[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, February 12, 2017

Buku: LANDASAN MAUT- SEJARAH HITAM PERANG DUNIA KEDUA. PENULIS:Salleh De Ran

Buku: LANDASAN MAUT- SEJARAH HITAM PERANG DUNIA KEDUA. PENULIS:Salleh De Ran

No. Perolehan: DRAU 02361
No. Panggilan: F SAL
ISBN: 978-983-3892-75-4
Bahasa: Melayu
Kategori: FiksyenSejarah
Ulasan:
Karya asli Salleh De Ran memaparkan kisah sekumpulan pemuda yang menghadapi cabaran selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayupadatahun 1942. Mereka ditangkap dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk bekerja membina landasan keretapi bermula dari Thailand hingga ke Burma bertujuan untuk meluaskan jajahan dan pengaruh Jepun. Tahanan perang dari Negara British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda serta buruh paksa dari India telah dipaksa untuk melakukan kerja pembinaan landasan ini yang mengambil jarak sekitar 415 kilometer. Sepanjang tempoh pembinaan banyak nyawa telah menjadi korban. Mereka tidak tahan untuk melakukan kerja sebegitu berat dan ada antara mereka yang maut kerana cuba melarikan diri. Dengan semangat setiakawan yang tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa serta tawakal kepada Allah mereka berlima akhirnya dapat pulang kepangkuan keluarga masing-masing.

Judul: LANDASAN MAUT
Pengarang; SALLEH DE RAN
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD
TahunTerbit: 2010
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh:
Mohamad ZafwanHafizul bin Zainuddin
PembantuPustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
KetuaPerpustakaan Daerah Raub

No comments: