Sunday, July 31, 2016

BUKU FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA pengarang MUHD NUR IMAN RAMLI

Buku FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
Pengarang MUHD NUR IMAN RAMLI

NO. PEROLEHAN :DBER 12-04497
CALL NO. : 973.9092
ISBN : 978-967-411-007-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SEJARAH DAN GEOGRAFI

ULASAN:
Buku ini membincangkan persoalan-persoalan yang timbul melibatkan para presiden Amerika Syarikat yang dikatakan manusia paling berkuasa di dunia. Antara persoalan yang penting untuk dijawab: Apakah wujud kuasa-kuasa tertentu dalam sistem politik Amerika? Sejauh mana kuasa dan pengaruh mereka melangkaui jawatan itu sendiri.Adakah wujud satu kuasa yang sangat aktif?

Buku ini juga mengandungi maklumat-maklumat unik dan penting perihal presiden, antaranya: pembunuhan Presiden Kennedy, Sumpahan Tecumseh, hantu Presiden Lincold, beg sulit Nuclear Football, mengapa penting hubungan Amerika dengan Israel serta kumpulan sulit di belakang presiden.

Dalam buku ini, penulis cuba meneliti kaitan antara presiden AS, kumpulan-kumpulan politik, pertubuhan-pertubuhan rahsia, peranan media dan isu-isu berkaitan masa depan Amerika sebagai kuasa bersar dunia.Penulis juga secara terperinci mendedahkan apa yang ditempuhi para presiden AS dalam kehidupan seharian mereka, selain membongkar mitos dan misteri yang menyelubungi sepanjang sejarah.

JUDUL : FAIL SULIT PRESIDEN AMERIKA
PENGARANG : MUHD NUR IMAN RAMLI
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2012
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :248
RATING :4/5

Monday, July 25, 2016

Buku ISLAM YANG TERCALAR ANTARA KONSPIRASI BARAT DAN YAHUDI DAN JANJI ALLAH pengarang SAFRIHADI


Buku ISLAM YANG TERCALAR ANTARA KONSPIRASI BARAT DAN YAHUDI DAN JANJI ALLAH pengarang SAFRIHADI

JUDUL BUKU:ISLAM YANG TERCALAR
SIRI BUKU:   
ISBN:978-967-0716-20-6
PENERBIT:MUSTREAD ADDIN
TARIKH / TAHUN:2014
EDISI BAHASA:      B. MALYSIA
HARGA: RM  24.00

ULASAN:
Mengenai Agama Islam dalam menghadapi cabaran globalisasi menjelang abad ke 21 dalam berdepan dengan tipu daya yahudi dan mainan media barat. Suatu ketika dahulu, Islam merupakan kuasa besar dandigeruni serta dicemburui oleh musuh. Oleh sebab itu, mereka mencari pelbagai cara untuk memusnahkan islam.

Kini dunia islam sedang menghadapi sisi sukar yang getir dan mencabar dalam menghadapi agenda jahat dari Yahudi dan media barat dimana seluruh penduduk dunia telah dimomokkan  dengan pelbagai tuduhan negative tentang islam. Bahkan dendam kesumat dan benci kedua-dua pihak ini semakin menjadi-jadi bermula apabila perang salib bermula, penaklukan Israel terhadap bumi Palestine serta peristiwa serangan 11 september 2001 mengakibat runtuhnya  WTC, di New York  serta perang Iraq.

Buku ini membawa kita mennelusuri sejarah penindasan terhadap islam yang suda berlaku sekian lama.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI A. AZIZ

Sunday, July 24, 2016

BUKU BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU pengarang SALIM A. FILLAH

BUKU BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU  pengarang SALIM A. FILLAH

NO. PEROLEHAN :DBER 04487
CALL NO. :297.57082 SAL
ISBN :978-967-0142-34-0
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :AGAMA

ULASAN:
Buku ini memaparkan tentang wanita yang mendambakan kedamaian syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka demi memburu nikmatnya. Setiap penceritaan kisah dan riwayat yang beserta dalil dan hadis yang membuatkan pembaca memahami keistimewaan menjadi wanita solehah buat suami. Turut menceritakan betapa mulia dan pentingnya wanita menjaga akhlak dan maruah diri dan suami.

Buku ini turut memaparkan kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW bersama isteri-isteri Baginda yang dapat kita jadikan tauladan dan ikutan untuk kebahagiaan rumahtangga para pembaca. Bagaimana wanita-wanita zaman Rasulullah dan Para Sahabat memilih imamnya berdasarkan agama dan akhlak bukan berdasarkan harta benda dan paras rupa semata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan nikmat akhirat.

Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui kerana menyaksikan mekarnya cinta para suami. Antara kupasan menarik dalam buku ini ialah isu kepimpinan, waris dan agama, fesyen itu trend atau tuntutan agama, katogeri cinta manusia, konsep berhijab, pernikahan, apakah tujuannya, kehebatan seorang ayah, kisah inspirasi rumahtangga mendidik jiwa dan keagungan seorang ibu. Jadikan Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan bagi memahami teman seperjalanan dalam mencapai destinasi Abadi.

NAMA FAIL COVER BUKU :

JUDUL : BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU
PENGARANG : SALIM A. FILLAH
PENERBIT :PTS MILLENNIA  SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2012
HARGA :RM18.50
MUKA SURAT :257
RATING :4/5

Monday, July 18, 2016

Buku: Agar Anak Cinta Al-Quran PENGARANG Dr. Muhammad Fahd Ats Tsuwaini

Buku: Agar Anak Cinta Al-Quran PENGARANG Dr. Muhammad Fahd Ats Tsuwaini

No Perolehan: DCAM 08060
ISBN: 9789791601078
Kategori: 297.1

Ringkasan/ Ulasan: Agar Anak Cinta Al-Quran
Cinta Al-Qur’an, sumber kebaikan…Pasti. Dekatnya anak kita dengan Alquran merupakan pangkal kebaikan, dan jauhnya anak dengan Alquran menjadi pemancing datangnya segala keburukan. Untuk itu, menjadi tugas berat yang menggelayut dipundak orang tua, yakni bagaimana agar anak kita mencintai Alquran dan menjadikan Alquran sebagai ‘teman akrab’ sekaligus guru yang membimbing prilakunya.

Inilah Rahasianya… Buku ini menyuguhkan tips sederhana namun digdaya untuk menanamkan kecintaan anak kepada Alquran. Bagamana kita bias menumbuhkan benih cinta anak terhadap Alquran, lalu bagaimana cara mengkokohkan jalinan cinta tersebut,. Sehingga, anak akan bisa mereguk kebahagiaan hidup bersama Alquran. Dan kita tentu akan mengulum senyum bangga tatkala menyaksikan anak kita menjadi sosok generasi Qurani yang menyejukan hati.

Judul: Agar Anak Cinta Al-Quran
Pengarang: Dr. Muhammad Fahd Ats Tsuwaini
Penerbit: Mumtaza
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM16.50
Muka surat: 104
Rating: 5

Sunday, July 17, 2016

BUKU AWAK PENGANTIN SAYA pengarang AINUL HAZRAH

BUKU AWAK PENGANTIN SAYA pengarang AINUL HAZRAH

NO. PEROLEHAN :DBER 16-07287
CALL NO. :F AIN
ISBN :978-983-124-989-5
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini berkisar tentang seorang gadis bernama Nurul yang sangat manja,sengal dan tidak tahu langsung untuk membuat kerja rumah sehingga makan pun perlu disuap lantaran terlalu dimanjai oleh Mak Kay dan Nukman lantaran simpati dan kasihan dengan nasib Nurul yang dianggap sial oleh ibu yang melahirkannya.

Nukman terpaksa meminta sahabat baiknya,Fandi untuk menikahi Nurul kerana tidak mahu Nurul dipermainkan oleh Fadzley dan berharap Fandi dapat mengubah perilaku manja Nurul. Nurul terpaksa menerima Fandi yang digelar “Keropok Masuk Angin” sebagai suaminya setelah Fadzley tidak berusaha menunaikan permintaannya. Nurul tidak menyukai Fandi kerana penampilannya yang selebet pada mulanya semakin sedar ada sesuatu yang menarik ada pada suaminya setelah semakin lama tinggal bersama.

Disebalik kedaifan Fandi sebenarnya Fandi menyembunyikan sesuatu tentang dirinya daripada Nurul. Niatnya mahu membuat isterinya merasa kehidupan susah bersamanya. Semua perkara yang dilakukan Nurul pasti ada perkara buruk seperti gosok baju, baju terbakar,bila memasak tepercik minyak dan masak air melimpah terkena tangan Fandi. Namun berkat kesabaran Fandi dan kuasa cinta telah mengubah Nurul menjadi seorang isteri yang lebih baik, rajin dan tahu memasak serta melakukan kerja rumah.

NAMA FAIL COVER BUKU : AWAK PENGANTIN SAYA

JUDUL : AWAK PENGANTIN SAYA
PENGARANG : AINUL HAZRAH
PENERBIT :GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2015
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :601
RATING :5/5

Pengankutan Awam: cadangan penambahbaikan dan kelemahan


CONTOH JAWAPAN KERJA KURSUS PT3 2016 GEOGRAFI » PENGANGKUTAN
Berikut ialah senarai panduan, contoh dan tips bagi tugasan kajian kes berhubung dengan pengangkutan awam untuk kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 berdasarkan kehendak tugasan yang diberikan Sebagai makluman, kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara seperti yang telah ditetapkan
Tempoh Kerja Kursus Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016 . Konsep dan takrifan sistem pengangkutan.Bina jadual dan graf /carta pai yang sesuai tentang pengangkutan awam di kawasan kajian. (Jadual dan graf /carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan. Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan awam di kawasan kajian.
sumber:mysumber.com

Penambahbaikan Pengangkutan Awam 
 Perlu mengambil kira pendekatan yang lebih menyeluruh. Pemanjangan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya ke Subang Jaya, dan laluan Kota Damansara ke Cheras tidak menjamin masalah pengangkutan awam di Lembah Klang dapat diselesaikan.

Penanda aras kualiti pengangkutan awam bergantung kepada kecekapan, keselesaan dan keselarasan keseluruhan kenderaan pengangkutan awam yang sedia ada. Adalah menjadi keutamaan untuk pemanjangan jajaran LRT berkenaan didahului dengan penyelarasan transit awam yang ada.

Jumlah kos untuk membiayai projek pemanjangan jajaran LRT akan memakan kesemua peruntukan penambahbaikan transit awam bagi tempoh lima tahun akan datang.

sumber:utusan

Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan Cadangan untuk Mengatasinya
Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini, terdapat beberapa jenis pengangkutan  awam. Antara perkhidmatan pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.  Sehingga kini perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan belum memuaskan hati pengguna.

Baru-baru ini, saya sebagai Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.
sumber: stpm-study.blogspot.my

Perubahan & Penambahbaikan Pengangkutan Bandar Mulai Tahun Depan
Ketua Makmal NKRA untuk pengangkutan awam bandar, Mohamad Nur Kamal dari Kementerian Pengangkutan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, apabila berkuatkuasa tahun depan, akan melihat kepada perancangan jangka panjang sistem pengangkutan bandar.

Dalam pembentangannya bertajuk "Mengatasi Masalah Pengangkutan Bandar" pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di sini, Mohamad Nur berkata tujuh cadangan utama itu termasuk melaksanakan Transit Bas Ekspres (BES), tambahan gerabak untuk KTM dan sistem transit aliran ringan (LRT), Terminal Pengangkutan Bersepadu, Transit Bas Rapid (BRT), inisiatif penguatkuasaan, stesen bersepadu dan sistem tiket bersepadu di sekitar Lembah Klang.

Pada majlis sama, anggota makmal, Suhaili Idrus dari Iskandar Malaysia memberi penjelasan mengenai penambahbaikan perkhidmatan bas dan rel yang akan dibuat.

Beliau berkata untuk BES, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dijangka melancarkan perkhidmatan bas yang akan membawa penumpang ke pusat bandar melalui expressway yang kurang digunakan seperti Kesas, New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Grand Saga dan Penchala Link.
sumber: bernama

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 - pengangkutan
Rangkaian sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien dengan penghubungan antara dan dalam bandar amat diperlukan bagi mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa.

Bagi warga kota Kuala Lumpur, Bandar Raya perlu berupaya menyediakan satu struktur bandar yang efisien dan saksama, sebaik mungkin, bagi membolehkan semua anggota masyarakatnya mudah sampai ke semua kawasan dan kemudahan agar setiap orang boleh menikmati faedah kehidupan bandar yang maksimum.

Struktur asas rangkaian jalan dan rel yang komprehensif telah dibina sejak tahun 1984. Program bagi Kuala Lumpur kini ialah untuk memajukan, memperkemaskan dan melengkapkan sistem pengangkutan secara bersepadu bagi memenuhi keperluan Bandar Raya dan penduduknya sehingga tahun 2020. Dalam hubungan ini DBKL akan membantu pelaksanaan sistem pengangkutan bersepadu.
sumber:dbkl

Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia Idea
Pengangkutan awam mampu mengurangkan bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya. Pengangkutan awam mampu memendekkan tempoh perjalanan seseorang ke tempat kerja kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi. Pengangkutan awam mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar terutama pada waktu puncak. Pengangkutan awam berupaya mengelakkan pencemaran udara melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara. Pengangkutan awam berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana perjalanan yang selamat dan selesa. Pengangkutan awam berupaya menjimatkan kos pengguna kerana harga tiket yang murah dan tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
sumber: blogcikguazaman.blogspot.my

Pengangkutan Awam Perlu Penambahbaikan
Profesor Pengangkutan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, perkhidmatan bas awam terutamanya perlu penambahbaikan bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam negara.Namun begitu, beliau tidak menafikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sudah setanding dengan bandar-bandar besar di Asia Tenggara.Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kesesakan lalu lintas disebabkan oleh tahap pengangkutan awam yang rendah di Malaysia.

"Kenyataan itu tidak tepat. Kesesakan lalu lintas berpunca daripada peningkatan jumlah perjalanan menggunakan kenderaan peribadi. Ini menyebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya.

"Peranan pengangkutan awam adalah untuk mengatasi kesesakan ini dengan memindahkan sebilangan besar pengguna kepada sebuah sistem yang lebih efisien yang mampu membawa lebih penumpang bagi setiap kilometer.

"Contohnya, sebuah bas mampu membawa hampir 60 penumpang berbanding dengan pengangkutan rel yang boleh membawa berlipat kali ganda penumpang,"
sumber: utusan.com.my

Tambah Baik Perkhidmatan Awam dan Kepuasan Pengguna
Bagi menggalakkan lebih ramai orang awam mengguna pengangkutan awam, kerajaan juga terus fokus kepada penambahbaikan kemudahan kepada pengguna seperti membina lebih banyak kompleks 'Park n Ride' di stesen-stesen rel utama, serta meneruskan inisiatif bas Bandar GO-KL secara percuma.    

Di bawah GTP, kerajaan memperlihatkan tiga aliran kerja iaitu membangunkan rangkaian pengangkutan awam bas, rel, dan teksi; mengurus permintaan pengangkutan awam dan integrasi. Aliran kerja bagi perkhidmatan rel merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang paling penting. Oleh itu, kerajaan telah merangka tiga inisiatif utama untuk menambah baik operasi perkhidmatan sedia ada iaitu dengan penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dan Aliran Transit Ringan (LRT), penambahan kapasiti KL Monorel dan projek peluasan jajaran aliran LRT Kelana Jaya dan Ampang.

Bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti perkhidmatan rel, kerajaan telah menggantikan set tren gerabak dalam meningkatkan kapasiti penumpang, meningkatkan keandalan perkhidmatan rel sehingga mencapai 97.5 peratus pada waktu puncak dan meningkatkan kesalinghubungan dari awal hingga akhir perjalanan melalui kompleks Park N Ride, stesen bersepadu dan laluan pejalan kaki. Di samping itu, dalam menambah baik perkhidmatan LRT, kerajaan akan memperluaskan stesen jajarannya di bawah Program Peluasan Aliran (LEP).

Progaram itu akan merangkumi projek perluasan aliran LRT ke stesen Kelana Jaya dengan meliputi 12 stesen baharu sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights. Aliran Ampang pula akan meliputi 12 stesen baharu daripada Stesen Bersepadu Putra Heights sebelum berakhir di Stesen Awan Besar.

Di bawah aliran kerja bas, kerajaan menyediakan 470 bas RapidKL baharu untuk menambah kekerapan bas di sekitar Lembah Klang dan menaik taraf 1,177 perhentian bas di lokasi utama serta membina 372 perhentian bas baharu di sekitar Lembah Klang.
sumber: sinarharian

Borang Soal Selidik PT3 Geografi 2016
Soalan PT3 Geografi 2016 kali ini adalah berkenaan dengan topik Sistem Pengangkutan Awam Tingkatan 2. Berbeza dengan kerja kursus PMR sebelum ini yang kurang menerapkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), PT3 mewajibkan pelajar membuat kajian kes dan menerapkan elemen kbat. Oleh itu, dalam borang soal selidik mestilah menerapkan elemen kbat yang dapat membantu pelajar untuk membina jadual dan graf yang bersesuaian. Berikut merupakan contoh borang soal selidik sebagai rujukan pelajar.
sumber: cekgunorazimah.com

rujukan:Geografi PT3 2016: Cadangan Penambahbaikan Sistem Pangangkutan Awam.

Thursday, July 14, 2016

Sidang Redaksi BULETIN GERAKAN MEMBACA Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 2016

Satu sesi bergambar bersama ahli Sidang Redeksi BULETIN GERAKAN MEMBACA  telah diadakan pada 13.7.2016.
BARISAN BELAKANG (dari kiri)
En Firdaus b Abd Hadi (Unit Koleksi Negeri Pahang)
En Tuan Khairul Azhar b Tuan Kuning (Ketua Unit Koleksi Negeri Pahang)
En Ahmad Nizam b Ismail (Ketua Bahangian Rangkaian Perpustakaan)
En Mohd Fadhrunizam b Abd Rashid (Unit Gerakan Membaca dan Literasi)
En Mohamad Noor b Hj Abdul Rahman (Ketua Bahagian Rujukan dan Maklumat)
En Mohd Saiful b Kamaluddin (Ketua Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media)
En Mohd Aseri b Abd Malek (Ketua Unit Perkhidmatan Perpustakaan)
En Mohd Norshazlin b Sa'adun Nazir (Ketua Bahagian Perancangan Korporat dan Pembangunan)

BARISAN DEPAN (dari kiri)
Pn Noorul Huda bt Othman (Bahagian Perancangan Korporat dan Pembangunan)
Pn Rosmawatee bt Abd Kadir (Ketua Unit Teknologi Maklumat)
Cik Nazirah Hanim bt Kadmi ( Unit Teknologi Maklumat)
Pn Maria bt Hamzah (Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi)
Pn Normah bt Ghazali (Ketua Unit Pembelajaran Kreatif)
Cik Norbaizura bt Zainal (Unit Gerakan Membaca dan Literasi)
Pn Murni Wizana bt Abd Ghani (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan)
Cik Nur Syamsila bt Sahak (Ketua Unit Gerakan Membaca dan Literasi)

Monday, July 11, 2016

Buku: KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI pengarang CHE HASNIZA CHE NOH

BUKU: KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI pengarang CHE HASNIZA CHE NOH

TAJUK BUKU;   KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI.
PENGARANG;    CHE HASNIZA CHE NOH
NO. PANGGILAN;    658.45 / CHE
ISBN;    978-967-5366-55-0
PENERBIT  ;    PENERBIT UMT UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
TAHUN TERBIT ;     2011
EDISI BAHASA ;    BAHASA MELAYU
HARGA ;    RM33.00

ULASAN BUKU
Mengurus organisasi memerlukan anda untuk  berbincang, berhujah, mengemukakan pandangan, menyediakan dan membentang laporan kepada pelbagai pihak dari dalam dan luar organisasi .

Kejayaan anda melaksanakan semua ini bergantung kepada kemahiran dan kemampuan berkomunikasi kerana ia merupakan nadi kepada kehidupan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Melaluinya akan memungkinkan anda menyampai dan memperoleh mesej dengan baik, memilih saluran yang paling berkesan, tepat pada masa dan sasarannya.

Perlu disedari, kegagalan anda bertindak sedemikian akan menyebabkan berlakunya percanggahan pandangan yang akan membenihkan kekeliruan, konflik, kekecewaan, ketidakpuasan dan salah faham.

Sebaliknya kemahiran berkomunikasi yang anda miliki bakal meningkatkan produktiviti organisasi sama ada dalam bentuk kuantiti dan kualiti.

Seterusnya, kecekapan dan kelicinan anda berkomunikasi bakal menyuntikkan  dorongan kerja , mempereratkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komitmen dan mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai dan menghormati.

Justeru  buku ini disediakan khusus kepada anda sebagai satu persediaan untuk membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi memastikan kelangsungan dan  keberkesanan organisasi.

Monday, July 4, 2016

Buku: CERPEN DAN PERPADUAN NASIONAL oleh CHEW FONG PENG

Buku: CERPEN DAN PERPADUAN NASIONAL oleh CHEW FONG PENG

TAJUK BUKU;   CERPEN DAN PERPADUAN NASIONAL
PENGARANG;    CHEW FONG PENG
NO.PANGGILAN ;    899.2330109 / CHE
ISBN ;   978-983-100-561-3
PENERBIT;    PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
TAHUN TERBIT ;   2013
EDISI BAHASA ;    BAHASA MELAYU
HARGA ;    RM38.40

ULASAN BUKU 
Buku ini meminjam tema perpaduan nasional  dan peranan sastera kebangsaan menerusi gentre cerpen .Sebanyak 83 buah cerpen dipilih daripada hasil karya Sasterwan Negara, pemenang sayembara cerpen Kementerian Perpaduan Dan Pembangunan Masyarakat, cerpen peraduan ESSO-GAPENA, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Public Bank, Utusan Melayu, Hadiah Pemenang Sastera 1970-an, dan Hadiah Sastera Malaysia 1980-an.

Teori Weiner digunakan untuk meninjau 19 tema umum dan khusus perpaduan nasional, berpandukan Teori  Pencerminan Lukacs. Sastera kebangsaan melalui cerpen memainkan peranan dan sumbangan yang merentasi etnik, jantina dan SES responden.

Justeru buku ini menunjukkan bahawa cerpen mempunyai peranan tertentu dalam  membentuk perpaduan nasional.