[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Thursday, February 16, 2017

Buku MIKHAIL Penulis RAMLEE AWANG MURSHID Penerbit ALAF 21 SDN.BH

Buku MIKHAIL Penulis RAMLEE AWANG MURSHID Penerbit ALAF 21 SDN.BH

Buku:  Mikhail
Pengarang :Ramlee Awang Murshid
Penerbit:  Alaf 21 Sdn.Bhd
Tahun Terbit:  2009
Harga:  Rm 19.90
Muka surat:  494
No.perolehan: 09/0146
Bulan Bacaan: Januari 2017
No.ISBN :978-983-124-432-6

Ulasan:
Dikisahkan tentang seorang pembunuh bersiri  yang  membunuh  demi dendam yang disimpan lama sedari kecil.Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan oleh seorang yang bernama Dickens, seoranglelaki Amerika Syarikat.Sewaktu itulah Mikhail  dilatih menjadi pembunuh professional. Mikhail berazam menuntut bela di atas kematian keluarganya.  Tetapi semasa 16 tahun menjadi pelarian di perantauan sebelum memburu mangsa-mangsanya itu, Mikhail telah menghidapi sejenis penyakit  paranormal.Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan yang terang dan tajam, dia akan berada di dalam dimensi  yang tidak diketahui.  Dan apabila dia memburu mangsanya tiba-tiba dia jatuh cinta dengan mangsanya.Baginya, si  ayah yang berdosa dan bukan anak yang berdosa,dia terfikir kenapa anak yang menjadi mangsa perlu dibunuh.Mikhail tidak jadi membunuh anak mangsanya da nmembuat Dickens menjadi marah. Dickens menjadi marah dan memburu Mikhail pula

Disediakanoleh:
Irena Bt Hassan
Perpustakaan Desa Kg. Mahkota
(Perpustakaan Desa Kuantan)

No comments: