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Sertakan salinan permit KDN bagi penerbit swasta, salinan mock-up cover terbitan bersiri dan salinan mukasurat sidang redaksi.

Prosedur Permohonan eISSN
Melengkapkan set borang permohonan ISSN iaitu:
PNM.PK.PBN(O).02(B3) - Borang Permohonan ISSN
Sertakan salinan cetakan skrin (screen prints) mukasurat hadapan dan mukasurat sidang redaksi daripada homepage di mana penerbitan dipaparkan beserta URL. Salinan cetakan skrin (screen prints) yang mengandungi kriteria seperti berikut:

1. Judul skrin (title screen).
2. Skrin yang mengandungi siri nombor yang berturut-turut (tarikh atau nombor isu).
3. Mana-mana skrin yang memberikan maklumat umum mengenai bagaimana untuk melanggan, kekerapan, penerbit, hakcipta dll.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi:

Pusat Bibliografi Negara
Perpustakaan Negara Malaysia,
Aras 3, Anjung Bestari
No. 232, Jalan Tun Razak,
50572 Kuala Lumpur.
(U/P: Pusat Kebangsaan ISSN)Tel    : 03-26814329, 03-26871700 samb 4288
Faks  : 03-26811676
E-mel : issn@pnm.gov.my

Perkhidmatan Melalui SMS
Taip "PNM_ISSN_" dan hantar kepada 15888
Sistem akan menghantar borang melalui emel yang diberi dan dikenakan caj RM0.20 oleh Telco 


Sumber Rujukan:
1. librarypsas.blogspot.my
2. pnm.gov.my

Thursday, May 26, 2016

Buku: Jenis Penyakit Berbahaya oleh W.S Uzala

Buku: Jenis penyakit berbahaya oleh W.S Uzala

Judul: Jenis penyakit berbahaya
Pengarang: W.S Uzala
Penerbit: Innovative ways enterprise
Tahun: 2013

Ulasan:
Menjaga kesihatan dan perhatian mengenai kebersihan di tempat tinggal, tempat kita belajar dan kawasan kejiranan amat penting bagi mengelakkan kita menghidap penyakit berjangkit yang berbahaya.

Penyakit berjangkit merupakan penyakit yang mudah merebak daripada seseorang kepada orang lain.

Penyakit ini banyak jenisnya, oleh itu marilah kita mengambil langkah bersama-sama untuk menjaga kebersihan dan sentiasa berganding bahu demi generasi bangsa kita.

Pembacaan yang banyak mengenai kesihatan dan cara mengawal penyakit yang dihidapi memberikan kita pengetahuan yang lebih lagi supaya kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

Disediakan oleh:
ZAIINTAN MUHAIZA BINTI ZAINUDDIN
PZ4 Maran Pahang.

Buku: SAYA DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU oleh FARID MOHD ONN

Buku: SAYA DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU oleh FARID MOHD ONN

TAJUK BUKU: SAYA DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
PENGARANG: FARID MOHD ONN
NO. PANGGILAN: 499.2315 / FAR
ISBN: 978-967-412-231-7
PENERBIT: UKM PRESS
TAHUN TERBIT: 2014
EDISI BAHASA: BAHASA MELAYU
HARGA: RM28.00

ULASAN BUKU

Buku ini khusus membicarakan peraturan atau sistem bunyi (fonologi) bahasa Melayu mengikut kerangka analisis fonologi ala-Transformasi Generatif(TG).

Dua proses utama yang dibincangkan ialah kejadian penyengauan vocal dan kejadian yang dikaitkan dengan proses  funsional seperti yang berlaku dalam fonologi dialek Melayu  Kelantan

Ternyata bahawa pendekatan analisis fonologi yang menerapkan sistem atur-rumus  ektrinsik dan linier terlalu ketat, maka sebagai satu alternative, penulis berusaha menetapkan syarat rumus global ke dalam kerangka tatabahasa fonologi.

Penerbitan buku ini merupakan sumbangan besar kepada khazanah ilmu tentang fonologi bahasa Melayu dan boleh menjadi sumber rujukan penting bagi mereka yang mengkaji sistem bunyi bahasa Melayu.

Ulasan oleh:
En Fatarudin Mohd Ari
Pembantu Perpustakaan
Daerah Jerantut

Tuesday, May 24, 2016

BUKU 3 Pelbagai Cara Memperbanyakkan Tanaman terbitan Synergy Media

BUKU 3 Pelbagai Cara Memperbanyakkan Tanaman terbitan Synergy Media

No Perolehan: DMAR 16-01004
ISBN: 978-197-393-3
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Buku ini menceritakan tentang Teknik perbanyakkan campuran Vegetatif Generatif –Campuran Tunas dan Sambung, Teknik Perbanyakkan Campuran Vegetatif Buatan – Memotong,Mengetut,Merunduk,Teknik Perbanyakkan Tanaman Secara Vegetatif – Tunas,ubi,Rizome, Geragih dan  Teknik Perbanyakkan Generatif – Biji.

Bagi pembaca yang meminati bidang perkebunan buku amatlah sesuai bagi menambahkan ilmu pembaca tentang cara memperbanyakkan tanaman.

Judul: Pelbagai Cara Memperbanyakkan Tanaman
Pengarang: -
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 18.32
Muka surat: 100
Rating: -

Thursday, May 19, 2016

Buku: Sayidatina Asma' Binti Abu Bakar - Dhatun Nitaqain oleh Shafie Abd. Rahman.

Buku: Sayidatina Asma' Binti Abu Bakar - Dhatun Nitaqain oleh Shafie Abd. Rahman.

No Perolehan: DCAM 07903
ISBN: 978-967-0525-37-2
Kategori: 297.18

Ringkasan/ Ulasan:

Sayidatina Asma' Binti Abu Bakar - Dhatun Nitaqain
Sepanjang usianya hingga mencecah 100 tahun, Asma' melalui berbagai-bagai liku dan pahit manis kehidupan.
Anak kepada Sayidina Abu Bakar al-Siddiq,
kakak kepada Sayiditina Aisyah;
Ummul Mukminin,
kakak Ipar kepada Rasulullah S.A.W dan
isteri kepada sepupu Rasulullah iaitu Zubair al-Awwam,
telah meletakkan Asma' di posisi yang begitu penting dalam barisan watak-watak utama perkembangan Islam.

Asma' tidak menonjol sebagai tokoh atau watak utama dalam rentetan sejarah Islam, namun peranan dan sumbangannya tidak boleh dikesampingkan.

Asma' bersama melakarkan sejarah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah. Asma' ada di perang Islam. Asma' juga ada di belakang kepahlawanan dan ketokohan Abdullah ibn Zubair. Begitulah juga dalam setiap denyut nadi kaum Muslimah, Asma' bt Abu Bakar tetap bersama.

Walaupun pada penghujung usia Asma' seperti tidak diendahkan, namun itu tidak mengganggu gugat wataknya.
Beliau tetap menasihati adik, suami, anak dan pengikut mereka supaya mengelak Perang Jamal. Asma' terus menerus mendidik anaknya agar sentiasa berada dalam kebenaran sehingga menemui syahidnya.

Pendiriannya tidak pernah goncang walaupun berhadapan dengan panglima perang bani Umaiyah yang bengis dan kejam.

Asma' lambang Muslimah sejati yang istiqamah dengan peranannya hingga ke akhir usia.

Judul: Sayidatina Asma' Binti Abu Bakar - Dhatun Nitaqain
Pengarang: Shafie Abd. Rahman
Penerbit: Yamani Angle SDN BHD
Tahun Terbit: 30-JUN-2014
Harga: RM23.00
Muka surat: 298
Rating: 5

ulasan oleh
Muhammad Shahril Bin Samsuddin
Pembantu Perpustakaan
Daerah Cameron

Tuesday, May 17, 2016

BUKU 2 Mutiara Jasa Ayah oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin

BUKU 2 Mutiara Jasa Ayah oleh Mohammad Qayyum A. Badaruddin

No Perolehan: DMAR 16-01024
ISBN: 978-967-5994-06-7
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku Mutiara Jasa Ayah mengisahkan seorang insan istimewa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga dan memimpin keluarga dari mula perkahwinan hinggalah perkahwinan anak cucu mereka.

Malah lebih jauh dari itu, ayah tidak minta dibalas tetapi Allah berkehendak agar jasa mereka dihargai dan hati serta perasaan mereka terpelihara.

Judul: Mutiara Jasa Ayah
Pengarang: Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit: Casamas
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 18.50
Muka surat: 135
Rating: -

Thursday, May 12, 2016

BUKU 1: Koleksi Pantun Teki-Teki oleh Siti Nor Azura

BUKU 1: Koleksi Pantun Teki-Teki oleh Siti Nor Azura

No Perolehan: DMAR 16-01008
ISBN: 983-146-067-7
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini dihasilkan sebagai alternatif untuk menanam minat dan mengembangkan kemahiran membaca dan berfikir di kalangan murid-murid.

Diharap entri di dalam buku ini dapat mengembangkan minda murid-murid agar lebih kreatif.Teka teki yang dipersembahkan dalam bentuk pantun pula dapat meningkatkan dan mengembangkan warisan melayu zaman berzaman agar ia tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Judul: Koleksi Pantun Teki-Teki
Pengarang: Siti Nor Azura
Penerbit: Iqra Publications
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 4.50
Muka surat: 54
Rating: -

oleh
Mila Mahmud
PAD Maran

Buku : Ingin Sihat? Bersenam Cara Mudah oleh Zainun Ishak

Buku : Ingin Sihat? Bersenam Cara Mudah oleh Zainun Ishak

No Perolehan: EPAL 14/004516
Call No.: 613.7 ZAI
ISBN: 978-967-5905-00-1
Bahasa: Melayu
Kategori: Teknologi

Ulasan :
Buku ini merumuskan untuk semua peringkat umur iaitu warga emas, orang dewasa, ibu bapa, remaja, kanak-kanak dan bagi meraka yang kurang upaya.

Format buku menjelaskan kepada pembaca secara ringkas mengenai fakta bersabit mengapa kita perlu bersenam, bagaimana cara bersenam, dan jenis senaman kita perlu lakukan.
   
Buku ini mengandungi 13 Bab kesemuaya.

Bab 1 menjelaskan maksud senaman dan membincangkan beberapa jenis senaman untuk kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan ketahanan otot, dan kelembutan badan.

Bab 2 menjawab persoalan mengapa kita perlu bersenam dan menjelaskan kepentingan senaman bagi kita.

Manakala Bab 3 pula, mempersoalkan bila dan berapa lama kita perlu bersenam,

sementara Bab 4 memberi beberapa cadangan persiapan untuk memulakan program senaman.

Dalam Bab 5 dan Bab 6 menjelaskan tentang motivasi diri yang merupakan satu cabaran untuk memulakan program senaman, dan mendedahkan perkara yang terhalang perlakuan senaman.

Bab 7 memaparkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak.

Bab 8 dan Bab 9 pula mengajak kita bergerak, dan menyatakan apa dan bagaimana kita boleh lakukan dengan tubuh badan kta,

sementara Bab 10 menasihati kita berbagai cara agar bersenam dengan selamat.

Selain itu Bab 11 dan Bab 12 memberi pelbagai cadangan bagaimana perlakuan aktiviti harian membantu kecergasan diri jika kita  lakukan dengan cergas, dan menjelaskan beberapa aktivti regangan yang mudah untuk semua peringkat usia.

Akhir sekali, Bab 13 membincangkan fakta penting bagaimana amalan hidup sihat membantu mempertingkatkan kesihatan diri. Selamat membaca dan selamat mencuba!!!
            
Judul: Ingin Sihat? Bersenam Cara Mudah        
Pengarang     : Zainun Ishak
Penerbit     : ZIT Publishing
Tahun Terbit     : 2014
Harga         : RM 26.32
Muka surat     : 219
Rating         : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Noraziah Binti Abd. Razak
PD Paloh Hinai

Buku: Rawatan Diabetes oleh b. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui

Buku: Rawatan Diabetes oleh b. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui

No Perolehan: DCAM 07888
ISBN: 978-983-46-1125-5
Kategori: 616.462

Ringkasan/ Ulasan:
Bayangkan anda bersembang panjang dengan seorang pesakit diabetes. Keadaannya amat mendukacitakan. Beliau sudah 20 tahun menghidap diabetes, malangnya tidak terkawal dengan baik.

Pelbagai komplikasi telah beliau alami antaranya mata kabur, buah pinggang rosak, kaki kanannya terpaksa dipotong dari bawah lutut setelah beberapa minggu dijangkiti kuman dan yang terbaharu kaki kirinya kerana masalah yang sama.

Lebih malang lagi, beliau terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran tidak lagi mampu memberikan nafkah zahir dan batin.

Banyak lagi kisah yang mungkin lebih menyayat hati seorang penghidap diabetes yang kronik. Hakikatnya, penghidap diabetes berdepan pelbagai komplikasi jika diabetesnya tidak terkawal.

Renungkan sejenak tentang masa depan yang bakal dilalui jika diabetes tidak lagi mampu dikawal. Apakah bacaan gula dalam darah sentiasa di bawah kawalan atau sebaliknya?

Bagaimana berdepan dengan keadaan hipoglisemia atau hiperglisemia? Temui jawapannya di dalam buku ini, agar maklumat yang berguna ini dapat disampaikan kepada orang ramai khususnya penghidap diabetes.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat Malaysia,ini kerana sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia cara menghadapi masalah penyakit diabetes dengan lebih sistematik dan baik.

Judul: Rawatan Diabetes
Pengarang: Ab. Aziz Al-Safi Ismail, Shareen Nui
Penerbit: Dewan Bahasa Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM16.00
Muka surat: 99
Rating: 5

ulasan oleh
Muhammad Shahril Bin Samsuddin
Pembantu Perpustakaan
Daerah Cameron

Sunday, May 8, 2016

El Nino: Sejarah dan Panduan Menyelamatkan Kanak-kanak semasa cuaca panas

Perubahan cuaca dunia pada masa ini boleh dikatakan sebagai tidak menentu dan bercelaru. Petanda fenomena El-Nino atau ‘si anak kecil' dalam bahasa Sepanyol, telah berulang kembali pada tahun 2016. Namun kehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 yang telah menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius). Ia tidak bermakna kita boleh pandang sepi perubahan ini.

Kita di Pahang telah menyaksikan empat kebakaran hutan besar di negeri Pahang yang melibatkan:
-kawasan di Hutan Simpan Ramin (Pekan),
-ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (Jalan Kuantan-Pekan),
-hutan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Bistari (Sri Pekan) dan
-kawasan hutan di Kampung Sungai Ular (Gebeng).

Kebakaran di Pahang ini melibatkan keseluruhan hutan sebanyak 83 hektar. Walaupun kebakaran berkenaan masih pada tahap terkawal, namun ia tidak boleh dipandang mudah. Perkara ini adalah peringatan kepada kita agar lebih berhati-hati dan berusaha mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas yang kering kontang seperti sekarang.

BACA SELANJUTNYA: ikim.gov.my.

Sejarah elnino ini telah dikesan sebelum masihi lagi. Banyak perkara yang telah dipelajari oleh manusia berkaitan El Nino ini. Namun begitu banyak perkara yang masih kita tidak faham dan tidak boleh ramal. Dunia telah mengalami beberapa kali kesan yang nyata el nino ini  : 1968-70, 1972-73, 1977-78, 1982-83 (panas yang teruk), 1986-87, 1991-92, 1994-95 dan 1997-98 (paling teruk).
sumber gambar: malaysian-research.org.

Banyak juga perkara yang boleh kita lakukan. Kita tidak perlu meletakkan tanggung jawab tersebut kepada orang lain. Antaranya adalah bagaimana hendak memastikan kanak-kanak selamat dalam suasana cuaca panas el nino ini.
 sumber gambar: savethechildren.org.

Selain dari memberikan panduan, kita boleh menjadikan perkara el nino ini sebagai suatu aktiviti. Keadah pembelajaran sebegini boleh mempelbagaikan kemampuan anak-anak untuk mencari maklumat. Contoh bahan pembelajaran adalah 'El Nino Student Activity Book'. Bahan berikut adalah usaha bersama Penyelidikan NOAA (National Oceanic And Atmospheric Adminstration)  dan Kolej Pendidikan di University of South Alabama (Amerika Syarikat). Matlamat mereka adalah untuk menyediakan pelajar sains sekolah menengah dan guru-guru dengan pengalaman penyelidikan dan penyiasatan menggunakan sumber-sumber dalam talian.

Berikut adalah kandungan bahan pembelajaran El Nino.

El Nino Student Activity Book
1. Introduction

2. Get Info 
A. What is El Nino?
B. El Nino Effects

3. Gather Data  
A. Comparison of Different El Ninos

B. Comparison of Western Pacific Rainfall During El Ninos
Western Pacific – Rockhampton, Australia
Western Pacific 2 – Melbourne, Australia
Western Pacific – Kota Kinabalu, Malaysia

C. Comparison of Eastern Pacific Rainfall During El Ninos
Eastern Pacific 1 – La Serina, Chile
Eastern Pacific 2 – Santa Cruz, California, USA
Eastern Pacific 3 – Los Angeles International Airport, California, USA

4. Application  
A. Predictions

5.  Enrichment Activities  
A. Wind Patterns
B. Social Studies/Language Arts
C. Math Activity
D. Research
E. Interviews
F. Class Reports
G. Related Web Sites
bahan ini boleh dimuat turun disini [noaa.gov].

Banyak juga bahan mengenai el nino ini yang telah ditulis oleh penulis luar dalam buku dan majalah mereka. Kita juga perlu melatih anak-anak kita untuk meminati bahan ini dan seterusnya akan ada antara mereka yang akan menjadi pakar el nino pada masa depan. Antara bahan yang telah ditulis dalam bahasa inggeris adalah:
BUKU
1. El Niño, 1997-1998: The Climate Event of the Century By Stanley A. Changnon Oxford, 2000
2. Floods, Famines, and Emperors: El Nino and the Fate of Civilizations By Brian Fagan Basic Books, 1999
3. Weather: How It Works and Why It Matters By Arthur R. Upgren; Jurgen Stock Perseus Books, 2000
4. Storm Watchers: The Turbulent History of Weather Prediction from Franklin's Kite to El Niño By John D. Cox Wiley, 2002
5. The Way the Wind Blows: Climate, History, and Human Action By Roderick J. McIntosh; Joseph A. Tainter; Susan Keech McIntosh Columbia University Press, 2000

MAJALAH
6. The Invisible Hand: As Human Activity Warms the Earth, El Nino Grows More Violent By Mazza, Patrick Sierra, Vol. 83, No. 3, May-June 1998
7. Blame It on El Nino; Are We Ignoring the Early Warning Signs of Global Warming? By Beers, Stephen E Magazine, Vol. 9, No. 5, September-October 1998
sumber senarai: questia.com.

Saturday, May 7, 2016

Friday, May 6, 2016

Thursday, May 5, 2016

Wednesday, May 4, 2016