Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, August 2, 2017

BUKU Dinmisme Mohd Khalil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang PENULIS Abd Wahab Mohd Ali

BUKU Dinmisme Mohd halil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang PENULIS Abd Wahab Mohd Ali
JUDUL BUKU: Dinmisme Mohd halil Yaakob 13 tahun sebagai Menteri Besar Pahang
SIRI BUKU:
ISBN: 967-61-1008-6
PENGARANG: Abd Wahab Mohd Ali
TARIKH / TAHUN:              2011
EDISI BAHASA:              BAHASA MALAYSIA
HARGA:              RM 120.00

ULASAN:            
Ia memaparkan Ketokohan Menteri Besar Pahang ke 13, Tun Mohd Khalil Yaakob    sepanjang  13 tahun menerajui Negeri Pahang Darul Makmur . Tun Khalil dilahirkan pada 29 Disember 1937 diKuantan. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Ahmad Shah Kuantan dan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1950. Beliau meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang sastera dan berjaya memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian) pada tahun 1962.
                                                               
Tun Khalil berkhidmat sebagai diplomat selama 13 tahun dan banyak berkhidmat diluar negara. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Kerjaya politik Tun Khalil bermula apabila beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi kawasan Dun Bukit Ibam dan menang. Pada Tahun 1982, Beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Maran dan memenanginya dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Menteri dijabatan Perdana Menteri dalam bidang hal ehwal agama islam dan Pengurusan Tabung Haji pada tahun 1984.
                                                                     
Tun Mohd Khalil dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ke 13 menggantikan Dato Abd Rashid Rahman. Dibawah kepimpinan Tun Khalil Pahang menghadapi pembagunan pesat dalam usaha untuk menjadi negeri yang Maju.
                                                               
Dibawah kepimpinan Tun Khalil, beliau memperkenalkan program Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat bagi meningkatkan hasil pertanian  rakyat,Beliau juga mempertingkatkan infrastruktur dikawasan tanah rancangan Felda dengan penyaluran bekalan elektrik dan air melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).Dalam usaha meningkatkan kemasukan pelaburan asing,Kerajaan Negeri Pahang mengamalkan mesra pelabur dan hasilnya Negeri Pahang memperolehi taraf ekonomi yang maju dan program Memakmurkan Rakyat diperkenalkan bertujuan membantu golongan miskin.

Disamping itu Tun Khalil juga telah menubuhkan Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) DAN Kolej Islam Pahang (KIP).Tun Khalil kembali bertanding Kerusi Parlimen Kuantan pada pilihanraya umum 1999 dan memenanginya dan dilantik menjadi Menteri Penerangan. Tun Khalil berundur dari arena politik pada tahun 2004 , namun khidmatnya masih ditagih apabila beliau dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka pada tahun 2004.

DISEDIAKAN:
AZHARANI B. A. AZIZ
Pembantu Perpustakaan

DISEMAK:
AHMAD AZMI HJ AHMAD
Ketua Perpustakaan Cawangan Jengka

No comments: