Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, May 30, 2017

BUKU Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat dan Yahudi dan Janji Allah PENULIS Safrihadi PENERBIT Mustread 2015

BUKU Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat dan Yahudi dan Janji Allah PENULIS Safrihadi PENERBIT Mustread 2015

No Perolehan : DPEK 07986
Call No. : 297.272 SAF
ISBN : 978-967-0716-20-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku yang bertajuk Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat & Yahudi Dan Janji Allah ini memperkatakan tentang Islam yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kuasa besar yang digeruni, dan pada masa yang sama, dicemburui dan dimusuhi. Dendam ini tidak pernah sekali-kali malap, malah perancangan dan taktik licik sentiasa diatur bagi mencalarkan maruah Islam di mata dunia.

Kini, dunia Islam sedang menghadapi sisi sukar yang getir dan mencabar. Saban detik, ada sahaja misi jahat daripada puak Barat dan Yahudi yang dicatur rapi bagi merobek maruah Islam. Penduduk seisi dunia dimomokkan dengan pelbagai tuduhan negatif tentang Islam. Bahkan dendam kesumat dan benci kedua-dua pihak ini semakin menjadi-jadi, bagaikan tidak terbendung lagi.

Buku ini membawa kita kepada beberapa persoalan untuk dikongsi bersama. Antara persoalan yang dirungkai dalam buku ini ialah ; Apakah punca kelemahan umat Islam? Mengapa Israel begitu ingin menguasai Palestin?Apakah lima strategi utama dalam penjajahan Barat? Apakah tiga rancangan Yahudi pada zaman Rasulullah SAW? Siapakah empat Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Yahudi? Bagaimanakah caranya untuk mengembalikan kegemilangan Islam?

Diharapkan dengan membaca buku ini, para pembaca mendapat banyak perkongsian ilmu serta persoalan mengenai tajuk buku ini iaitu Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat &Yahudi dan Janji Allah akan terjawab. Selamat membaca.

Judul : Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat & Yahudi Dan Janji Allah
Pengarang : Safrihadi
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 19.20
Muka surat : 242
Rating : 4/5

Disediakan Oleh : Isham Bin Hamzah
                                Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh     : Rohaida Binti Zainudin
                                Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: