Friday, August 18, 2017

BUKU Panduan Memborong di Vietnam PENGARANG MUHAMMAD NIZAR JAMALUDIN PENERBIT PTP Professional Publishing 2012

BUKU Panduan Memborong di Vietnam PENGARANG MUHAMMAD NIZAR JAMALUDIN PENERBIT PTP Professional Publishing 2012

JUDUL BUKU : Panduan Memborong di Vietnam.
PENGARANG : MUHAMMAD NIZAR JAMALUDIN
NO. PANGGILAN :   381.2 MUH
ISBN : 978-967-369-168-2
PENERBIT : PTP Professional Publishing Sdn.Bhd
TARIKH / TAHUN : 2012
EDISI BAHASA :   Bahasa Melayu
HARGA : RM17.00

ULASAN :  
Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk para usahawan mengaut keuntungnan berganda dan memborong pelbagai barangan berkualiti pada harga yang murah.

Produk buatan Vietnam mempunyai permintaan dan pasaran   tinggi  di Malaysia.Produk-produknya berkualiti,memenuhi cita rasa tempatan dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang membekalkan barangan berkualiti pada harga termurah.

Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun dapat hidup, inikan pula usahawan yang pergi memborong  di Vietnam.Makanan yang halal, hotel yang  murah,pengangkutan terbaik,teknik tawar menawar,teknik mengesan penipuan dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.

Panduan memborong dalam buku ini lengkap dengan lokasi plaza borong,lokasi restoran halal,panduan keselamatan,tip survival dan strategi memborong bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.

DISEDIKAN OLEH              :           Norizan  Bt zahari

BUKU Berfikir Secara Sistemik PENGARANG FAZRUL BIN ISMAIL Penerbit Mustread 2011

BUKU Berfikir Secara Sistemik PENGARANG FAZRUL BIN ISMAIL Penerbit Mustread 2011

JUDUL BUKU : Berfikir secara sistemik
PENGARANG : FAZRUL BIN ISMAIL
NO. PANGGILAN :   153.42 FAZ
ISBN : 978-967-5426-84-1
PENERBIT : Mustread sdn bhd
TARIKH / TAHUN : 2011
EDISI BAHASA :   Bahasa Melayu
HARGA : RM25.00
ULASAN :  

Pola kehidupan di dunia kini menjurus kearah pola sistemik berbanding hanya berpuas hati dengan penilian sistematik.Fitrah manusia suka melihat sesautu dengan menyeluruh,holistic atau sistemik. Nampak mudah pada objek dan perkara kecil,namun ia memerlukan displin bagi sesautu yang besar dan melibatkan satu jangka masa panjang.

Buku ini menerangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan potensi berfikir untuk berjaya serta mampu untuk mengelakkan pelbagai kesilapan dalam memahami persekitaran sama ada di rumah,ditempat kerja atau kehidupan seharian. Anda mungkin pernah mengalami peristiwa di mana apa yang berlaku tidak mampu difahami walaupun sedikit sebab musababnya. Dengan pemikiran sistemik, anda mampu menjangka dan memahami dengan lebih luas.

Jika anda ingin melihat sesuatu dengan mikro, pemikiran sistematik boleh menjadi jawapan. Jika anda ingin melihat dunia secara mikro dan makro, pemikiran sistematik mampu membawa anda kearas seterusnya.

DISEDIAKAK OLEH       :             Norizan Bt Zahari.

Thursday, August 17, 2017

BUKU Terima Kasih Abang PENGARANG Aizat Hilmi PENERBIT Semangat Integrasi Enterprise 2005

ULASAN BUKU JULAI 2017
BUKU Terima Kasih Abang PENGARANG Aizat Hilmi PENERBIT Semangat Integrasi Enterprise
2005
No Perolehan : 14-05073
No Panggilan : FM AIZ
ISBN : 9789675463778
Kategori :  Fiskyen Melayu

Ringkasan/ Ulasan:

Kisah ini memaparkan kisah seorang pemuda bernama Rafiezi iaiutu seorang pemain bola sepak yang sangat berbakat.Guru-guru sekolah dan kawan-kawannya sangat mengagumi bakatnya. Setiap kali ada perlawan bola sepak dia akan menjaringkan gol untuk membantu pasukannya.Pihak lawan juga mengakui kehebatan beliau.Namun ayahnya dan abangnya lebih mementingkan pelajaran akademi dari bersukan.Keluarga mereka mahu beliau cemerlang dalam peperiksaan UPSR.Atas sokongan dan dorongan dari cikgu sekolahnya keluarga Rafiezi terpaksa membenarkan  beliau mengikuti kem bola sepak semasa cuti persekolahan yang panjang.Sejak pulang dari kem beliau banyak menonton aksi-aksi perlawanan bola sepak melalui televisyen dan perbuatan ini telah ditegur oleh abangya.Pada suatu hari Rafiezi dan kawan-kawanya bermain bola sepak.Semasa bermain Rafiezi secara tiba-tiba sakit belakang sehingga terpaksa dipapah pulang ke rumah dan dikejarkan ke hospital.Doktor menyesahkan Rafiezi meghidap penyakit buah pinggang da memerlukan penderma yang sesuai untuk menyelamatkannya.Sikap yang diambil abangnya adalah dengan menderma buah pinggang kepada adiknya demi ingin melihat adiknya berjaya dalam akademi seterusnya berjaya dalam acara sukan bola sepak.Sikap abangnya itu membuatkan Rafiezi lagi semangat untuk terus belajar dan seterusnya berjaya dalam dunia sukan.

Judul : Terima Kasih Abang
Pengarang : Aizat Hilmi
Penerbit : Semangat Integrasi Enterprise
Tahun Terbit : 2005
Harga : Rm 16.80
Muka surat : 60
Rating: -


Disediakan Oleh : Disemak oleh :


Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah                                                    Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                         PAD Maran

BUKU Rumpai Khasiat ubatan dan makanan PENULIS Ong Hean Chooi PENERBIT Utusan Publication 2013

ULASAN BUKU JULAI 2017
BUKU Rumpai Khasiat ubatan dan makanan PENULIS Ong Hean Chooi PENERBIT Utusan Publication 2013
No Perolehan: DMAR 13-05700
ISBN: 978-967-63-2637-7
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Rumpai yang dianggap sebagai musuh tanaman sebenarnya memiliki banyak khasiat sebagai ubatan herba.Kajian yang dilakukan oleh pengarang ini telah membuktikan bahawa tuhan tidak menjadikan rumpai sebagai sesuatu yang sia-sia.
Tahukan anda bahawa ara tanah,kemuncup hutan,rumput halia hitam dan semalu berkesan untuk merawat ketuat, kutil kurap, dan ulser serta sebagai penawar bias patukan ular san sengatan serangga, penjarang anak, memudahkan ibu bersalin, membuat tidur lena, melwaskan buang air kecil, dan merangsang muntah.?
Lalang, paku lipan, pulut-pulut dan tutup bumi pula sesuai digunakan untuk merawat batuk berdarah, hidung berdarah,demam kuning,demam panas,buasir,tekanan darah tinggi,bisul bernanah,tulang patah,gastric,leukemia,leukoria dan hepatitis.
Selain mengetengahkan khasiat ubatan dan makanan, bukiu ini turut menampilkan nama sains, vernacular dan botani,kaedah penanaman,kandungan,keguanaan lain serta jenis penyakit dan perosak.Gambar foto yang berwarna warni disediakan afar para pembaca mudah mengecam setiap jenis rumpai.

Judul: Rumpai Khasiat ubatan dan makanan
Pengarang: Ong Hean Chooi
Penerbit: Utusan Publication
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 30.40
Muka surat: 198
Rating:

Disediakan Oleh : Disemak oleh :



Zaiwadi bin Awang                                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                      Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                         PAD Maran

Buku WANG PANDUAN CAP Mengenai cara mengurusnya dan lain-lain PENERBIT Persatuan Pengguna Pulau Pinang 1998

Buku WANG PANDUAN CAP Mengenai cara mengurusnya dan lain-lain PENERBIT Persatuan Pengguna Pulau Pinang 1998

Tahun Terbit:  1998
Muka surat:  400
No.perolehan:  08012/01
Bulan Bacaan:  Ogos 2017
No.ISBN:  983-104-010-4

Ulasan:
Buku ini menceritakan bagaimana untuk menguruskan wang simpanan. Bagaimana untuk berjimat cermat dengan cara yang di sediakan.  Sebagai pengguna kita disarankan supaya pandai berbelanja serta berjimat cermat dan menguruskan wang yang diperolehi setiap bulan dan bagaimana menyimpan dengan cara yang betul.

Kita juga diajar bagaimana untuk membuat perlaburan dengan cara yang lebih baik serta menguruskan wang dengan bijak. Dengan adanya buku panduan ini,ianya dapat membantu pengguna menguruskan wang dan pelaburan dengan lebih baik.

Disediakan oleh:
Irena Bt Hassan
Perpustakaan Desa Kg. Seri Mahkota
Kuantan

Disemak oleh:
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

Buku KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK Pengarang MOHD KAMIL ABDUL LATIFF Penerbit USAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA) 2008

Buku KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK  Pengarang MOHD KAMIL ABDUL LATIFF   Penerbit USAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA) 2008

TAJUK BUKU : KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK
PENGARANG : MOHD KAMIL ABDUL LATIFF
NO PANGGILAN : 796.334/MOH
ISBN : 978-967-305-125-0
PENERBIT : PUSAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA), UITM
TAHUN TERBIT : 2008
EDISI BAHASA : BAHASA MELAYU
HARGA : HADIAH

ULASAN BUKU;
Bola sepak merupakan satu jenis sukan yang bukan sahaja sangat popular di Malaysia malah di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja dijadikan sebagai aktiviti riadah malah dianggap sebagai suatu bidang kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

Buku ini di tulis oleh dua orang pakar sukan yang membuat kajian tentang kehalusan seni dalam bola sepak iaitu Mohd Kamil Abdul Latiff, merupakan seorang yang aktif bermain bolasepak di peringkat kebangsaan antara sekolah – sekolah dan kelab di Singapura .

Mendapat pendidikan lanjutan peringkat Master In Science (information Technology)  UITM. Manakala Norshidah Mohd Noordin merupakan lulusan bidang Sains Kemasyarakatan (Pengkhususan Sains Politik ) di Universiti Sains Malaysia dan universiti tempatan yang lain.

Hasil penulisan buku ini beliau ingin menyatakan untuk mencapai tahap permainan bola sepak yangcemerlang dan terbilang seseorang pemain seharusnya mempunyai satu kesenian dan kemahiran yang tinggi dalam permainan ini . Menguasai skil dan teknik yang betul dalam permainan bola sepak adalah penting.

Maka buku ini di tulis hasil dari pengalaman saudara Majid Bin Arif sebagai seorang jurulatih dan pemain bola sepak suatu ketika dulu di peringkat nasional mahupun antarabangsa.Buku ini di tulis dengan harapan untuk memberi  serba sedikit panduan dan tips tentang permainan bola sepak melalui kaedah Kehalusan Seni Dalam Bola Sepak (“The Finer Art Of Footbal ).

Disediakan oleh                                                                  Disahkan oleh
......................................      ......................................
(HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK)      (NORIZAN BT ABDULLAH)
  PEMBANTU PUSTAKAWAN S19                    KETUA PERPUSTAKAN AWAM DAERAH JERANTUT

Buku SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR Edisi 2 Pengarang TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN 2009

Buku SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR Edisi 2 Pengarang TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN 2009

JUDUL BUKU : SURAT TERBUKA DR. MAHATHIR
SIRI BUKU: EDISI 2
ISBN: 978-967-61-2180-0
PENGARANG: TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN
TARIKH / TAHUN :              2009
EDISI BAHASA:              BAHASA MALAYSIA
HARGA:              RM 30.00
ULASAN :            

Edisi tambahan ini mengisahkan peranan Perdana Menteri Malaysia ke 4 Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang pentadbiran beliau selama 22 tahun menerajui Malaysia. Tun Dr. Mahatir telah mula berkecimpung dalam politik sejak negara mencapai Kemerdekaan lagi.

Beliau mula menulis rencana di akhbar-akhbar dalam membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu. Kemuncak kehebatan Tun Dr. Mahathir terserlah apabila beliau menulis sebuah buku bertajuk “The Malay Delimma” yang mengkritik kepimpinan Tunku Abd Rahman Perdana Menteri Pertama dan menyebabkan dia dipecat sebagai ahli UMNO dan buku Malay Delimma diharamkan.

Pada Tahun 1970, beliau diterima sebagai ahli UMNO dan bertanding pada pilihanraya umim pada tahun 1974, bagi Parlimen Kota Setar dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke 4 menggantikan Tun Hussein Onn. Sepanjang menjadi Perdana Menteri banyak dasar - dasar baru diperkenalkan dan beliau berjaya membawa Malaysia ke era gemilang.Buku ini juga mengupas berbagai isu-isu dan peristiwa sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai perdana Menteri samada isu-isu antarabangsa mahupun Kontreversi.

Meskipun telah bersara, Tun Dr. Mahathir masih lagi menabur jasa dalam negara dan menyumbang idea-idea dalam memacu Malaysia kearah yang gemilang.
                                 
DISEDIAKAN : AZHARANI B. A. AZIZ DISAHKAN: AHMAD AZMI HJ AHMAD

BUKU Cara Nabi Mendidik Anak PENULIS Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid penerbit Al-Itishom 2012

BUKU Cara Nabi Mendidik Anak PENULIS Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid penerbit Al-Itishom 2012

No Perolehan: DCAM 04304
ISBN: 979-3071-22-2
Kategori: 297.215

Ringkasan/ Ulasan: Cara Nabi Mendidik Anak

Sudah banyak buku tentang pendidikan agama dan pendidikan Nabi untuk anak, namun jarang ada buku seperti ini yang memenuhi standar ilmiah  yang berpandukan pada Sunah dan petunjuk Nabi, terutama yang berhubungan dengan cara Nabi mendidik anak .

Buku ini terdiri dari enam pasal  iaitu:
-pasal pertama tentang arahan kepada orang tua dan pendidik,
-kedua tentang tentang anak dari lahir hingga usia dua tahun,
-ketiga tentang keperibadian anak dari usia dua tahun hingga usia baligh,
-keempat tentang berita gembira dalam berbakti kepada orang tua dan ancaman bagi yang menderhakanya,
-kelima tentang cara-cara pendidikan anak menurut Nabi dan
-keenam tentang pembinaan anak dalam segala aspek. Buku ini komprehensif kerana merangkumi seluruh aspek kehidupan yang diperlukan oleh anak dan realities kerana didasarkan atas fakta dan kenyataan Nabi membimbing para sahabatnya.

Judul: Cara Nabi Mendidik Anak
Pengarang: Muhammad Ibnu Abdul Hafidh Suwaid
Penerbit: Al-Itishom
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 68.00
Muka surat: 424
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

Wednesday, August 16, 2017

BUKU ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGARANG ZALEHA MUHAMAT PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS 2002

BUKU ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGARANG ZALEHA MUHAMAT PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS 2002

NO. PEROLEHAN :DBER 03-11411
CALL NO. : PK 297.577 ZAL
ISBN :967-61-1264-X
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM

ULASAN:

Keunikkan buku bertajuk ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ini adalah gaya penulisannya tentang isu poligami sangat padat,ringkas dan mengikut dalil syarak yang tepat mengikut kesesuaian isu. Fakta yang diutarakan juga berdasarkan kajian dan penyelidikan yang teliti dari kisah sebenar kawasan kajian.
Buku ini ada menceritakan sabda Rasulullah SAW : wahai pemuda-pemuda sekalian,sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan dari segi Al-Baah maka kahwinlah.Mereka yang tidak mampu berpuasalah. Sesungguhnya puasa dapat mengurangkan syahwat yang mendesak supaya berkahwin (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;128) Al-Baah bermaksud nafkah zahir. Dalam islam sangat menekankan keadilan dalam nafkah zahir bagi yang ingin berpoligami supaya isteri-isteri tidak teraniaya.Bagi yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir maka hilanglah kelayakkan untuk berpoligami.
           Penulis juga mengatakan islam tidak memaksa isteri sedia ada menerima madu seperti sabda Rasulullah SAW, Bani Hisyam Bin Al-Mughirah pernah meminta izin daripadaku untuk membenarkan Ali(suami anak perempuan Baginda,Saiyidah Fatimah Zahrah) berkahwin dengan anak perempuan mereka.Maka aku tidak izin,tidak izin,tidak izin. Aku tahu tidak lain kehendak mereka itu melainkan supaya Ali menceraikan anakku dan mengawini anak mereka, Sesungguhnya  Fatimah adalah sebahagian daripada daging aku. Apa sahaja yang membuatkan dirinya disakiti,itu juga menyakiti diriku (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;391 dan 392). Kisah yang diutarakan dalam buku ini sangat jelas dan bermanfaat untuk bacaan remaja dan dewasa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

JUDUL : ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENGARANG : ZALEHA MUHAMAT
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2002
HARGA :RM
MUKA SURAT :132
RATING :4/5

BUKU NDAHNYA HIDUP BERSYARIAT PENULIS DATO’ ISMAIL KAMUS DAN MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID PENERBIT TELAGA BIRU 2009

TAJUK BUKU: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
NOMBOR PEROLEHAN:  DRAU 000511
NOMBOR PANGGILAN:  297.57
ISBN:  978-967-5102-30-1
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA
ULASAN:
Buku yang bertajuk Indahnya hidup Bersyariat, yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid merupakan sebuah buku fardhu ain dan fardhu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu dari zaman kanak-kanak, alam remaja, dewasa, alam berkeluarga dan syariat bermasyakat serta amalan sunat harian yang boleh diamalkan.  Isi kandungan buku ini ditulis berlandaskan Al-Quran Hadith sahih.  Di samping itu, penulis menggunakan teknik penyampaian yang menarik dan mudah difahami dari segi konteks bahasa.
Kesimpulannya, buku ini amatlah disarankan kepada semua golongan tidak kira sama ada muda mahupun tua untuk dijadikan panduan hidup.
PENGARANG: DATO’ ISMAIL KAMUS DAN MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID
PENERBIT:  TELAGA BIRU
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 55.00 (SM), RM 57.00 (SS)
MUKA SURAT:  308
DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

BUKU Khasiat Hijau Untuk Perubatan Tradisional II PENGARANG Fauziah AR PENERBIT Pekan Ilmu 2008

BUKU Khasiat Hijau Untuk Perubatan Tradisional II PENGARANG Fauziah AR PENERBIT Pekan Ilmu 2008
No Perolehan: 08-48708
ISBN: 978-697-5106-19
Kategori: 615.321 FAU

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini adalah kesinambungan daripada buku siri i: Khasiat tumbuhan hijau untuk perubatan tradisional.banyak maklumat yang boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar,guru-guru,golongan masyarakat dan semua pembaca mengenai khasiat dan kegunaan tumbuhan hijau sebagai alternatif perubatan tradisional yang terdapat di persekitaran mereka. Tumbuhan hijau sebagai perubatan tradisional sebenarnya sering digunakan oleh nenek moyang kita sebagai ubat sejak zaman berzaman sebagai contoh mempelas digunakan sebagai ubat untuk meredakan selesma.

Masyarakat masa kini mungkin tidak mengetahui  bahawa  tumbuhan hijau yang terdapat di persekitaran mereka boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit sama ada luaran atau dalaman. Apabila membaca buku ini dapatlah kita mengenali tumbuhan hijau di persekitaran kita yang boleh digunakan sebagai perubatan tradisional. Memang tidak  dinafikan tumbuhan hijau sering kali digunakan oleh masyarakat kampung dan pendalaman sebagai rawatan untuk menyembuhkan penyakit walaupun kajian secara saintifik masih belum dilakukan.

Terdapat 78  jenis tumbuhan hijau terdapat dalam buku ini yang dipaparkan sebagai perubatan tradisional.bagi menjana minda pembaca, buku ini sememangnya amat sesuai bagi para pelajar kolej ataupun universiti terutamanya bidang perubatan bagi tujuan kajian terhadap tumbuhan hijau sebagai herba rawatan penyakit.

Judul: Khasiat Hijau Untuk Perubatan Tradisional II
Pengarang: Fauziah AR
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM39.90
Muka surat: 209
Rating: 3

Tuesday, August 15, 2017

BUKU Train Your Brain To Reduce Stress PENULIS Dr Julian dan Jon PENERBIT ADVANTAGE QUEST 2013

BUKU Train Your Brain To Reduce Stress PENULIS Dr Julian dan Jon PENERBIT  ADVANTAGE QUEST 2013

ISBN : 978-967-0484-43-3
Call No : 155.9042 FOR
Harga : RM 34.90
Penulis : DR. JULIAN & JON WIRTMANN
TahunDiterbitkan : 2013
Penerbit : ADVANTAGE QUEST PUBLICATIONS
Bahasa : ENGLISH
Sebagai manusia, akan ada ketika untuk kita mengalami tekanan. Walau bagaimana cara kita mengelak  kita akan tetap hadapai tekanan. Sebagai contoh kita rasa tidak mampu untuk memaafkan diri kita atau orang lain,mengalah dengan perkara yang kecil, dan sebagainya.

“How to free yourself when stress take over”, persoalan yang ditanya penulis kepada pembaca. Penulis telah memberi beberapa bahagian dimana kita boleh mengenalpasti masalah, cara untuk mengurangkan,mengelak dan bagaimana untuk mempunyai cara hidup yang sihat.

Ia mempunyai empat  bahagian yang boleh kita aplikasikan, iaitu
bahagian pertama “Stress and the brain”,
bahagian kedua “the missing step in stress management: focusing”,
bahagian ketiga ialah, “three ways to orient before stress takes over”, dan
bahagian akhir ialah “ an optimal life”. Ia menerang punca, langkah-langkah pencegahan yang hilang, dan cara penyelesaian.

Ulasan oleh
AZEYZUL BIN HAMZAH
PAD LIPIS

Tuesday, August 8, 2017

BUKU I Love You Too!! Pengarang Badrul Hisham Shari Penerbit Galeri Ilmu 2013

BUKU I Love You Too!! Pengarang Badrul Hisham Shari Penerbit Galeri Ilmu 2013

No Perolehan: 13-06061
ISBN: 978-983-097-223-7
Kategori: 297.777 BAD

Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan sketsa teruna dara, anak-anak dan rumah tangga. Dengan penyampaian yang mudah faham beserta karikatur dan ilustrasi kelakar boleh membuatkan anda ketawa.

Penyampaian agak berbaur sindiran dan kritikan sinis tetapi sangat membina dan menyedarkan. Dilihat seperti setiap orang melaluinya. Pelbagai pesanan dan pengajaran boleh didapati dari buku ini.

Mungkin juga dapat menyelesaikan masalah anda ataupun memberi cara bagi penyelesaian sesuatu perkara.

Bacalah buku ini kerana dapat membantu anda menghargai insan-insan disekeliling anda.

Judul: I Love You Too!!
Pengarang: Badrul Hisham Shari
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM15.20
Muka surat: 190
Rating: 4

Wednesday, August 2, 2017

BUKU Dinmisme Mohd halil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang PENULIS Abd Wahab Mohd Al

BUKU Dinmisme Mohd halil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang PENULIS Abd Wahab Mohd Ali
JUDUL BUKU: Dinmisme Mohd halil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang
SIRI BUKU:
ISBN: 967-61-1008-6
PENGARANG: Abd Wahab Mohd Ali
TARIKH / TAHUN:              2011
EDISI BAHASA:              BAHASA MALAYSIA
HARGA:              RM 120.00

ULASAN:            
Ia memaparkan Ketokohan Menteri Besar Pahang ke 13, Tun Mohd Khalil Yaakob    sepanjang  13 tahun menerajui Negeri Pahang Darul Makmur . Tun Khalil dilahirkan pada 29 Disember 1937 diKuantan. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Ahmad Shah Kuantan dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1950. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang sastera dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian) pada tahun 1962.
                                                               
Tun Khalil berkhidmat sebagai diplomat selama 13 tahun dan banyak berkhidmat diluar negara. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Kerjaya politik Tun Khalil bermula apabila beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi kawasan Dun Bukit Ibam dan menang. Pada Tahun 1982, Beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Maran dan memenanginya dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Menteri dijabatan Perdana Menteri dalam bidang hal ehwal agama islam dan Pengurusan Tabung Haji pada tahun 1984.
                                                                     
Tun Mohd Khalil dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke 13 menggantikan Dato Abd Rashid Rahman. Dibawah kepimpinan Tun Khalil Pahang menghadapi pembagunan pesat dalam usaha untuk menjadi negeri yang Maju.
                                                               
Dibawah kepimpinan Tun Khalil, beliau memperkenalkan program Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat bagi meningkatkan hasil pertanian  rakyat,Beliau juga mempertingkatkan infrastruktur dikawasan tanah rancangan Felda dengan penyaluran bekalan elektrik dan air melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).Dalam usaha meningkatkan kemasukan pelaburan asing,Kerajaan Negeri Pahang mengamalkan mesra pelabur dan hasilnya Negeri Pahang memperolehi taraf ekonomi yang maju dan program Memakmurkan Rakyat diperkenalkan bertujuan membantu golongan miskin.

Disamping itu Tun Khalil juga telah menubuhkan Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) DAN Kolej Islam Pahang (KIP).Tun Khalil kembali bertanding Kerusi Parlimen Kuantan pada pilihanraya umum 1999 dan memenanginya dan dilantik menjadi Menteri Penerangan. Tun Khalil berundur dari arena politik pada tahun 2004 , namun khidmatnya masih ditagih apabila beliau dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka pada tahun 2004.

DISEDIAKAN:
AZHARANI B. A. AZIZ
Pembantu Perpustakaan

DISEMAK:
AHMAD AZMI HJ AHMAD
Ketua Perpustakaan Cawangan Jengka

Tuesday, August 1, 2017

BUKU Kaedah Menjadi Generasi Cemerlang OLEH Zuleikha Fereizya PENERBIT E1 Publication 2013

BUKU Kaedah Menjadi Generasi Cemerlang OLEH Zuleikha Fereizya PENERBIT E1 Publication 2013

Call No. : 158.1
ISBN : 978-967-5892-66-09(set)
ISBN :  978-967-5892-69-1      
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
Kecemerlangan dalam kehidupan adalah impian setiap manuasia.Kecemerlangan tersebut bukanlah cemerlang dalam aspek material semata-mata tetapi cemerlang dalam aspek spiritual.Apabila cemerlang spiritual,maka seseorang itu dapat menjana kecemerlangan material yang diimpikan dengan lebih tersusun dan sistematik.
Penghasilan buku ini boleh berfungsi sebagai landasan yang menjadi pedoman para remaja untuk membina semangat dan ketahanan fizikal dan mental demi memburu kecemerlangan yang selama ini diimpikan.
Usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan intelektual juga perlu bermula pada peringkat awal remaja agar mereka dapat menjurus ke arah membina kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan.
Buku ini boleh dijadikan  rujukan di samping menilai diri ditahap manakah pencapaian yang telah diperolehi setakat ini. Hakikatnya,kecemerlangan intelektual tidak dapat diperolehi dengan mudah tanpa adanya usaha dan kesungguhan yang berterusan.

Judul : Kaedah Menjadi Generasi Cemerlangan
Pengarang/Penyusun : Zuleikha Fereizya
Penerbit : E1 Publication Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : 2013
Harga : RM 26.40
Muka surat : 129
Rating : 4/5

Disediakan  Oleh :
Kamariah Bt Omar
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa  Peramu Jaya 3

Disemak  Oleh    :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan

Buku SIHAT DARI MEJA MAKAN Pengarang NOR HANIS HASHIM PENERBIT SYNERGY MEDIA

Buku SIHAT DARI MEJA MAKAN Pengarang NOR HANIS HASHIM PENERBIT SYNERGY MEDIA

ULASAN BUKU BULAN JUN 2017 BUKU 2

TAJUK BUKU         :   SIHAT DARI MEJA MAKAN
PENGARANG        :    NOR HANIS HASHIM
NO.PANGGILAN  :    641.5631/SIH
ISBN                       :   978-967-371-885-6
PENERBIT              :   SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT     : 
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 32.90


ULASAN BUKU;

Makanan merupakan factor yang mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Pemilihan makanan yang kurang sihat dan tidak mengandungi zat mesti di kurangkan pengambilannya.

Jadikan makanan sebagai ubat, dengan mengambil makanan sihat, kita akan kelihatan awet muda dan segar.

Kajian mengenai nutrisi membuktikan pengambilan makanan yang didominasi oleh karbohidrat menjadi punca terjadinya pelbagai penyakit.

Bermula dari diabetes, hipertensi sehinggalah kepada penyakit kanser.

Melalui buku ini, anda akan mendapat pelbagai informasi yang menggalakan anda untuk mengamalkan corak pemakanan yang sihat.