[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Saturday, September 30, 2017

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia (ISEAS) 2006

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia ISEAS 2006

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2017
No Perolehan: DMAR 07-031494
ISBN: 978-983-3782-18-5
Kategori: Sejarah

Ringkasan/ Ulasan:
Inilah biografai yang dinanti-nantikan tentang Tun Dr Ismail Abdul Rahman,Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berpengaruh, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2 Ogos 1973.Buku ini ditulis berdasarkan koleksi kertas peribadi brliau serta wawancara dengan saudara maranya dan mereka yang mengenalinya, termasuk Ghafar Baba,Musa Hitam,Tengku Razaleigh Hamzah,Robert Kuok,Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafie.Perspektif baru diberikan tentang perjuangan menuju merdeka, hubungan Malaysia dengan Singapura, asal usul falsafah keserantauan Asia Tenggara, konflik dalaman UMNO, hubungan MCA-UMNO, masalah kesihatan Tun Abdul Razak Hussein, rusukan 13 Mei, dan Dasar Ekonomi Baru.Selain fakta baru tentang sejarah Malaysia dan Singapura, buku ini turut menyingkap proses menghapuskan penjajahan dan pembangunan negara.

Judul: Bukan Kerana Pangkat-Tun Dr Ismail dan Masanya
Pengarang: Ooi Kee Beng
Penerbit: Institute Of Southeast Asia (ISEAS)
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 32.00
Muka surat: 311
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

Zaiwadi bin Awang                                                               Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                                           PAD Maran

No comments: