Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 31, 2017

Selamat Bersara Kak Noreha Ab. Rahman


SELAMAT BERSARA pada 1hb Februari 2017.

Puan Noreha binti Ab. Rahman dilantik sebagai Jurutaip di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 2hb Mei 1984. Kak Nor adalah antara orang lama yang mewarni susah senang bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP). Selain Kak Nor adalah arwah Abu Hashim, Mustafa Ali, Hasdan Hot, Zainuddin Azahari, Alias Abd Latif. dan tidak ketinggalan Azman Zulkifli.

Hasil kegigihan Kak Nor bekerja, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) pada 2 September 2003. Dengan jawatan tersebut, Kak Nor semakin tekun bekerja maka Kak Nor naikkan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Kanan pada 1hb Disember 2015.

Kak Nor  merasa gembira kerana sempat meneruskan khidmat di bangunan baru PPAP sebelum berpencen.

Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang, Kak Nor telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1992 dan 2012.

Pada 1hb Februari 2017, sampailah usia Kak Nor untuk bersara wajib pada usia yang ke 60. Bahagian Khidmat Pengurusan banyak meninggalkan kenangan manis untuk Kak Nor. Selain kenangan manis, banyak juga pengalaman yang telah ditimba bersama PPAP serta banyak juga pengalaman yang Kak Nor telah curahkan kepada orang-orang muda di PPAP bagi meneruskan kecemerlangan PPAP. Terima Kasih Kak Nor.

Bagi meraikan kakitangan yang akan pencen, satu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 16hb Disember 2016 di Hotel Mega View Kuantan.


Gambar ketika Perasmian UTC oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kenangan bersama rakan seperjuangan akan terus menjadi kenangan indah. Pesan Kak Nor kepada warga PPAP: "Kalau jumpa di mana-mana tegur-tegurlah. Kadang-kadang Kak Nor tak perasan, maklumlah ..."

MOGA PERSARAAN MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH.

No comments: