Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 18, 2017

BUKU Rahsia Daya Manusia buku moral dan motivasi PENULIS Rina Karin PENERBIT Shereen Montero

BUKU Rahsia Daya Manusia: buku moral dan motivasi PENULIS Rina Karin PENERBIT Shereen Montero

No Perolehan :   EPAL 005130
Call No. :   153 RIN
ISBN :   978-967-12207-0-2
Bahasa :   Melayu
Kategori :   Falsafah

Ulasan :
Buku Rahsia Daya Manusia ini, ditulis untuk semua lapisan masyarkat dan ianya untuk pengetahuan umum yang boleh digunakan sebagai bacaan yang boleh menambahkan inspirasi diri, meningkatkan semangat dan meyakinkan diri untuk lebih memeroka keuapayaan diri setiap manusia.
Buku ini mampu memberikan pengertian mengenai matlamat manusia hidup di bumi, pegangan hidup atau prinsip hidup sejati dan mampu menyedarkan manusia bahawa setiap individu mempunyai semua kepintaran sekiranya mengetahui cara memeroka kepintaran diri yang tersembunyi. Namun demilian, segalanya adalah di bawah naungan Tuhan yang amat Penyayang dan Pengasih yang mencipta bumi dan segala yang ada dalam dunia ini. Maka, silalah bertakwa dan menuju ke arah kehidupan sejati yang berkalibar.
Rahsia Daya Diri memaparkan kualiti diri yang murni dan cara-cara mempraktikkan diri melalui pemikiran yang bersifat kemanusiaan tanpa mengugat ciptaan semulajadi, meneroka secara lebih mendalam mengenai sifat kemanusiaan, memupuk kesedaran ‘betapa pentingnya pemikiran yang sihat untuk memupuk seorang individu yang baik dan seterusnya menyumbang tenaga melalui minda yang sihat ke arah kejayaan ekonomi’.

Judul :      Rahsia Daya Manusia
Pengarang :      Rina Karin
Penerbit :      Shereen Montero-Penerbitan Persedirian
Tahun Terbit :    
Harga :      RM 16.16
Muka surat :      152
Ratin :      3/5

Disediakan Oleh    :
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
      PD Paloh Hinai

Disemak  Oleh       :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
      Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: