Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, June 27, 2017

BUKU Keunikan Masyarakat Semut PENULIS Zuraida Mamat PENERBIT Pustaka Ewan 2010

BUKU Keunikan Masyarakat Semut PENULIS Zuraida Mamat PENERBIT Pustaka Ewan 2010

No Perolehan : DPEK 01971
Call No. : 156.2 ZUR
ISBN : 978-967-5244-63-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
Buku “Keunikan Masyarakat Semut “ ini mengandungi pelbagai perspektif untuk diterokai semaksimum mungkin ilmu yang berkaitan keajaiban makhluk-makhluk yang wujud di alam ini sebagai renungan dan iktibar kepada manusia.
Contoh yang ditonjolkan adalah penciptaan serangga seperti semut dan lebah yang mempunyai sistem kehidupan yang tersendiri yang unik dan ajaib bagi seekor makhluk kecil seumpamanya. Semangat setiakawan dan ukhuwah yang erat yang dipamerkan oleh haiwan kecil ini boleh dijadikan iktibar yang sangat bermanfaat kepada manusia.
Pada penciptaan langit, bumi, dan sistem cakerawala termasuk planet-planet dan sistem peredarannya pula mempunyai hikmah yang tersendiri yang sedikit sebanyak memberi ruang kepada manusia untuk berfikir dan menginsafi kekuasaan dan keagungan Tuhan dalam setiap penciptaan-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Agung untuk menjadikan sesuatu. Dengan membaca buku ini, dapatlah kita mengetahui sesungguhnya setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing.Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.
Selamat membaca.

Judul : keunikan Masyarakat semut
Pengarang : Zuraida Mamat
Penerbit : Pustaka Ewan
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 25.50
Muka surat : 136
Rating : 3/5

Disediakan Oleh : Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
                                Pembantu Operasi ( Perpustakaan Daerah Pekan)

Disemak Oleh    : Rohaida Binti Zainudin
                               Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, June 20, 2017

BUKU Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak PENULIS Raisya Maula Ibnu Rusyd PENERBIT Al-Hidayah House Of Publisher 2012

BUKU Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak PENULIS Raisya Maula Ibnu Rusyd PENERBIT Al-Hidayah House Of Publisher 2012

No Perolehan : DPEK 03576
Call No. : 297.577
ISBN : 978-967-026-750-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku bertajuk “Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak” ini menyatakan setiap ibu bapa mahukan anak-anak yang soleh, cerdik dan berjaya di dalam kehidupan mereka. Banyak sekali teori dan kaedah-kaedah diketengahkan dalam mendidik anak-anak ini. Bahkan ahli-ahli psikologi dan motivasi barat juga mengetengahkan kaedah masing-masing untuk membangun anak yang berjaya dalam kehidupan mereka.

Di dalam Islam contoh pendidikan anak telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Baginda Rasulullah meletakkan kejayaan matlamat kehidupan seseorang adalah akhirat yang berjaya dan bahagia.  Begitulah cara beliau mendidik anak-anaknya dan juga para sahabat-sahabatnya.

Kesibukan harian Ibu Bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga sememangnya menghadkan masa ibu bapa untuk bersama anak-anak mereka. Namun ini bukanlah alasan untuk mengabaikan pendidikan dan pemantauan terhadap anak-anak. Ada juga Ibu bapa yang punya begitu banyak masa bersama anak-anaknya tetapi tidak digunakan sebaik mungkin.

Jadi dengan membaca buku ini diharapkan para pembaca dapat mengetahui tip dan selok belok dalam mendidik anak. Salah satu cara ialah mengetahui kelemahan dan kesalahan yang kita lakukan. Dengan mengetahui kesalahan ini mudahlah kita untuk menghindarkannya. Semoga buku ini bermanfaat untuk para pembaca.Selamat membaca.

Judul : Kesalahan Ibu bapa dalam Mendidik anak
Pengarang : Raisya Maula Ibnu Rusyd
 Penerbit : Al-Hidayah House Of Publisher Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 11.00
Muka surat : 201
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
Pembantu  Operasi (Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh     :
Rohaida Binti Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, June 13, 2017

BUKU Bagaimana Membaca Buku PENULIS Mortimer J. Adler dan Charies Van Doran PENTERJEMAH Rustam A. Sani PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka 1991

BUKU Bagaimana Membaca Buku PENULIS Mortimer J. Adler dan Charies Van Doran PENTERJEMAH Rustam A. Sani PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka 1991

No Perolehan : 01722
Call No. : 028.9
ISBN : 983-62-1057-1
Bahasa : Melayu
Kategori : Karya Am

Ulasan :

Buku “Bagaiman Membaca Buku” ini ditujukan kepada para pembaca, khususnya kepada mereka yang ingin menjadi pembaca yang efisien.

Bagaimana Membaca Buku menggariskan empat tahap pembacaan iaitu asas, penelitian, analitis dan sintopik. Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita teknik bacaan yang berkesan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan membaca itu.

Di dalam buku ini penulis menyatakan, membaca dengan baik,yang bererti membaca secara aktif, bukan sahaja suatu perbuatan yang bermanfaat, dan tidak pula sekadar satu cara untuk mencapai kemajuan dalam pekerjaan kita. Malah perbuatan membaca itu sendiri berperanan untuk memungkinkan akal budi kita terus hidup dan berkembang.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan besarlah harapan saya dengan memahami teknik bagaimana membaca buku yang betul dapat menambah ilmu pengetahuan serta menambahkan lagi minat kita untuk membaca.

 Judul : Bagaiman Membaca Buku
Pengarang : Mortimer J. Adler
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit : 1991
Harga : RM
Muka surat : 149
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @Ramli
Pembantu  Operasi (Perpustakaan Daerah Pekan)

Disemak Oleh    :
Rohaida Binti Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, June 9, 2017

Promosi MalaysiaNgaji 2017 - Raub dan Rompin

Perpustakaan Daerah Maran dibawah kepimpinan En. Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin  dan Cik Norhidayah binti Salleh Ketua Perpustakaan Daerah Rompin giat menjalankan promosi MalaysiaNgaji peringkat daerah masing-masing. Antara lokasi yang telah dikunjungi adalah Pejabat Penerangan Daerah Raub. Hospital Daerah Raub, Kolej Komuniti Raub, Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK) Daerah Raub, UiTM Raub, Ibupejabat Polis Daerah Raub, Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Pejabat Kemas Daerah Rompin dan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin..
PAD Raub telah mengadakan promosi MalaysiaNgaji Pahang 2017 di Pejabat Penerangan Daerah Raub. Hospital Daerah Raub, Kolej Komuniti Raub dan Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
PAD Raub telah mengadakan promosi MalaysiaNgaji Pahang 2017 di Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangasaan (AADK) Daerah Raub, UiTM Raub dan Ibupejabat Polis Daerah Raub.
PAD Rompin telah mengadakan promosi MalaysiaNgaji Pahang 2017 di Pejabat Agama Islam Daerah Rompin.
 PAD Rompin telah mengadakan promosi MalaysiaNgaji Pahang 2017 di Pejabat Kemas Daerah Rompin.
PAD Rompin telah mengadakan promosi MalaysiaNgaji Pahang 2017 di Pejabat Pendidikan Daerah Rompin.

Promosi MalaysiaNgaji 2017 - Maran

Perpustakaan Daerah Maran dibawah kepimpinan Puan Norkamila binti Mahmud Ketua Perpustakaan Daerah Maran sedang giat menjalankan promosi MalaysiaNgaji peringkat daerah Maran. Sokongan telah diterima dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran, Pejabat Agama Islam Daerah Maran, Pejabat Peladang Maran, Balai Bomba Daerah Maran, Pejabat KEMAS Daerah Maran, Pejabat Tabung Haji Daerah Maran, Pejabat TNB Maran, Pejabat Veterina Maran dan Pejabat Pertanian Daerah Maran.. MalaysiaNgaji 2017 Peringkat Daerah Maran akan diadakan di  Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran.
 PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Pendidikan Daerah Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Pada tahun ini MalaysiaNgaji Peringkat Daerah Maran akan diadakan di  Auditorium Pejabat Agama Islam Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Peladang Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Balai Bomba Daerah Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat KEMAS Daerah Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Tabung Haji Daerah Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat TNB Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat RISDA Maran.
  PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Veterina Maran.
 PAD Maran mengadakan promosi MalaysiaNgaji 2017 Pahang di Pejabat Pertanian Daerah Maran.

Thursday, June 8, 2017

Program Buka Buku Buka Puasa 2017 PPAP

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan mengadakan program khas bersempena bulan puasa ini iaitu PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 yang bertempat di Padang MPK 1 Kuantan dan berhampiran dengan Masjid Negeri.

PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 diadakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUPA) kakitangan Perpustakaan Awam Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang.

Pengisian PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 ini bermula pada jam 4.30 petang apabila diadakan Edaran Bubur Lambuk. Seterusnya pada jam 6.20 petang diadakan pula Bacaan Ayat suci Al-Quraan. Seterusnya pada jam 6.30 petang adalah Edaran Bahan Bacaan. Akhirnya sebelum berbuka diadakan Program Santai Jiwa.

Untuk merasai bagaimanakah sebenarnya pengisian PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 marilah kita hadir seperti seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 jun 2017 (Rabu)
Masa: 4.30 petang - 7.00 petang
Tempat: Padang MPK 1 Kuantan
Program: BUKA BUKU BUKA PUASA

Gambar keluarga kakitangan PPAP berbuka puasa di padang.

Berbuka puasa di Padang MPK1 ini sudah menjadi kebiasaan orang bandar Kuantan setiap kali bulan Ramadan. Dikatakan ianya bermula kira-kira tahun 2009. Apabila orang yang bekerja di pusat bandar tidak sempat pulang kerana jalan raya sesak. Disebabkan itu, mereka terpaksa membeli juadah di bazar berhampiran dan berbuka di atas padang sebelah bazar.. Kini ianya dianggap sebagai satu Identiti Bandar Kuantan.

Bagi penduduk luar Kuantan, ada yang melihat ianya sebagai satu keunikan apabila berbuka puasa ala-ala berkelah di Padang MPK, Kuantan ini. Setiap kali menjelangnya buan ramadhan, sudah tentu Padang MPK berhampiran Masjid Negeri ini menjadi salah satu tempat yang boleh menarik para pengunjung untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga.

Salah satu sebab mengapa Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) ini dipilih adalah kerana ianya berhampiran dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dan Bazar Ramadhan. Lokasi ini berada di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Berbuka puasa di Padang MPK1 bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Kuantan malah para pengunjung dari daerah lain juga sanggup datang dari jauh untuk merasai kelainan berbuka puasa di sini disamping membeli keperluan raya.

Satu pesanan bagi mereka yang baru hendak mencuba berbuka di Padang MPK ini adalah kena datang awal. Kalau lambat susah nak dapat parking ysng dekat-dekat. Alamatnya orang sudah berbuka kita baru sampai ke padang.

Wednesday, June 7, 2017

Ahli Belia No. 00001 Tahun 1980 Di PAD Temerloh.

Puan Zulaiha Ahmad, Ketua Perpustakaan Awam Daerah Temerloh menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Wan Hamid sebagai penghargaan kerana menjadi Ahli Belia yang pertama di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh pada tahun 1980.
majlis ringkas ini diadakan sempena Promosi MalaysiaNgaji 2017 di Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.

Promosi MalaysiaNgaji 2017 - Cameron Highland

Gambar promosi MalaysiaNgaji 2017 oleh Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands.
 Promosi MalaysiaNgaji 2017 PAD Cameron Highlands bersama Penyelia Kemas.
 Promosi MalaysiaNgaji 2017 PAD Cameron Highlands bersama Pegawai Agama Islam Daerah.
Promosi MalaysiaNgaji 2017 PAD Cameron Highlands bersama Pegawai Daerah, Jurutra JKR dan Jurutera JPS.

Satu Jam Bersama Al Quraan - MalaysiaNgaji 2017

Satu Jam Bersama Al Quraan
Tarikh: 24 Ramadhan 1438H (19 Jun 2017)
Masa: 12.00 tengahari - 1.00 petang
Tempat: Seluruh Malaysia

Mari sama-sama luangkan masa selama satu jam membaca Al-Quran serentak secara bersendirian, berdua atau beramai-ramai.

Tidak Kira dirumah , di sekolah, di pejabat atau di mana sahaja.

Satu jam, satu juta orang baca al-Qiran serentak.

Buku HIDANGAN SNEK Pengarang SA’ADIAH MOHAMAD Penerbit ALAF 21

Buku HIDANGAN SNEK Pengarang SA’ADIAH MOHAMAD Penerbit ALAF 21

TAJUK BUKU : HIDANGAN SNEK
NO PEROLEHAN : 06-4046
NOMBOR PANGGILAN : 641 SAA
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : TEKNOLOGI

ULASAN : Buku ini menerangkan lengkap dengan gambar mengenai resepi hidangan makanan snek atau makanan kudapan. Pelbagai resepi menarik ada di sediakan didalam buku ini. Ini termasuk resepi kuih tradisonal seperti kuih kerepek pisang, kuih ros dan kuih gulung. Cara penyediaan kuih ini di nyatakan bagi memudahkan pembaca mencuba resepi yang disediakan. Para pembaca di galakkan mencuba resepi ini kerana ia mempunyai 40 jenis resepi masakan snek atau kudapan.

PENGARANG:  SA’ADIAH MOHAMAD
PENERBIT: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD
TAHUN TERBIT: 2004 CETAKAN KETIGA
HARGA:  RM 4.40.
MUKA SURAT :

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Tuesday, June 6, 2017

BUKU Harta Kita Hak Siapa panduan mengurus pusaka kecil PENULIS Amin Ahmad PENERBIT Al-Ameen Serve 2010

BUKU Harta Kita Hak Siapa panduan mengurus pusaka kecil PENULIS Amin Ahmad PENERBIT Al-Ameen Serve 2010
No Perolehan : DPEK 02513
Call No. : 346.052
ISBN : 978-967-362-034-0
Bahasa : Melayu
Kategori : sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Buku yang bertajuk Harta Kita Hak Siapa ini membicarakan tentang hal bagi memastikan harta pusaka anda akan dimiliki oleh waris yang berhak.
Buku ini juga memberi panduan kepada kita bagi mengelakkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka. Pastikan harta pusaka anda diwasiatkan dan anda tahu bagaimana untuk menguruskan harta yang tidak diwasiatkan.
Disamping itu juga buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat dipindahmilik kepada waris yang berhak.
Semua orang mesti membaca buku ini. Harta yang ditinggalkan itu adalah amanah dan waris yang tinggal mesti belajar menguruskannya. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Insha Allah.

 Judul : Harta Kita Hak Siapa
Pengarang : Amin Ahmad
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 29.00
Muka surat : 387
Rating : 3/5

Disediakan Oleh : Isham Bin Hamzah
                                Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh    : Rohaida Binti Zainudin
                               Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, June 2, 2017

Pindaan Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Dari 3 Jun 2017 Kepada 29 Julai 2017.

Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, maka kerajaan bersetuju dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun (3 Jun) kepada Sabtu minggu terakhir Julai (29 Julai). Perubahan ini berlangsung sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.
Ianya mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada tahun 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

Dengan pindaan ini, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan lebih meriah bersama-sama rakyat Malaysia melalui penganjuran acara yang dirancangkan.

Maka bagi tahun 2017 ini, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai 2017.

Dengan ini rakyat Pahang boleh menikmati kemudahan Perpustakaan Desa seperti biasa pada hari Sabtu 3 Jun 2017.

Rujukan:
mstar.com.my