Thursday, August 17, 2017

BUKU Rumpai Khasiat ubatan dan makanan PENULIS Ong Hean Chooi PENERBIT Utusan Publication 2013

ULASAN BUKU JULAI 2017
BUKU Rumpai Khasiat ubatan dan makanan PENULIS Ong Hean Chooi PENERBIT Utusan Publication 2013
No Perolehan: DMAR 13-05700
ISBN: 978-967-63-2637-7
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Rumpai yang dianggap sebagai musuh tanaman sebenarnya memiliki banyak khasiat sebagai ubatan herba.Kajian yang dilakukan oleh pengarang ini telah membuktikan bahawa tuhan tidak menjadikan rumpai sebagai sesuatu yang sia-sia.
Tahukan anda bahawa ara tanah,kemuncup hutan,rumput halia hitam dan semalu berkesan untuk merawat ketuat, kutil kurap, dan ulser serta sebagai penawar bias patukan ular san sengatan serangga, penjarang anak, memudahkan ibu bersalin, membuat tidur lena, melwaskan buang air kecil, dan merangsang muntah.?
Lalang, paku lipan, pulut-pulut dan tutup bumi pula sesuai digunakan untuk merawat batuk berdarah, hidung berdarah,demam kuning,demam panas,buasir,tekanan darah tinggi,bisul bernanah,tulang patah,gastric,leukemia,leukoria dan hepatitis.
Selain mengetengahkan khasiat ubatan dan makanan, bukiu ini turut menampilkan nama sains, vernacular dan botani,kaedah penanaman,kandungan,keguanaan lain serta jenis penyakit dan perosak.Gambar foto yang berwarna warni disediakan afar para pembaca mudah mengecam setiap jenis rumpai.

Judul: Rumpai Khasiat ubatan dan makanan
Pengarang: Ong Hean Chooi
Penerbit: Utusan Publication
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 30.40
Muka surat: 198
Rating:

Disediakan Oleh : Disemak oleh :



Zaiwadi bin Awang                                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                      Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                         PAD Maran

No comments: