[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Friday, March 24, 2017

Ceramah Bersama PUMIZI di PPAP (Fiqah Wanita Dalam Iddah.)

Pada hari warga ibupejabat PPAP berpeluang bertemu dengan #PUMIZI untuk mendengar ceramah #PUMIZI disamping berpeluang bertanya pelbagai soalan yang tersimpa di minda. Tajuk yang dipilih pada hari ini adalah Fiqah Wanita Dalam Iddah.

 01.
Ini adalah tajuk yang kelihatan senang dan mungkin tidak berkaitan secara langsung kerana ramai yang tidak menempuh perkara ini. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu mempelajarinya. Mungkin pada suatu hari akan ada sesiapa kenalan atau sesiapa yang kita kenal terpaksa menempun perkara ini. Maka kita boleh menerangkan bahawa dalam Islam telah ada hukum yang jelas tentang perkara ini. Bolehlah mereka yang berkenaan bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.
02
Ceramah ni menjadi menarik perhatian peserta kerana #PUMIZI telah memberi laluan kepada peserta untuk bertanya soalan ketika di awal ceramah. Maka banyaklah persoalan yang terbuku terkeluar dan dilontarkan kepada #PUMIZI.
03
Antara perkara yang dijawab oleh #PUMIZI adalah makruh bagi isteri untuk turut serta ke kubur untuk mengiring jenazah arwah suaminya. Perkara ini berdasarkan alasan ada wanita yang tidak kuat semangat kerana terlalu sedih sehinggakan ada yang menunjukkan kesedihannya dengan menjerit-jerit dan meraung-raung malah sampai berguling-guling di kawasan perkuburan.Kelakuan ini dilarang oleh Islam.
04
Tetapi setiap kejadian mempunyai keadaan yang tidak sama dan tidak boleh diputuskan dengan satu hukum asalnya. #PUMIZI menerangkan pula keadaan yang berlainan apabila semua orang meninggalkan rumah untuk mengiring jenazah ke tanah perkuburan. Tiba-tiba tinggal si isteri yang tua, sakit dan uzur seorang diri dirumah. Maka sudah tentu si isteri tersebut perlu dibawa bersama ke tanah perkuburan kerana tidak sesuai ditinggalkan seorang diri dirumah.
05
Pada sesi ini juga diterangkan adanya pendapat yang berbeza mengenai tempoh masa iaitu 3 kali datang haid atau 3 kali suci dari haid. Dua-duanya boleh diambil kira. Tetapi lebih elok jika kita memanjangkan sikit tempoh tersebut dengan memilih 3 kali suci dari haid.
06
Terdapat juga keadaan yang mana suami menyebut lafaz cerai talak 3 tetapi jatuhnya satu atau jika dilafazkan dengan talak 1 juta pun akan jatuh satu juga. Bila disebut lafaz ini bermaksud ianya tidak boleh dilafaz secara bertulis atau bahasa isyarat bagi orang yang sihat dan waras, ianya berbeza dengan orang bisu atau pekak.
07
Tetapi #PUMIZI juga menerangkan ada keadaannya lafaz cerai talak tiga dan jatuhnya juga tiga. Keadaan ini pernah terjadi di zaman sahabat. Keadaan ini disebabkan sika suami yang selalu menzalimi isterinya. Jika dibiarkan jatuhnya satu maka isteri akan kembali kepada perlakuan zalim oleh suami.
08
Keadaan ini berbeza dengan sikap suami yang sebelum ini saling sayang dan menyanyangi tetapi pada suatu ketika dan suatu saat yang jarang-jarang terjadi maka suami tiba-tiba terus menjatuhkan talak tiga. Disini akan dikira jatunya satu sahaja.
09
Walaubagaimana pun keputusan eloklah diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan. Mahkamah akan memeriksaan semua keadaan bagi memastikan keduanya tidak menerima keputusan yang menyusahkan pasangan.
10
Diterangkan juga oleh #PUMIZI bahawa kita boleh memilih untuk melafazkan cerai atau rujuk tanpa saksi selain dari si suami dengan si isteri sahaja. Apa yang terjadi tetap juga sah dari segi hukum. Tetapi kita bimbang bila keadaan semakin tua atau kita belum tua tetapi semakin pelupa.

Pernah kita mendengar cerita si suami mencari topi keledar. Habis diselongkarnya dalam dan luar rumah kerana mencari topi keledar sedangkan topi keledar telah ada di kepalanya. Pernah juga kita mendengar cerita si isteri mencari cermin mata. Habi diselongkarnya semua bilik dan meja kerana mencari cermin mata yang rupanya telah lama tersangkut atas dahi.

Kalau kita tidak lapurkan kes percerian dan rujuk kepada orang lain atau kepada pihak berkuasa, kita bimbang kita telah terlupa bahawa lafaz cerai sudah lebih tiga kali. Apa akan terjadi kepada zuriat dan nafkah selepas terus bersama setelah bercerai tiga kali. Sebab itu lebih baik ada saksi.

Seterusnya #PUMIZI juga menerangkan tentang pasangan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam. Ada ketikanya suaminya telah mendapat hidayah lebih awal dari isteri. Ketika suami memeluk agama Islam, si isteri masih menimbang-nimbangkan keputusan untuk menurut jejak suami. Jika si isteri mengikut jejak langkan suami dalam tempoh edah maka mereka terus menjadi pasangan suami isteri dan tidak perlu akad nikan semula.

Moga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua.

Thursday, March 23, 2017

MESYUARAT JK PENASIHAT PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BERA BIL.1/2017

TARIKH: 23.03.2017 (KHAMIS)
MASA: 11.30 PAGI
TEMPAT: PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BERA

PENGERUSI
DATO’ NOROL AZALI BIN SULAIMAN
(ADUN Kawasan Guai)

TIMBALAN
DATO’ RAZIHAN B. ADZHARUDDIN
(Pegawai Daerah Bera)

KEHADIRAN:

1. EN MOHD HAZAIRI B. ARIFFIN (Ketua Perpustakaan Awam Daerah Bera) SU
2. HJ. MOHAMED KAMAL BIN HAJI OMAR,AMP,PKC,PKT (Penghulu Kanan Mukim Triang 1)
3. EN. KHALID B. ABU HANIFAH (Penghulu Triang 2)
4. EN. WAN AHMAD FAKHARUDDIN B. WAN KAMALUDIN (Penghulu Mukim Bera 2)
5. PN. NOR ZARINA BT YUSOF (Majlis Daerah Bera)
6. EN. MAZLAN BIN MAMAT (Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Bera)
7. EN. HIDZIR B. MOHD ISA (PKG Triang)
8. EN. MOHAMAD KHAIRULNAZIM BIN MOHAMAD RODZI (Wakil Pejabat Penerangan)
9. EN. SAMSUDIN BIN MOHD. YUNUS (Pejabat ADUN Guai)
10. EN. IDRIS BIN ABDUL RAZAK (PKG Triang)
11. EN. AMIZAN BIN RAMLI (Perpustakaan Awam Daerah Bera) PENCATAT MINIT

Monday, March 20, 2017

BUKU Kait Jarum Satu PENULIS Zainon Inti Mohd Nor Al-Yunani PENERBIT Utusan Publications 2002

BUKU Kait Jarum Satu PENULIS Zainon Inti Mohd Nor Al-Yunani PENERBIT Utusan Publications 2002

Kait jarum satu ialah buku panduan mudah untuk belajar mengait.Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin belajar dan berminat untuk mengait. Buku ini juga menyediakan langkah-langkah mengait untuk memudahkan pembaca belajar mengait daripada yang paling mudah hinggalah yang paling sukar. Terdapat lebih 46 panduan mengait yang disediakan antaranya ialah mengait cekak rambut, sarung gelas, alas televisyen, selendang bulu dan topi kanak-kanak perempuan.

Buku ini juga menerangkan jenis jarum dan jenis benang yang sesuai digunakan bagi setiap jenis benda yang ingin dikait. Ini memudahkan mereka yang ingin mengait mencari peralatan yang betul supaya apa yang mereka kait menjadi cantik dan kemas.

Penulis:Zainon Inti Mohd Nor Al-Yunani,2002
Penerbit:Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd

Disediakan oleh:
Nyawati Abd Jalil
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

Sunday, March 19, 2017

BUKU Make Today Count Rahsia Kejayaan Ditentukan Oleh Agenda Harian Anda PENULIS John C Maxwell PENERBIT PTS Professional Publishing

BUKU Make Today Count Rahsia Kejayaan Ditentukan Oleh Agenda Harian Anda  PENULIS John C Maxwell PENERBIT PTS Professional Publishing (EDISI BAHASA MALAYSIA)

ISBN            : 983 – 3831 – 24 -- 9
Call No        : 158.1 MAX
Harga            : RM 14.50
Penulis        : JOHN C. MAXWELL
TahunDiterbitkan    : 2008
Penerbit        : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahasa        :Melayu

“Jadikan hari ini hari yang hebat” antara slogan yang digunakan oleh John C. Maxwell dalam karya penulisannya dalam “MAKE TODAY COUNT”. Dalam kita ingin merncapai kejayaan pastiakan ada persoalan-persoalan yang timbul dalam menjalankan kerja harian kita antaranya, adakah kita sudah mencapai apa yang diimpikan? Adakah kita merasa kita sudah berjaya dan bagaimanaprospekmasadepankita? 

Kita mampu menjadikan setiap hari dalam kehidupan kita hari yang hebat.Bagaimana?
Kita mulakan sesuatu dengan menetapkan kita perlu membuat sesuatu keputusan itu dengan lebih baik, dan bagaiamana kita tahu adakan keputusan itu adalah keputusan yang baik?Penulis telah menyenaraikan 12 perkara yang perlu kita pertimbangkan dalam kita memperbaiki langkah dalam kita membuat keputusan.

Antaranya ialah,
1)    Sikap – Pilih dan paparkan sikap yang betul setiap hari.
2)    Prioriti – Tetapkan dan usahakan prioriti terpenting setiaphari.
3)    Kesihatan – Ketahui dan jalani kehidupan yang sihat setiap hari.
4)    Keluarga – Berkomunikasi dan jaga keperluan keluarga setiap hari.
5)    Berfikir – Berlatih dan bangunkan pemikiran yang baik setiap hari.
6)    Komitmen – Tetapkan dan ikuti komitmen yang sesuai setiap hari.
7)    Kewangan – Buat pengiraan dan uruskan wang dengan baik setiap hari.
8)    Agama – Dalami dan amalkan agama setiap hari.
9)    Hubungan – Mulakan dan melabur dalam hubunga  yang baik setiap hari.
10)    Kebajikan – Rancang dan berikan kebajikan setiap hari.
11)    Nilai-Nilai – Pegang dan amalkan nilai-nilai yang baiksetiaphari.
12)    Pembangunan diri – Cari dan alami pengalaman yang membina setia phari.

Dan akhirnya, penulis menyatakan bahawa setiap orang mampumencapaikejayaandenganmembuatkeputusan-keputusanterpentingdalamhidupkitaterlebihdahuludankemudianmenguruskankeputusan-keputusantersebut.Denganmenjadikanhariinihari yang hebat, kitamampumrnjadikanseluruhhidupkitahebat, keranaapabilakitamenyelesaikanhariini, hariesokakanselesaidengansendirinya.

Ulasan oleh
SITI JUWITA BINTI ABDUL RAHIM
PAD LIPIS

Monday, March 13, 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (TARIKH TUTUP: 21 MAC 2017)

Jawatan Kosong PPAP (21 Mac 2017)
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
Pembantu Pustakawan Gred S19
Pembantu Operasi Gred N11
--------------------------------
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab  menguruskan  kerja-kerja  yang  berkaitan  pengurusan  kewangan,  perolehan
bekalan   dan   pembangunan,   pengurusan,   perkhidmatan   personel, pengurusan   pentadbiran
pejabat,  pengurusan  majlis  rasmi,  mengendalikan  urusan Perbadanan,    membangun  program
baru  untuk  sesuatu  sistem  gunaan  komputer dan  memberikan  latihan  serta  bantuan  teknikal
kepada pihak pengguna.

Keutamaan
Pemohon yang mempunyai pengetahuan dan kelayakan dalam bidang sains komputer/ teknologi
maklumat/ kejuruteraan komputer adalah diutamaka

---------------------------------
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab   melaksanakan   skop   tugas   penyenggaraan   dan   operasi   ke   atas   sistem
pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi
bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

----------------------------
Pembantu Pustakawan Gred S19

Deskripsi Tugas:
i.Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
ii.Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
iii.Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran ; dan
iv.Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaa

-------------------------
Pembantu Operasi Gred N11

Deskripsi Tugas:
Melaksanakan  tugas-tugas  dalam  membantu  melicinkan  perjalanan  urusan  pejabat  seharian
melibatkan   pergerakan   fail,   penghantaran   dan   pendaftaran surat/dokumen/notis   serta pemanduan   kenderaan.   Memandu   dan menyenggara   kenderaan   yang   diliputi   oleh   lesen
memandu  Kelas  B2/B/D/E2/E1/E.  Bertanggungjawab  melaksanakan  tugas-tugas  operasi  am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

----------------------
Cara Memohon :-
1) Borang  permohonan  jawatan (BPJ.2017)boleh dimuat  turun  melalui  laman  web  rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (www.pahanglibrary.gov.my).

2) Bagi  mereka  yang  sedang  berkhidmat  hendaklah dimaklumkan  kepada Ketua  Jabatan masing-masing mengikut   Peraturan-Peraturan   Pegawai   Awam   Negeri   (Pelantikan,
Kenaikan  Pangkat  Dan  Penamatan  Perkhidmatan)  (Pahang)  2016  Peraturan18
.
Pastikan Pengesahan Ketua Jabatan (BPJ.KJ Lampiran A & Lampiran B)yang juga boleh dimuat turun melalui laman web rasmi perbadanan dihantar bersekali dengan borang permohonan jawatan(BPJ.2017).
3) Setiap   permohonan   hendaklah   disertakan   perkara   atau   dokumen-dokumen   seperti berikut :
-
(i)Gambar berukuran pasport;
(ii)Salinan Sijil Kelahiran;
(iii)Salinan Kad Pengenalan;
(iv)Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(v)Salinan Sijil Peperiksaan; dan
(vi)Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

4) Setiap salinan dokumen hendaklah diakui sah.

5) Borang  yang  telah  lengkap  hendaklah ditulis  nama  jawatan  yang  dipohon  di  sudut  atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :-

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Kemunting
25100 Kuantan.
U.P: Bahagian Khidmat Pengurusan
(TARIKH TUTUP : 21 MAC 2017)

LINKS:
1. IKLAN SPA 2017
2. BORANG JAWATAN KOSONG2017 
3. Lampiran A Pengesahan Ketua Jabatan BPJKJ
4. Lampiran B Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan BPJKJ

Wednesday, March 8, 2017

Mesyuarat AJK Penasihat PD Kerdau 1/2017

Mesyuarat: AJK Penasihat PD Kerdau Bil.1/2017
Daerah: Temerloh
Desa: Kerdau
Tarikh: 22 Februarii 2017

Pengerusi: Encik Ahmad Kaha Bin MohdTaib, AMP.
Timb. Pengerusi : En. Mohd Amin Bin Abdul Malek
Kehadiran:
1. Pn. Zulaiha binti Ahmad (Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh)
2. Pn. Norzini binti Majid (Petugas PD Kerdau)
3. En. Ramlee bin HjSidek
4. En. Irulshahril bin Abdul Hamid
5. Pn Hajah Maimanah binti Mat Sin
6. Pn. Zuraida bt Mohamed Yusof
7.Pn. Siti Saleha binti Mohamed Sidek
8. Pn. Noradila binti Adnan

Perbincangan:
Ahli mesyuarat membincangkan Kertas Cadangan Program Mini Karnival “ Moh Ke Perpustakaan” yang akan dijalankan di Perpustakaan Desa Kerdau.

BUKU Khalifah-khalifah Yang Benar PENULIS Abdul Latip Talib PENERBIT PTS Litera Utama 2010

BUKU Khalifah-khalifah Yang Benar PENULIS Abdul Latip Talib PENERBIT PTS Litera Utama 2010

NO PEROLEHAN : DBER 01935
CALL NO: 297.64 ABD
ISBN : 978-967-5793-00-5
BAHASA : BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA  ISLAM

ULASAN:
Buku ini mengisahkan tentang Khulafa Ar-Rasyidin.Mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga.
   
Abu Bakar As-Siddiq, lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi.Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya Rasulullah SAW. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.
   
Umar Al-Khattab, lelaki yang awalnya  keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pelindung agama Islam.Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.
   
Uthman Bin Affan, lelaki yang mengahwini dua puteri Rasulullah SAW. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul Al-Quran.
   
Ali Bin Abi Talib, lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi SAW.Menjadi kanak-kanak pertaman memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh-musuh Islam.   
   
Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar.

JUDUL: KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2010
HARGA: RM55.00
MUKA SURAT: 770
RATING: 4/5

BUKU Pengucapan Awam Dan Kemahiran Persembahan PENULIS Kulwindr Kaur Sidhu PENERBIT Universiti Malaya 2006

BUKU Pengucapan Awam Dan Kemahiran Persembahan PENULIS Kulwindr Kaur Sidhu PENERBIT Universiti Malaya 2006

TAJUK BUKU    :  PENGUCAPAN AWAM DAN KEMAHIRAN PERSEMBAHAN
PENULIS/ALIHBAHASA        :  KULWINDR KAUR SIDHU
NO. PEROLEHAN            :  EJAM 002838
NO. PANGGILAN            :  808.51
ISBN                    :  9831004043
BAHASA                :  MELAYU
KATEGORI                :  BAHASA

ULASAN    :    
Selain berketrampilan menarik, kemahiran bekomunikasi juga perlu diberi perhatian.  Seringkali apabila ada sesi perhimpunan atau majlis akan ada yang memberi ucapan.  Ucapan Aluan, ucapan penghargaan,ucapan penutup dan sebagainya.

Penulis melihat segelintir pelajar merasa sangat takut apabila diberitahu bahawa mereka harus menyampaikan satu ucapan buat kali pertama.    Buku ini mengandungi enam bab yang didahului dengan Pengenalan.  Pengenalan menerangkan apa itu pengucapan awam dan kemahiran penyampaian.  Untuk menyampaikan ucapan yang baik seseorang mesti berfikir tentang satu tajuk, kemudian menyempitkannya ke satu tahap yang boleh dicapai dalam waktu yang ditetapkan untuk ucapan itu.

Penyampaian sesuatu ucapan melibatkan mengambil tahu tentang kandungan dan bahasa jasmani(body language) di baincangkan dalam bab dua dan gugup pentas(stage fright) serta cara-cara untuk mengatasinya.

Bab tiga membincangkan secara terperinci mengenai bahasa jasmani seperti peragaan diri(posture),   gerakan, ekspresi muka, isyarat dan kontak mata.

Bab empat membincangkan penggunaan alat visual untuk membuat sesuatu ucapan lebih menarik.
Penilaian ucapan dibincangkan dalam Bab Lima melibatkan dua jenis ucapan iaitu ucapan informasi dan ucapan untuk memujuk(persuasiive).

Buku ini membincangkan cara untuk mengatasi gugup pentas.       

Nama Fail Cover Buku    :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 2/2017
Pengarang            :  KULWINDR KAUR SIDHU
Penerbit            :  PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
Tahun Terbit            :  2006
Mukasurat            :  124
Rating                :  8/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed 
Pembantu Pustakawan Desa Jambu Rias
(PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 2/2017)

BUKU Bencana Akhir Zaman PENULIS Fahrur Muis PENERBIT PTS Publication 2011

BUKU Bencana Akhir Zaman PENULIS Fahrur Muis PENERBIT PTS Publication 2011

TAJUK BUKU            :  ‘BENCANA AKHIR ZAMAN’
PENGARANG            :  FAHRUR MUIS.
NO. PEROLEHAN        :  EJAM 001710
NO. PANGGILAN        :  297.23
ISBN                :  9789673660704
BAHASA            :  MELAYU
KATEGORI            :  AGAMA
ULASAN            : 

‘Bencana Akhir Zaman’ memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai tanda-tanda akhir Kiamat.  Beriman kepada hari akhirat adalah satu daripada rukun iman yang mesti diyakini oleh orang Islam.  Peringatan diberi agar tidak lalai dan selalu mengingati akhirat,yang demikian akan membentuk akhlak yang baik dan membuat pertimbangan saksama untuk kepentingan kehidupan selepas mati iaitu alam akhirat yang kekal.  Antara perkara penting yang tidak boleh dipisahkan daripada keimanan setiap muslim adalah memahami dengan  betul mengenai permulaan dan kesudahan kehidupan dunia ini. 

Memahami segala bentuk fitnah dan bencana yang akan terjadi pada akhir zaman dan cara-cara menyelamatkan diri daripadanya.  Salah faham dalam perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat kesimpulan dan sikap yang diambil dalam menangani kehidupan di dunia. Contohnya ialah munculnya Dajjal dan fitnah yang dibawanya dan cara menghindari fitnah tersebut.  Tanda-tanda kemunculan Dajjal ada tiga.  Pertama pohon-pohon kurma di desa Nakhl Baisan tidak berbuah.  Kedua air tasik Thabariyah di Palestin kering.  Ketiga keringnya mata air Zughar di Syria yang biasa digunakan bagi mengairi kebun-kebun disekitarnya.

Keadaan dunia sebelum kemunculan Dajja penuh dengan kekacauan, manusia diselubungi pelbagai kesulitan hidup, kelaparan yang amat teruk.  Abu Umamah melaporkan kata-kata Nabi Muhammad “  Sebelum kemunculan Dajjal akan terjadi tiga tahun masa susah.  Pada masa itu manusia akan ditimpa kelaparan yang amat teruk.  Pada tahun pertama, Allah memerintahkan langit supaya menahan sepertiga hujan daripada biasa dan menyuruh bumi menahan sepertiga daripada tanaman-tanamannya.  Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit supaya menahan dua pertiga hujan daripada biasa dan memerintahkan bumi supaya menahan dua pertiga daripada tanaman-tanamannya.  Dan tahun ketiga, Allah memerintahkan langit supaya tdak menurunkan hujan setitis pun dan menyuruh bumi supaya tidak menumbuhkan tanaman walau sepohon pun.  Semua binatang mati kecuali yang dikehendaki Allah”.

Lalu Abu Ummamah bertanya, ‘Wahai Rasul Allah, bagaimanakah manusia boleh hidup dalam keadaan begitu?”
Nabi S.A.W menjawab, “Tasbih dan takbir.  Kedua-duanya akan berfungsi sebagai makanan bagi mereka.”  (Direkodkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)

Penulis menjelaskan peristiwa-peristiwa kehancuran alam semesta dengan memaparkan tanda-tanda kiamat.   Akhir-akhir ini ramai orang yang membicarakan hal ini tanpa asas dan pemahaman yang betul.  Akibatnya, ramai yang tersesat dan berasa takut. Penulis juga menjelaskan turutan peristiwa tanda-tanda kiamat berlaku. Disertakan potongan ayat-ayat suci AlQuran yang menyatakan dengan jelas mengenai kejadian Kiamat.

“Langit pun terpecah-pecah pada hari itu.  Benarlah Janjinya pasti trlaksana”.  Surah al-Muzammil, ayat 18.

“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak”.  Surah ar-Rahman, ayat 37.

“Apabila langit terbelah”. Surah al_Infitar, ayat 1)

Pengarang juga menitipkan kata-kata agar pengetahuan tentang tanda-tanda kiamat ini dapat meningkatkan keimanan dan kekuatan jiwa kita sehingga kita dapat memperisapkan diri dengan sebaik mungkin.  Insy ALLAH.

Pengarang            :  Fahrur Muis
Penerbit            :  PTS Publication
Tahun Terbit            :  2011
Mukasurat            :  162
Rating                :  7/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed          
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

BUKU A Naturalist's Guide to the Birds of Malaysia including Sabah and Sarawak PENULIS Geoffrey Davison DAN Yeap Chin Aik PENERBIT Time Offset

BUKU A Naturalist's Guide to the Birds of Malaysia including Sabah and Sarawak PENULIS Geoffrey Davison DAN Yeap Chin Aik PENERBIT Time Offset

No Perolehan: DCAM 08205
ISBN: 978-1-906780-85-2
Kategori: 598.045

Ringkasan/ Ulasan: A Naturalist's Guide to the Birds of Malaysia including Sabah and Sarawak
Buku Ini mudah digunakan sebagai panduan pengenalan untuk 280 spesies burung yang paling biasa dilihat di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak di pulau Borneo) buku ini sesuai untuk penduduk dan pengunjung .Gambar-gambar berkualiti tinggi daripada beberapa jurugambar sifat utama Malaysia disertai dengan penerangan spesies terperinci termasuk tatanama, panjang, bulu, pengedaran, tabiat dan habitat. Pengenalan mesra pengguna meliputi iklim, tumbuh-tumbuhan, biogeografi, peluang untuk ilmiah dan laman utama disediakan  untuk melihat dan mencari demgan mudah spesies yang disenaraikan.Termasuk  , nama-nama biasa dan saintifik serta nama-nama Melayu, statusnya di setiap negeri dan juga status global.
Buku ini turut juga ditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan amat menarik.
Nama Fail Cover Buku: A Naturalist's Guide to the Birds of Malaysia including Sabah and Sarawak.jpg

Judul: A Naturalist's Guide to the Birds of Malaysia including Sabah and Sarawak
Pengarang: Geoffrey Davison (Author), Yeap Chin Aik (Author)
Penerbit: TIMES OFFSET (M) SDN. BHD.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 55.00
Muka surat: 176
Rating: 5

BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Khatulistiwa Press 2009

ULASAN BUKU ( PAD BENTONG )
BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Khatulistiwa Press 2009

No. perolehan        :    DBEN08033
Call No.            :    297.23 GHA
ISBN            :    9789791937214
Bahasa             :    Melayu
Kategori        :    Agama
Ulasan            :    Buku ini menceritakan tentang detik-detik kematian seseorang, tentang
                saat-saat datangnya sakaratul maut, siksa di dalam kubur, huru haranya
                apabila kiamat tiba, keadaan di padang mahsyar, syurga dan neraka
                Allah serta luasnya rahmat Allah. Pengarang menceritakan tentang
                setiap yang bernyawa pasti akan mati.

                Penulis juga menceritakan tentang perjalanan manusia apabila ke negeri
                yang abadi, yang bermula dari ambang kematian hinggalah akhirnya ke
                syurga dan neraka sebagai terminal yang terakhir.
                Selain itu, ada juga petua dan wasiat kepada kita semua agar terhindar
                dari keabadian derita. Dan sebaliknya, agar kita mampu menempuh
                puncak-puncak nikmat yang baik di negeri abadi tersebut.Oleh itu,
                nasihat penulis ialah kita haruslah bersandarkan pada al-quran dan
                sunnah rasulnya.

Nama Fail Cover Buku    :    Ulasan Buku PAD Bentong Bil 2/2017

Judul            :    Di Balik Tabir Kematian
Pengarang        :    Imam Al-Ghazali
Penerbit            :    Khatulistiwa Press
Tahun Terbit        :    2009
Harga            :    RM75.00
Muka Surat        :    379 m/s
Rating            :    7/10

Disediakan oleh
Yusniza Binti Mohamad Arris
Pembantu Perpustakaan Awam Daerah Bentong