[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Sunday, February 5, 2017

Buku: Rabiatul Adawiyah oleh Zahiruddin Zabidi terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Buku: Rabiatul Adawiyah oleh Zahiruddin Zabidi terbitan PTS Litera  Utama Sdn. Bhd
No. Perolehan:    000192/15
Call No:    297.18 ZAH
ISBN:    9789833892747
Bahasa:    Melayu
Kategori:    Agama

Ulasan:    Buku Rabiatul Adawiyah menceritakan seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan Negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya.Beliau merupakan anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu dijadikan hamba. Beliau tidak menyesal takdir hidupnya begitu kerana berserah diri dan hanya mengadu kepada kepada Allah. Sampai akhir hayatnya, Rabiah tersenyum saat malaikat maut datang mengambil nyawa kerana terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

Pengarang:    Zahiruddin Zabidi
Penerbit:    PTS Litera  Utama Sdn. Bhd.
Tahun Terbit:    2010
Harga:    RM 24.00
Muka Surat:    267
Rating:    5/10

Disediakan Oleh
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa Simpang Pelangai
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

No comments: