Sunday, April 16, 2017

BUKU Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau PENULIS Talib Samat DAN Azhar Wahid

BUKU Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan  (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau PENULIS Talib Samat DAN Azhar Wahid

No Perolehan: DCAM 07232
ISBN: 978-967-0626-11-6
Kategori: 959.512

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menceritakan tentang susur galur hidup dan perjuangan tiga orang pahlawan Pahang berketurunan Rawa (Rao) untuk mempertahankan maruah, harga diri dan tanah air tercinta dalam era hidup mereka masing-masing.

Tok Shahrom atau dikenali juga sebagai Tengku Ali adalah bapa kepada pahlawan Tok Gajah memiliki ilmu kepahlawanan masing-masing dan berhijrah dari Sumatera pada abad ke-19. Manakala Tok Gajah adalah bapa kepada pahlawan Mat Kilau yang ikut terlibat dalam peperangan menentang penjajah Inggeris di Pahang bersama Dato’ Bahaman dan pahlawan Pahang yang lain. Manakala Mat Kilau ialah anak pahlawan Tok Gajah ikut sama memerangi penjajah Inggeris hingga namanya terus mewangi sehingga sekarang. Mereka semua adalah pejuang kemerdekaan terawal Tanah Melayu.

Penerbitan buku ini berupaya mengatasi kekurangan buku-buku sejarah yang menceritakan sejarah perjuangan ketiga-tiga tokoh pahlawan besar Pahang untuk dihayati semula oleh generasi kini agar sentiasa menghargai jasa tokoh-tokoh silam yang tidak akan muncul lagi pada hari ini.
Nama Fail Cover Buku: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau.jpg

Judul: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan  (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau
Pengarang: Talib Samat, Ph.d dan Azhar Wahid, Ph.d
Penerbit: Penerbit Mentari
Tahun Terbit: 2013   
Harga: RM 50.00
Muka surat: 364
Rating: 5
Disediakan Oleh : Muhammad Shahril bin Samsuddin
Disahkan Oleh : Rosniza bt Elias

No comments: