[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, April 16, 2017

BUKU Suara Gunung Kehidupan PENULIS A. Aziz Deraman PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU Suara Gunung Kehidupan  PENULIS A. Aziz Deraman PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku Kumpulan Puisi Suara Gunung Kehidupan ini memaparkan pelbagai jenis puisi yang berkisar kepada kehidupan. Setiap puisi banyak menyentuh aspek berlainan seperti politik, sejarah, agama, budaya dan lain-lain scenario kehidupan. Mengandungi 125 buah puisi dirangkum dalam satu buku yang mampu menyentuh perasaan jika dihayati. Puisinya sangat berkias dan mempunyai maksud yang amat mendalam namun mudah difahami.

Keindahan penggunaan bahasa menjadikan buku ini sangat menarik bagi yang meminati bidang puisi. Boleh dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan walau pun disampaikan dalam bentuk puisi. Walaupun, setiap puisi diterjemahkan oleh penulis melalui pengembaraan beliau, namun ianya tidak lari daripada pengalaman sama yang mungkin kita alami.

Penulis: A. Aziz Deraman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
No Panggilan: 899.231
Harga: RM15.00

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

No comments: