Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 21, 2017

BUKU Didik Anak Jadi Pintar PENGARANG Rohani Sheikh Omar PENERBIT PTS Pulishing House

BUKU Didik Anak Jadi Pintar PENGARANG Rohani Sheikh Omar PENERBIT PTS Pulishing House 2009
No Perolehan: DCAM 02291
ISBN: 978-983-3604-11-4
Kategori: 641.9
Ringkasan/ Ulasan:

Buku Didik Anak jadi Pintar: tingkatkan kepintaran anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang unik dan kreatif.

Kesibukan harian ibu bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga sememangnya menghadkan masa ibu bapa untuk bersama anak- anak mereka.

Kita tidak perlu memberi perhatian kepada anak-anak setiap waktu cuma kita perlukan sedikit masa bagi bersama mereka. Sebagai contoh, melakukan aktiviti untuk mereka ataupun melibatkan mereka dalam aktiviti yang kita lakukan.

Sekiranya boleh lakukan semua aktiviti secara tidak langsung, tanpa mereka sedari yang mereka sedang belajar ataupun kita sedang mengajar mereka. Melalui buku ini, ibu bapa dapat pelajari aktiviti-aktiviti yang membantu proses membentuk pemikiran anak-anak dan menyediakan panduan yang berkesan bagi ibu bapa yang komited membangunkan potensi anak-anak sejak lahir lagi.

Buku ini juga bagi mengetahui dan mengaplikasi teknik-teknik kreatif mendidik anak seterusnya melahirkan anak yang cerdas mental dan cergas  fizikal.

Judul: Didik Anak Jadi Pintar
Pengarang: Rohani Sheikh Omar
Penerbit: PTS Pulishing House
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM13.90
Muka surat: 176
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

No comments: