[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Tuesday, May 16, 2017

BUKU Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri PENULIS Mohd Najib dan Nur Fayizah PENERBIT Berlian Publications

BUKU Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri PENULIS Mohd Najib dan Nur Fayizah PENERBIT Berlian Publications

No Perolehan : DPEK 01113
Call No. : 158.1 RAH
ISBN : 983-2179-21-1
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
Banyak kejayaan luar biasa boleh dicapai apabila anda sedar bahawa anda adalah Khalifah Allad di bumi, jadi buanglah fikiran negatif dan isikan minda dengan perkara yang anda mahu sahaja.
Buku ini mencakupi dua puluh satu bahagian yang memperkatakan formula dan teknik untuk mendorong setiap insan mencapai puncak kejayaan dalam hidupnya. Isi buku ini merupakan gabungan daripada beberapa buku yang dikarang oleh para penulis terkenal yang berhubungan dengan langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan pragmatik mencapai puncak kejayaan itu.
Ramai orang berada di puncak kejayaan yang kita pernah dengar dan kenali tetapi sedikit sekali yang kita ketahui tentang latar belakang dan bahagian dalaman diri mereka. Buku ini akan menyingkap rahsia dan peristiwa yang menyebabkan mereka berada di puncak kejayaan.
Itulah sebabnya buku ini dinamakan Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri kerana semua bahagian yang ada didalamnya membahas tentang usaha yang berkesan untuk sampai ke puncak kejayaan dalam hidup.
Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat. Diharapkan dengan membaca buku ini dapat memanfaatkan kehidupan dunia dan  akhirat kita. InsyaAllah.

Judul : Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri
Pengarang/Penyusun : Mohd. Najib dan Nur Fayizah
Penerbit : Berlian Publications
Tahun Terbit : 2002
Harga : RM 25.90
Muka surat : 332
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh    :
Rohaida binti Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: