[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, April 16, 2017

Kempen Hentikan Jenayah Seksual Kanak-kanak Anjuran TERATAI

Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di PWTC pada 13.3.2017.

Seterusnya Kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak ini turut mendapat sokongan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang akan merasmikan Seminar Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah pada 22 April 2017 ini.

Sebagai kesinambungan seminar ini Pahang telah melancarkan kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak peringkat negeri Pahang. Ini adalah usaha mendapatkan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan untuk menangani dan menghentikan isu jenayah seksual di kalangan kanak-kanak.

Kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan berlangsung selama sembilan hari yang bermula di Dataran Setia, Wisma Sri Pahang.

Kempen Kesedaran Hentikan Jenayah Seksual Kanak-Kanak turut mensasarkan masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah seksual kanak-kanak.

Isteri Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim yang juga Pengerusi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Teratai) berharap kempen ini dapat membantu mereka yang pernah menjadi mangsa atau di kalangan masyarakat yang mengetahui kes terbabit supaya menjadi berani untuk tampil memberikan maklumat.

Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat (TERATAI) turut menjalankan kempen ini di lokasi tumpuan ramai seperti pusat beli belah, pasar awam, pasar pagi dan UTC Kuantan.

Kempen ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan pembangunan Wanita Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Satu portal Pahang Cakna dikhaskan untuk mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit dengan jenayah seksual bagi mengemukakan aduan.Kewujudan portal itu dapat mempercepatkan maklum balas daripada pihak berkaitan untuk diambil tindakan.

TERATAI juga mengalu-alukan pihak yang mempunyai pengalaman supaya berkongsi pengalaman agar ia menjadi iktibar kepada semua.

TALIAN ADUAN

Talian Kasih 15999

OSCC HTAA 09-556 5341

OSCC HOSHAS 09-295 5336

PDRM IPK PAHANG 09-513 2444

RUJUKAN:
Sinar Harian
Bernama
Khabar Pahang
KKM

No comments: