[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Monday, July 31, 2017

BUKU Dahsyatnya aura ibu ayah Pengarang Shamsinar G Ali Penerbit Best Seller Publication 2011

BUKU Dahsyatnya aura ibu ayah Pengarang Shamsinar G Ali Penerbit Best Seller Publication 2011

ULASAN BUKU JUN 2017
No Perolehan: 12-002396
ISBN: 978-967-0210-13-1
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Anak adalah permata hati bagi ibu bapa. Kehadiran anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang suami isteri. Kelahiran anak  sulung, biasanya ditatang dengan penuh belaian kasih sayang. Anak diibaratkan sehelai kain putih bersih.

Tanpa noda dan dosa.

Mereka belajar dengan apa yang dilihat, didengar dan dirasai.Siapakah yang bertanggungjawab mencorakkan kain putih ini?

Bagaimana untuk mencorakkanya?
Hadis Rasulullah SAW bermaksud “setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka ibubapalah mencorakkannya, sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Hadis ini meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada bahu ibu bapa.

Mendidik anak bukan sekadar memberi ilmu dengan menghatar ke sekolah semata, tetapi lebih kepada keperibadian anak-anak. Dalam pembinaan keperibadian anak, ibu bapa adalah ‘madrasah pertama’ yang paling besar pengaruhnya pada jiwa anak-anak.

Buku ini amat bagus sebagai rujukan dan panduan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat kelak.Buku ini harus dibaca oleh ibu bapa dan anak-anakyang ingin mencari ketenangan, kebahagiaandan redha Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Judul:  Dahsyatnya aura ibu ayah
Pengarangn: Shamsinar G.Ali
Penerbit: Best Seller Publication
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 15.00
Muka surat: 123
Rating: -

Disediakan Oleh :                       
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                             
Pembantu Pustakawan                                                
PD Luit                                                                        

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

No comments: