Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, September 11, 2017

BUKU 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita PENERBIT Education Matters 2008

BUKU 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita PENERBIT Education Matters 2008

No Perolehan: 001432/08/PNM
ISBN: 978-983-3866-42-7
Kategori: 615.88
Ringkasan/ Ulasan
   
Buku 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita ini sangat sesuai untuk dibaca oleh kaum wanita memandangkan kaum wanita lebih cenderung dalam menguruskan rumahtangga, kesihatan seisi keluarga dan sebagainya . Didalam buku ini banyak terdapat petua-petua yang berguna. Bahan-bahannya pula mudah didapati serta banyak terdapat di persekitaran kita.
   
Koleksi petua yang terdapat didalam buku ini merangkumi petua untuk kecantikan dan kesihatan perkongsian petua-petua boleh diamalkan oleh pelbagai golongan seawal usia bayi, kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Walaupun tajuk buku ini khas untuk wanita tetapi ianya boleh digunakan oleh kaum lelaki kerana didalam buku ini terselit juga beberapa petua untuk golongan lelaki.
   
Buku 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita ini sesuai dijadikan koleksi kerana didalamnya terdapat pelbagai petua yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.


Judul: 195 Koleksi Petua-petua Untuk Wanita
Pengarang: -
Penerbit: Education Matters Sdn Bhd.
Tahun Terbit: 2008   
Harga: RM29.90
Muka surat: 146
Rating: -

No comments: