Thursday, November 30, 2017

BUKU Resipi Sihat PENGARANG Chef Nizam PENERBIT Utusan Publications 2016

BUKU Resipi Sihat PENGARANG Chef Nizam  PENERBIT Utusan Publications 2016
ULASAN BUKU NOVEMBER 2017
No Perolehan: DMAR 17-001257
ISBN: 978-967-61-2746-4
Kategori: Sains Teknologi
Ringkasan/ Ulasan:
Buku Resipi Sihat adalah sebuah buku yang boleh memberikan pembaca idea untuk menghasilkan dan memasak secara sihat. Chef Nizam juga berkongsi bahawa penyediaan makanan dengan cara kukus, rebus, grill dan celur adalah lebih baik berbanding makanan bergoreng.
Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan penting. Oleh itu, sudah tiba masanya kita berubah ke arah gaya pemakanan lebih sihat untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Judul: Resipi Sihat
Pengarang: Chef Nizam
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00
Muka surat: 57
Rating: -


                                              Disediakan Oleh : :
                                              Norkamila binti Mahmud
                                              Ketua Perpustakaan Daerah
                                              PAD Maran

Wednesday, November 29, 2017

BUKU Terima Takdir PENGARANG Aida Shahira PENERBIT Cipta Publishing 2014

BUKU Terima Takdir PENGARANG Aida Shahira PENERBIT Cipta Publishing 2014
ULASAN BUKU NOVEMBER 2017
No Perolehan : 14-04465
No Panggilan : FM AID
ISBN : 9789838094771
Kategori :  Fiskyen Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Menceritakan seorang budak yang bernama Najib yang telah dihantar oleh ibubapanya ke kampung dan menetap bersama nenek dan datuknya.Pada suatu hari Najib berasa amat bosan apabila datuknya memaksanya supaya Najib belajar ilmu persilatan keran datuknya adalah seorang guru silat dikampung tersebut.Mahu ataupun tidak Najib terpaksa mengikut perintah sahaja.Ramai rakan rakan Najib beranggapan yang Najib juga sehebat datuknya.Kerana itu juga Najib adalah musuh kepada rakan datuknya yang juga merupakan guru silat dikampung bersebelahan.Najib merupakan anak didik datuknya manakala Fakrul merupakan anak didik kepada rakan kepada datuknya.Pada suatu hari Najib dan Fakrul telah bergaduh dan mereka telah berlawan dan mengeluarkan ilmu persilatan masing masing tetapi malangnya Fakrul telah kalah dalam pergaduhan itu.Najib sangat sangat berterima kasih kepada datuknya yang telah banyak menurunkan ilmu kepadanya.

Judul : Terima Takdir
Pengarang : Aida Shahira
Penerbit : Cipta Publishing
Tahun Terbit : 2014
Harga : Rm 14.80
Muka surat : 85
Rating: -





Disediakan Oleh : Disemak oleh :


Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah                                                    Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                         PAD Maran

BUKU Lelaki Tua Yang Baik Hati PENGARANG Nurirfan PENERBIT Mika Cemerlang 2017

BUKU Lelaki Tua Yang Baik Hati PENGARANG Nurirfan PENERBIT Mika Cemerlang 2017

No Perolehan: DTEM 000458
ISBN: 978-967-0974-08-8
Kategori: FM NUR

Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki tua bernama Hazuka. Hazuka sangat baik hati. Dia selalu membantu orang miskin dan kanak-kanak. Dia nampak selalu gembira dan senang hati.
Hazuka mempunyai kisah hidup yang sedih kerana kematian isteri dan anaknya. Tetapi Hazuka sangat tabah menghadapi dugaan itu. Hazuka mengisi hari-harinya dengan menternak ulat sutera dan menenun kain sutera. Aktiviti ini membantu membuatnya gembira.
Bacalah buku ini untuk anak-anak anda kerana ia sangat menarik. Buku ini penuh warna warni dan ringkas ceritanya. Anda dan anak anda pasti menyukainya.

Judul: Lelaki Tua Yang Baik Hati
Pengarang: Nurirfan
Penerbit: Mika Cemerlang Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM25.60
Muka surat: 30
Rating: 4

Ulasan oleh: Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Tuesday, November 28, 2017

BUKU Kisah-kisah seram malam Jumaat PENERBIT SynergyMedia 2016

BUKU Kisah-kisah seram malam Jumaat PENERBIT SynergyMedia 2016

ULASAN BUKU NOVEMBER  2017
No Perolehan : ELUI000305
ISBN: 9-789674-447427
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Dunia seram seringkali dikaitkan dengan perasaan takut dan gerun terhadap sesuatu dan sangat berkaitan dengan minda dan fikiran individu. Setiap  individu mempunyai perasaan takut dan ada yang pernah melalui peristiwa yang menakutkan seperti di sakat oleh lembaga ataupun hantu.
Membaca buku ini akan  membuatkan pembaca terbayang-bayang dan menganggu fikiran pembaca. Siri seram ini sesuai untuk pembaca  yang gemarkan adventure. Buku ini menceritakan 75 kisah seram yang berbeza.,Ianya diolah dan dikarang berbentuk cerpen pendek. Setiap kisah akan membawa pembaca mengalami ketakutan dan perasaan seram yang berbeza.
Sebagai pembaca, perasaan ketakutan itu perlu  disegarkan secara positif. Tidak salah sekadar membaca untuk menajamkan cara berfikir, menceriakan amalan bacaan dalam pelbagai situasi.
Buku ini akan membawa minda pembaca meneroka alam ghaib dan menjadikan pembaca berfikir akan adanya kehidupan lain selain alam manusia. Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

Judul:  Kisah-kisah seram malam Jumaat
Pengarang:
Penerbit: SynergyMedia
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 19.90
Muka surat: 240
Rating: -






Disediakan Oleh : Disemak oleh :



Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                               Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit                                                                        PAD Maran

BUKU Khasiat dan Manafaat Kunyit PENGARANG IR WP. Wiranto PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Khasiat dan Manafaat Kunyit PENGARANG  IR WP. Wiranto PENERBIT Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  KHASIAT DAN MANFAAT KUNYIT
NO PEROLEHAN : 09-000882
NOMBOR PANGGILAN :  582.12 WPW
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN

Ulasan:  Kunyit atau Curcuma Domestica Val diantara bahan masakan asas dalam kehidupan seharian. Selain digunakan dalam masakan ianya juga mempunyai khasiat untuk dalam perubatan. Ia berfungsi sebagai antioksidan, antiradang, antikanser dan antitumor. Buku ini menerangkan kepelbagaian penggunaan kunyit dalam kehidupan seharian selain digunakan dalam masakan. Ianya bermanfaat bagi pembaca mengenali lebih dalam mengenai tumbuhan herba ini. Juga diterangkan penggunaan kunyit dalam perubatan dan cara-cara mengadun kunyit untuk dijadikan ubat atau penawar bagi sakit diantaranya demam, hidung tersumbat, cirit-birit, kegatalan ,keputihan bagi wanita dan sebagainya. Buku ini sangat berguna sebagai panduan pembaca untuk mempraktiskan kepenggunaan bahan daripada kunyit untuk dijadikan ubat.

PENGARANG:  IR.W.P. WIRANTO.
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  53

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Monday, November 27, 2017

BUKU Resipi Unik Terbaik Biskut Tradisional dan Moden PENGARANG Samira Janatdoust PENERBIT Qaff Publication 2016

BUKU Resipi Unik Terbaik Biskut Tradisional dan Moden PENGARANG Samira Janatdoust PENERBIT Qaff Publication 2016

No Perolehan: DMAR 17-000486
ISBN: 978-967-5490-21-7
Kategori: Sains Teknologi
Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini mengumpulkan pelbagai resipi biskut moden dan tradisional yang sangat menyelerakan dan memberikan tip serta cara memasak sesuatu resipi. Buku ini juga  menyediakan gambar-gambar biskut yang sudah siap. Buku ini mengandungi dwi bahasa yang memudahkan pembaca memahami teknik pembuatan biskut. Pembaca juga dapat melihat baha-bahan yang digunakan untuk menghasilkan biskut yang menarik.  Buku ini ditulis oleh pakar masakan antarabangsa yang dikenali sebagai pelopor dalam pendidikan dunia makanan.Prinsip asas dalam penyediaan biskut juga disertakan sekali dalam buku ini. Pembaca dapat mempelajari asa pembuatan biskut dengan mudah dan cepat.

Judul: Resipi Unik Terbaik : Biskut Tradisional & Moden
Pengarang: Samira Janatdoust
Penerbit: Qaff Publication
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 49.90
Muka surat:329
Rating: -

Disediakan Oleh : :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Monday, November 20, 2017

BUKU Siapa Kata Tak Sudi PENGARANG Mas Yura PENERBIT Kaki Novel 2015

BUKU Siapa Kata Tak Sudi PENGARANG Mas Yura PENERBIT Kaki Novel 2015

Buku : Siapa Kata Tak Sudi?
Pengarang : Mas Yura
Penerbit : Kaki Novel Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 416
No. Perolehan : 000108
Bulan Bacaan : September 2017
No. ISBN : 978-967-0874-08-1

Ulasan :
Novel ini mengisahkan tentang dua orang guru yang bertugas di sebuah sekolah iaitu Sir Airil dan Cikgu Airina. Disebabkan kemalangan yang terlalu kecil di antara mereka berdua, mereka asyik bergaduh. Pantang bertembung apatah lagi bercakap pasal kerja, mereka selalu bergaduh. Makin hari tanpa mereka sedar, rupanya mereka jatuh cinta dan saling mencintai di antara satu sama lain. Malangnya, perhubungan mereka sering dihalang oleh rakan sekerja. Namun, di pengakhiran cerita jodoh menyebelahi mereka dan mereka berkahwin dan hidup bahagia.

Disediakan Oleh:
LILIDALILA BINTI ROPA
Perpustakaan Desa  Balok
(Perpustakaan Daerah Kuantan)

Disemak Oleh
AHMAD AZIDDIN B AHMAD
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

BUKU Kurang Berdisplin Anda Boleh Mengubahnya PENGARANG Ahmad Marzuki Ismail PENERBIT KARISMA 2

BUKU Kurang Berdisplin Anda Boleh Mengubahnya PENGARANG Ahmad Marzuki Ismail PENERBIT KARISMA 2008

A. JUDUL BUKU : KURANG BERDISIPLIN ? ANDA BOLEH MENGUBAHNYA .
B. PENULIS : AHMAD MARZUKI  ISMAIL
C. TAHUN TERBITAN : 2008
D. PENERBIT BUKU : KARISMA PUBLICATIONS SDN. BHD.
E. JUMLAH MUKA SURAT : 156
F . HARGA :  RM 11.92
G. NO PEROLEHAN : 371.5
BULAN BACAAN : SEPT 2017

ULASAN BUKU :
Buku ini bertujuan membantu para pelajar memperkukuh dan memperkasakan diri sendiri. Setiap pelajar hars sedar tentang pentinya belajar mendisiplinkan dirinagar segala manafaat itu dapt diterokai, dikembangkan dan diamalkan dengan teratur.
Disiplin diri yang baik dan sempurna telah diberikan penekanan oleh pihak kerajaan, ibu bapa dan guru-guru. Setiap pelajar perlu berusaha menilai setiap contoh yang diberikan. Disarankan setiap pelajar yang mentelaah buku itu dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan sedarjah dan rakan sebaya.
Buku ini dibahagikan kepada 6 bab. Seperti biasa, setiap bab mempunyai kesinambungan antara satu sama lain . Jesteru itu, setiap pelajar perlu belajar untuk menghasilkan pergerakan terbaik selarasa dengan penekanan FaLSAFAH Pendidikan Kebangsaan dan Pembentukan Modal Insan. Pelajar juga dinasihatkan agar tidak mudah putus asa dan kecewa apabila masih ditegur oleh ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan lain.

Disediakan Oleh,
Siti Norhasmah Bt Tahir
Pembantu Pustakawan
PD Sungai Lembing

Disemak Oleh,
AHMAD AZIDDIN B AHMAD
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

Wednesday, November 15, 2017

Buku KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan Pengarang Ahmad Faizal Mohamed Yusup Penerbit Utusan Publication Distributors 2006

BUKU KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan Pengarang Ahmad Faizal Mohamed Yusup Penerbit Utusan Publication Distributors 2006

No Perolehan: DCAM 17757
ISBN: 967-61-1363-8
Kategori: 305.899
Ringkasan/ Ulasan: KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Buku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.
Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.
Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang dibuang daerah kerana kemalasan?

Judul: KELUAR DARI TEMPURUNG Pembentukan Diri Ke Arah Kecemerlangan
Pengarang: Ahmad Faizal Mohamed Yusup
Penerbit: Utusan Publication & Distributors SDN BHD
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 12.80
Muka surat: 176
Rating: 5

Disediakan oleh
Muhammad Helmi bin Ahmad Sarudin
Disemak Oleh
Rosniza bt Elias

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

NO. PEROLEHAN:  DRAU 088339
NO. PANGGILAN:  297.36 MUB
ISBN:  978-979-1414-20-3
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku yang bertajuk Ada Apa di Hari Jum’at yang ditulis oleh Mubdi al-Qathr ini berkisar tentang keistimewaan hari Jumaat berbanding hari-hari lain.  Penulis ada menyatakan tentang mengapa dinamakan hari Jumaat di bahagian mukadimah buku.  Jadi pembaca secara tidak langsung dapat memahami asal usul hari tersebut.  Penulis juga turut membuat pecahan kecil tentang beberapa isu-isu yang berkaitan pada hari Jumaat seperti hukum, adab dan amalan sunnah yang dianjurkan oleh Islam dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Penulis menggunakan bahasa yang ringkas tetapi padat dengan informasi dan terdapat soal jawab di mana jawapannya disertakan sekali dengan riwayat Nabi dan Hadith sahih.

Kesimpulannya, buku ini amat bermanfaat kepada umat Islam untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan sekaligus dapat mempraktikkan amalan-amalan pada hari Jumaat setelah membaca buku ini.

PENGARANG:  MUBDI AL-QATHR
PENERBIT:  WAFA PRESS
TAHUN TERBIT:  2008
HARGA:  RM 25
MUKA SURAT:  168

DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

BUKU Travelog Seorang Da’i Judul Travelog Seorang Dai PENGARANG Abdul Rahman Mohamed PENERBIT Telaga Biru Sdn Bhd 2009

BUKU Travelog Seorang Da’i Judul Travelog Seorang Dai PENGARANG Abdul Rahman Mohamed PENERBIT Telaga Biru Sdn Bhd 2009

NO. PEROLEHAN :09-000937
CALL NO. :922.97
ISBN :978967-5102-31-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :BIOGRAFI
ULASAN:

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Abdul Rahman Mohamed yang merupakan anak yatim dan telah membesar di singapura serta dikelilingi oleh majoriti masyarakat cina singapura. Abdul Rahman Mohamed merupakan seorang anak yatim daripada keluarga ibu tunggal yang kesempitan hidup,yang tidak mempunyai asas agama sejak kecil, tetapi kemudiannya bertukar menjadi seorang anak muda yang dahagakan ilmu agama, hanya berbekalkan iltizam diri,bukan atas dorongan keluarga dan kewangan yang mewah.mempunyai seorang ibu yang terpaksa berkerja keras untuk menyara keluarga setelah kematian suami.serta memberbesarkan 6 orang anak yang masih kecil.beliau telah menceritakan perjalanan hidup Abdul Rahman Mohamed dari zaman kanak-kanak, zaman remaja dan juga pelbagai rintangan hidup yang telah beliau lalui di zaman dewasa.

Buku ini juga menceritakan pengalaman Abdul Rahman Mohamed sejak belajar di sekolah rendah lagi beliau terpaksa berjaja kuih,bekerja sebelum dewasa dengan penuh cabaran.berbekalkan kegigihan,keberanian dan ketaatan terhadap ibunya,beliau memasuki dunia dewasa untuk mengubah nasibnya dan keluarga dengan menyambung pelajaran ke indonesia.kemudian,setelah berkeluarga,bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga,beliau berdakwah di merata tempat dalam pelbagai bentuk seperti bersyarah,memberi nasihat,menulis dan lain-lain lagi.

Inilah kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah Abdul Rahman Mohamed, guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangkan kebenaran walaupun pahit untuk menempuhinya.

BUKU : TRAVELOG SEORANG DA’I
JUDUL : TRAVELOG SEORANG DA’I
PENGARANG : ABDUL RAHMAN MOHAMED
PENERBIT :TELAGA BIRU SDN BHD
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :277
RATING :5/5

BUKU Panduan Memilih Ikan Segar PENGARANG Hamdan Jaafar PENERBIT Dewan Bahasa Dan Pustaka 2012

BUKU Panduan Memilih Ikan Segar PENGARANG Hamdan Jaafar PENERBIT Dewan Bahasa Dan Pustaka 2012

NO. PEROLEHAN: DBER 05434
CALL NO. : R 597.0959 HAM
ISBN: 978-983-46-0551-3
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: SAINS HAIWAN

ULASAN:
Sekiranya kita pengemar ikan yang  bukan dari keluarga nelayan dan  tinggal di kawasan bandar, kita tiada pengetahuan kepada ikan yang segar. Buku panduan memilih ikan  ini dapat membantu pengguna dan pengemar ikan dalam memilih ikan yang segar

Selalunya pengguna memilih ikan berdasarkan deria rasa pembeli seperti sifat fizikal ikan sahaja.

Buku ini menceritakan secara terperinci bahagian ikan yang segar seperti permukaan badan, mata, insang dan keratin otot dalam menilai tahap kesegaran ikan.

Gambar dan keterangan bagi species ikan juga diterangkan secara terperinci dalam mengenali kepelbagaian ikan yang menjadi kegemaran rakyat malaysia.

BUKU: PANDUAN MEMILIH IKAN SEGAR
PENGARANG: HAMDAN JAAFAR
PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM 44.00
MUKA SURAT: 186
RATING: 5/5

Ulasan oleh:
KPD Bera

Monday, November 13, 2017

BUKU Islam Yang Tercalar PENGARANG Safrihadi PENERBIT Must Read Sdn Bhd

BUKU Islam Tercalar PENGARANG Safrihadi PENERBIT Must Read Sdn Bhd

Jika dikaji tentang sejarah Islam jelas bahawa Islam adalah empayar yang besar di dunia,kini berpecah belah sejak kejatuhan nya pada zaman Empayar Turki Utsmaniah.Ini adalah berpunca daripada kelemahan umat Islam itu sendiri dan membawa kepada penjajahan Barat ,umat Islam mulai diserang dari segenap  penjuru.Pendidikan Umat Islam dicorakkan mengikut acuan Barat.Dasar sekularisme diperjuangkan sehingga  ke hari ini tidak ada Negara Islam yang memiliki Islam yang tulen.
Antara punca kelemahan umat Islam adalah kerana jiwa umat yang lemah,ukhwah yang longgar,pemimpin yang rosak,tidak mengenali musuh Islam dan kepimpinan ulama  dan institusi islam yang lemah.Faktor ini menyebabkan Negara Islam hancur .Mengapakah umat islam mengikut cara hidup barat?Seperti kata pepatah “sesat dihujung jalan kembali ke pangkal jalan”.Umat Islam harus kembali semula memiliki ciri ciri zaman ketuanan Islam dimana pembangunan insaniah yang indah,iman yang kuat serta akhlak yang hebat.

‘Bersatu itu rahmat dan berpecah itu azab’Langkah pertama untuk bersatu itu, kenali musuh secara lahir dan batin. Insya Allah Islam pasti gemilang semula.Generasi baru  Islam hari ini mesti dizahirkan dengan keperibadian yang teguh,komited serta cintakan agama.Di tangan merekalah nasib Islam dipertaruhkan untuk menyemarakkan Islam di puncak kegemilangan.

Pengarang  :             Safrihadi, 1961
Penerbit: Must Read Sdn .Bhd.
Harga: RM19.20
Mukasurat: 242 ms
No.Perolehan: 14-004913
No.Panggilan: 297.272
No.ISBN: 978-967-0716-20-6

Disediakan Oleh:
Zaliha Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
PD Leban Chondong

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Monday, November 6, 2017

Buku: Dunia Penuh Wang PENGARANG Razzi Armansur PENERBIT PTS Pulishing House 2008

Buku Dunia Penuh Wang PENGARANG Razzi Armansur PENERBIT PTS Pulishing House 2008

No Perolehan: DCAM 21300
ISBN: 978-983-3586-40-0
Kategori: 330.16

Ringkasan/ Ulasan: Dunia Penuh Wang
Mudahkah hendak mendapatkan wang yang tersedia? Lebih mudah daripada mencari perkara yang belum tentu. Anda hanya mendapatkan apa yang tersedia. Sesungguh-nya anda tidak perlu bersusah payah mencari perkara yang tidak pasti. Anda mendapatkan perkara yang pasti iaitu wang yang tersedia di sekeliling anda.Sekali lagi, mudahkah mendapatkan wang yang pasti berada di sekeliling anda itu? Jawapannya anda tahu tidak ada perkara mudah di dunia ini. Mudah di sini bukan ber-makna anda duduk-duduk dan wang datang ke sisi anda. Apabila mendapatkan wang adalah mudah tentulah tidak ada orang miskin di dunia ini. Tentu anda tidak terdengar orang yang keluh-kesah kerana wang.

Judul: Dunia Penuh Wang
Pengarang: Razzi Armansur
Penerbit: PTS Pulishing House
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 13.60
Muka surat: 146
Rating: 5

Disediakan oleh
Muhammad Helmi bin Ahmad Sarudin
Disemak Oleh
Rosniza bt Elias