[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Wednesday, February 8, 2017

BUKU: Hang Nading Laksamana Jihad PENULIS Abdul Latip Talib

BUKU: Hang Nading Laksamana Jihad PENULIS Abdul Latip Talib

NO PEROLEHAN: DBER 13-05405
CALL NO: F ABD
ISBN: 978-967-408-117-1
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: NOVEL SEJARAH
ULASAN:

    Menurut Sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim adalah anak Hang Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun Dang Inangsih. Semasa Hang Jebat terbunuh di tangan Hang Tuah, Hang Nadim masih dalam kandungan ibunya. Selepas lahir, beliau dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah, kemudian dikahwinkan dengan Tun Mas Jiwa iaitu anak perempuan Hang Tuah.
    Selepas Laksamana Hang Tuah hilang tanpa jejak, Khosa Hassan dilantik menjadi laksamana. Selepas Laksamana Khoja Hassan dipecat kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir, jawatan laksamana diberikan kepada Hang Nadim.
    Laksamana Hang Nadim dikurniakan umur yang panjang. Selepas  Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1528, beliau berkhidmat dengan putera sultan baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II hingga tahun 1564.
    Laksamana Hang Nadim terus berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 – 1571) dan Sultan Ali Jalla (1571 – 1597).
    Laksamana Hang Nadim menjadikan Johor sebagai pusat gerakannya menyerang Portugis di Melaka.Walaupun Laksamana Hang Nadim gagal menghalau Portugis dari Melaka, namun benih perjuangan yang disemainya itu terus tumbuh dalam kalangan orang Melayu. Bertitik  tolak dari perjuangan Laksamana Hang Nadim itu, pahlawan-pahlawan Melayu terus bangkit berjuang menentang penjajah.

No comments: