[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Tuesday, July 11, 2017

BUKU Belajar Melalui Bermain PENULIS Sharifah Nor Puteh PENERBIT Utusan Publications 2017

BUKU Belajar Melalui Bermain PENULIS Sharifah Nor Puteh PENERBIT Utusan Publications 2017

No Perolehan :   EPAL 003728
Call No. :   372.2101 SHA
ISBN :   978-967-61-2640-5
Bahasa :   Melayu
Kategori :   Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Belajar Melalui Bermain adalah prinsip utama dalam pendidikan kanak-kanak. Ramai tokoh pendidikan awal kanak-kanak mengatakan belajar melalui bermain merupakan pendekatan yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek secara menyeluruh. Buku ini mengemukakan pengetahuan yang mendalam tentang pendekatan bermain.
Buku ini ditulis berdasarkan kajian dan idea dalam buku ini disampai dengan jelas supaya mudah dibaca. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan program latihan perguruan, pelajar kursus pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan prasekolah. Maklumat dalam buku ini penting untuk memberikan panduan kepada pendidik mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan. Aktiviti bermain yang disarankan dalam buku ini menyokong pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu mengikut fitrah kanak-kank ataupun bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Judul :      Belajar Melalui Bermain
Pengarang :      Sharifah Nor Puteh
Penerbit :      Utusan Publications & distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit :      2013
Harga :      RM 16.16
Muka surat :      113
Ratin :      3/5


Disediakan Oleh    :
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
PD Paloh Hinai

Disemak  Oleh       :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: