Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, July 26, 2017

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI EDITOR Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI EDITOR Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku ini adalah panduan bagi para ibu dan bakal ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif . Penyampaian yang ringkas dan mudah difahami menjadikan buku ini sesuai dijadikan rujukan.

Isi kandungannya berdasarkan pengalaman para ibu dalam menjalani rutin kehidupan bersama dengan bayi dari saat persediaan menanti kelahiran sehinggalah pengurusan bayi setelah lahir. Buku ini banyak membantu para ibu yang betul-betul serius untuk menyusukan bayi dengan jayanya.

Bukan mudah untuk menjadi ibu yang betul-betul berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif terutamanya kepada mereka yang baharu sahaja melahirkan anak pertama. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan akan membantutkan usaha ke arah tersebut.

Oleh itu, memiliki buku ini penting kerana segala permasalahan diceritakan berdasarkan pengalaman para ibu dan boleh dijadikan rujukan dalam menjayakan penyusuan. Melalui buku ini, kita boleh belajar untuk mengendalikan bayi, kaedah penyusuan, dan kerjaya bagi ibu yang kembali bertugas setelah habis pantang tanpa perlu menghentikan proses penyusuan susu ibu.

Editor: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
No Panggilan: 649.33
Harga: RM22.50

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

No comments: