[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok []

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Friday, December 29, 2017

BUKU Anak Adalah Anugerah Pengarang Saat Sulaiman Penerbit Utusan Publications 2008

BUKU Anak Adalah Anugerah Pengarang Saat Sulaiman Penerbit  Utusan Publications 2008
No Perolehan: DCAM 22358
ISBN: 978-967-61-2139-8
Kategori: 641.9
Ringkasan/ Ulasan: Anak Adalah Anugerah

Anak adalah Anugerah yang amat beharga dabn begitu bernilai.ibu bapa perlu memahami pelbagai pengetahuan yang bersangkut paut dengan diri anak-anak. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sebagai panduan dan jalan menjadikan anak manusia yang mempunyai ilu pengetahuan.Anak juga merupankan penyambung Zuriat dan keterunan .ibu bapa juga perlu mendidik merekadengan keimanan daan ketakwaan agar anak menjadi manusia yg berguna di dunia dan akhirat.?Buku ini sangat baik utuk semua golongan tidak mengiira bangsa dan Agama

Judul: Anak Adalah Anugerah
Pengarang: Saat Sulaiman
Penerbit: utusan Publications
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 12.80
Muka surat: 177
Rating: 5

Disediakan oleh Disemak Oleh
Muhammad Helmi bin Ahmad Sarudin Rosniza bt Elias

Thursday, December 28, 2017

BUKU Best Of Lantzen Penerbit Ana Muslim 2017

BUKU Best Of Lantzen Penerbit Ana Muslim 2017

No Perolehan: 17 - 000270
ISBN: 978-967-449-374-5
Kategori: FM BES
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini memiliki beberapa kisah dan siri yang diceritakan dalam bentuk komik superhero. Watak superhero Satria Bulan Bintang adalah satu watak superhero yang bukan sahaja kuat, tetapi beriman dan tidak tinggal sembahyang.                                           
Penulis buku ini bukan sahaja menulis berkenaan superhero tetapi juga menyelitkan kisah-kisah teladan yang amat mudah untuk difahami terutama untuk kanak-kanak bagi dijadikan teladan.

Judul: Best of Lantzen
Pengarang: -
Penerbit: Ana Muslim Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM15.90
Muka surat: 128
Rating: 4
Ulasan oleh: Norjuliana Abdullah, PD Jenderak Loop

Tuesday, December 26, 2017

BUKU Polong PENGARANG Yaya Malieya PENERBIT Cute Publication 2017

BUKU Polong PENGARANG Yaya Malieya PENERBIT Cute Publication 2017

PAD BENTONG – Bil. 1/2018
No. Perolehan: DBEN 000311
Call No: F YAY
ISBN: 978-967-2069-05-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Novel Seram

Ulasan: Buku novel seram ini adalah kisah benar yang berlaku pada
tahun 1986 di Kampung Pagar Sasak di Kuala Lipis Pahang. Buku Ini mengisahkan pengamal ilmu hitam yang mana watak Aki Anjang yang ada belaan untuk tujuan perubatan namun apabila Aki Anjang sudah meningkat usia dan tidak berdaya. Belaan Aki Anjang telah mengacau penduduk di kampung. Betulah kata orang, jika iman lemah dalam diri, manusia pula seolah-oleh memberi jalan kepada iblis untuk terus menganggu dan memberi kesesatan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Begitulah apa yang telah terjadi kepada Aki Anjang yang telah membuat perjanjian dengan syaitan. Oleh itu jika mahu tahu  dengan lebih lanjut apa yang berlaku kepada Aki Anjang marilah kita sama-sama membaca buku novel seram hasil penulis yang berbakat besar Yaya Malieya.

Judul: Polong
Pengarang: Yaya Malieya
Penerbit: CUTE Publication
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 25.00
Muka Surat: 203
RATING: 5/5

Disediakan Oleh: Norazmah Binti Abdul Rani
Pembantu Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Monday, December 25, 2017

BUKU 366 Kisah Rasulku Muhammad PENGARANG Ustaz Mohd. Zanzuri Husain PENERBIT Darul Mughni Trading 2017

BUKU 366 Kisah Rasulku Muhammad PENGARANG Ustaz Mohd. Zanzuri Husain PENERBIT Darul Mughni Trading 2017

No Perolehan: DTEM 000378
ISBN: 978-967-0880-60-0
Kategori: 297.63 MOH
Ringkasan/ Ulasan
Melihat kepada kulit buku 366 Kisah Rasulku Muhammad penuh daya penarik dan membuatkan saya ingin membacanya. Bila ia kisah berkaitan Rasulku Muhammad yang sentiasa dirindui, walaupun buku ini kelihatan seperti untuk bacaan kanak-kanak sahaja, tetapi bagi saya ia sangat baik untuk semua golongan. Apa salahnya kita menambah ilmu dengan bacaan untuk anak kecil.
Anda tidak akan jemu membacanya kerana anda akan menelusuri dan mengenali Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan Baginda. Kisah-kisah yang diceritakan  ringkas dan padat. Penceritaan oleh penulis ini mempunyai sumber rujukan yang sahih.
Buku ini dinobatkan Pemenang Anugerah Buku Negara 2017 (Buku kanak-kanak terbaik). Dapatkan segera buku ini dan anda pasti menyukainya.

Judul: 366 Kisah Rasulku Muhammad
Pengarang: Ustaz Mohd. Zanzuri Husain
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM49.90
Muka surat: 192
Rating: 5

Ulasan oleh:
Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Thursday, December 21, 2017

BUKU Fantastiknya Al Quran Pengarang Saniyasnain Khan Penerbit Darul Mughni Trading 2014

BUKU Fantastiknya Al Quran Pengarang Saniyasnain Khan Penerbit Darul Mughni Trading 2014
No Perolehan: 14-005111
ISBN: 978-967-0618-40-1
Kategori: 297.1222
Ringkasan/ Ulasan
Fantastiknya al Quran adalah buku kanak-kanak yang menyajikan berates-ratus fakta yang hebat dan menyentuh hati tentang orang, tempat dan perkara-perkara yang disebut di dalam Al Quran.
Buku ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang ingin tahu akan fakta-fakta disebalik cerita-cerita yang sangat bermanafaat dan bermesej yang berkaitan dengan keimanan.
Buku ini juga disertakan dengan gambar-gambar berwarna yang menarik dan menakjubkan dan ilustrasinya yang boleh  memikat hati para pembaca kanak-kanak.

Judul: Fantastiknya Al Quran
Pengarang: Saniyasnain Khan
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM32.90
Muka surat: 63
Rating: 1
Ulasan oleh: Norzini Majid, PD Kerdau

Wednesday, December 20, 2017

BUKU Kisah Seram KL Berhantu PENERBIT Synergy Media 2017

BUKU Kisah Seram KL Berhantu PENERBIT Synergy Media 2017

No Perolehan: 17 - 000300
ISBN: 978-967-44-4748-9
Kategori: 899.23 KIS
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan mengenai perasaan takut ataupun gerun terhadap sesuatu yang bekait rapat dengan minda seseorang. Kisah mengenai pengembaraan  gadis bernama Putri Jasmine dan rakan-rakannya dalam menghilangkan perasaan “Coulrophobia” atau fobia terhadap badut yang kebanyakkan orang menganggapnya lucu itu.
Di akhir cerita terdapat persoalan adakah Putri dapat menghilangkan perasaan takutnya itu terhadap badut yang seringkali memberi ketawa kepada kita terutama kanak-kanak.

Judul: Kisah Seram KL Berhantu
Pengarang: -
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM14.90
Muka surat: 127
Rating: 4

Ulasan oleh: Norjuliana Abdullah,
Perpustakaan Desa Jenderak Loop

Monday, December 18, 2017

BUKU Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu PENGARANG Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd. PENERBIT PTS Millennia

BUKU Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu PENGARANG Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd.  PENERBIT PTS Millennia

No Perolehan:07-13923
ISBN:983-3372-00-7
Kategori: 899.231
Ringkasan/ Ulasan
Buku Koleksi PantunUntuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu ini amat membantu bagi sesiapa yang ingin merancang majlis perkahwinan dan persandingan supaya majlis yang akan diadakan nanti menjadi seperti yang diidam-idamkan.
Pantun dan gurindam yang terdapat didalam buku ini meliputi untuk acara merisik, meminang, majlis pernikahan dan persandingan.Penulis juga menitipkan perkara apa yang perlu dan tidak seharusnya dilakukan semasa majlis sedang berlangsung.
Bagi pengacara majlis buku ini dapat membantu untuk dijadikan rujukan supaya majlis pernikahan dan persandingan menjadi indah dan sempurna. Bahan-bahan yang terdapat didalam buku ini adalah daripada tradisi bahasa Melayu klasik yang terkenal dengan kehalusan bahasanya.
Saranan saya tidak rugi kita memiliki buku ini sebagai koleksi tetapi boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan.

Pengarang:Prof. Abdullah Hassan, Aripin Said dan Ainon Mohd.
Penerbit: PTS Millennia
Harga: RM 21.20
Mukasurat: 257
Rating: -

Ulasan oleh:
Juwahi Md. Amin, PD Sanggang

Friday, December 15, 2017

BUKU Anakku Tak Suka Bohong Pengarang Dr M Fahd Ats Tsuwaini Penerbit Mumtanza 2015

BUKU Anakku Tak Suka Bohong Pengarang Dr M Fahd Ats Tsuwaini Penerbit Mumtanza 2015

No Perolehan: DCAM 08070
ISBN: 987-979-17444-5-4
Kategori: 297.495
Ringkasan/ Ulasan: Anakku Tak Suka Bohong

Mendidik, Bukan Hal Mudah. Kebahagiaan sepasang suami-istri terasa lengkap dengan kehadiran anak yang menentramkan hati di tengah-tengah mereka. Tapi, mendidik dan mengarahkannya ternyata tak semudah harapan. Ada beragam factor yang mempengaruhi mentalitasnya, sehingga muncul berbagai penyimpangan  ( di antaranya suka membangkang dan berbohong ). Sayangnya, orang tua cenderung menyalahkan dan menjadikan anak sebagai terdakwa tunggal jika ia menyimpang. Padahal, penyimpangan yang dilakukan anak sejatinya di pengaruhi oleh berbagai factor yang salah satunya adalah orang tua.

    Arahkan Anak Sekarang Juga! Buku ini layak menjadi pegangan semua orang tua. Bagi Anda orang tua yang tengah dipusingkan karena ulah anak yang suka membangkang dan berbohong, buku ini layak memandu Anda meluruskan dan mengarahkan anak. Sedangkan bagi Anda orang tua yang sedang bahagia lantaran anak Anda mudah diatur dan tidak suka bohong, buku ini juga layak membantu Anda mencegah pembangkangan dan kebohongan anak sendini mungkin. Sehingga, Anda berhak mengatakan,  Anakku tak suka membangkang, anakku tak suka bohong

Judul: Anakku Tak Suka Bohong

Pengarang: Dr. M.Fahd Ats-Tsuwaini
Penerbit: Mumtanza
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 14.00
Muka surat: 100
Rating: 5

Disediakan oleh
Muhammad Helmi bin Ahmad Sarudin
Disemak Oleh
Rosniza bt Elias

Thursday, December 14, 2017

BUKU Hajat untuk rawatan,pelindung dan doa Pengarang Muhd Abd Ghani Penerbit Darul Numan Sdn Bhd 1992

BUKU Hajat untuk rawatan,pelindung dan doa Pengarang Muhd Abd Ghani Penerbit Darul Numan Sdn Bhd 1992

Buku: Hajat untuk rawatan,pelindung dan doa
Pengarang: Muhd Abd.Ghani,Ustaz
No. perolehan:
No. panggilan: 297.122 MUH
ISBN: 983-9017-24-1
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama Islam

ULASAN

Buku ini menerangkan tentang berzikir,berdoa,beristighfar,membaca al-quran dan berselawat.Buku ini adalah amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk menyusikan diri agar mencapai kemanisan dan kesempurnaan iman dan islam.
Ia mengandungi Hajat 44 bahagian yang mana setiap satunya ada pelbagai khasiat,fadhilat dan keberkatan untuk member manfaat bagi setiap mukmin.
Kita sebagai manusia tidak sunyi dari membuat kesalahan kepada Allah swt oleh itu seharusnya kita bertaubat dan memohon ampun dari yang maha esa.
Akhirnya buku ini amat sesuai bagi semua golongan seterusnya dapat menyangkal segala penyakit di kalangan hati umat islam demi kemajuan dan keagongan sejagat.

Penerbit: Darul Numan Sdn Bhd
Tahun terbit: 1992
Harga: RM16.00
Mukasurat : 366 Helaian

Ulasan : Saudin Bin Kassim @ Abdul Rahman
Perpustakaan Komuniti UTC Pahang

BUKU Ensiklopedia HERBA kegunaan dan Khasiat perubatan tradisi PENGARANG Maznah Ismail PENERBIT Anzagain

BUKU Ensiklopedia HERBA kegunaan dan Khasiat perubatan tradisi PENGARANG Maznah Ismail PENERBIT Anzagain 2007

Buku: Ensiklopedia HERBA kegunaan & Khasiat perubatan tradisi
Pengarang: Maznah Ismail
No. perolehan:
No. panggilan: 615.3203 MAZ
ISBN: 978-983-037-217-4
Bahasa: Melayu
Kategori: Farmakologi dan ilmu perubatan

ULASAN

Buku ini menerangkan tentang penggunaan herba dalam perubatan harian.Herba ini terbahagi kepada beberape bahagian sama ada daun,buah,pucuk,batang akar dan putik.Penggunaan herba telah bermula seawall 3500 sebelum masihi.Penggunaan herba dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dalam bentuk rempah (buah pala,buah pelage) dan bukan rempah ( akar ginseng,daun gelenggang dan daun nilam).
Malaysia adalah Negara yang kaya dengan sumber asli herba.Lebih 6000 spesis herba dikenalpasti memiliki unsure perubatan.Namun,hanya 1230 spesis sahaja yang digunakan dalam perubatan tradisi Melayu,Cina dan India.
Buku ini diharapkan dapat membantu menjadikan sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang cintakan perubatan,ia amat sesuai untuk generasi muda yang mahukan ilmu pengetahuan.

Penerbit: Anzagain Sdn Bhd
Tahun terbit: 2007
Harga: RM
Mukasurat : 141 Helaian
Ulasan : Saudin Bin Kassim @ Abdul Rahman
Perpustakaan Komuniti UTC Pahang

Wednesday, December 13, 2017

BUKU kanser payudara teman ke akhir hayat PENGARANG Hasanah Che Ismail PENERBIT Dewan Bahasa 2011

BUKU kanser payudara teman ke akhir hayat PENGARANG Hasanah Che Ismail PENERBIT Dewan Bahasa 2011

No Perolehan: 12-001965
ISBN: 978-983-46-0969-6
Kategori: 616-99499
Ringkasan/ Ulasan
            Buku yang bertajuk Kanser Payudara & Teman ke Akhir Hayat ini adalah pengalaman penulis buku ini sendiri. Beliau menggarapkan segala kisah hidupnya berjuang melawan kesakitan yang terpaksa diharunginya demi untuk terus hidup dan bernafas walaupun adakalanya beliau tewas ketika perjuangan belum selesai.
Kita juga sudah sedia maklum bahawa kanser payudara merupakan pembunuh  utama kepada wanita  tidak mengira bangsa, usia, miskin atau kaya, berjawatan tinggi atau sebaliknya.
Buku ini sangat bermaklumat untuk member panduan kepada pembaca tentang perawatan demi untuk mengembalikan kesihatan yang menyeluruh.
.
Judul: Kanser Payudara & Teman ke Akhir Hayat
Pengarang:  Hasanah Che Ismail
Penerbit:  Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun Terbit:  2011
Harga: RM30.00
Muka surat: 320
Rating: 4

Ulasan oleh: Norzini Majid,
Perpustakaan Desa Kerdau

BUKU Pelaburan Hartanan PENGARANG Saufi Karim PENERBIT JOOTAWAN BOOK 2013

BUKU Pelaburan Hartanan PENGARANG Saufi Karim PENERBIT JOOTAWAN BOOK 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 07024
CALL NO. : 332.6324
ISBN :978-967-11866-0-2
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : EKONOMI
ULASAN:

Buku ini membicarakan panduan-panduan dan persediaan awal dalam mendapatkan hartanah kepada seseorang yang inginkan maklumat tentang potensi,tip dan teknik pelaburan hartanah.Pembaca juga akan didedahkan dengan cara-cara berurusan dengan betul untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada pihak bank berdasarkan pengalaman oleh penulis.Terdapat topik-topik penting dan menjadi tumpuan adalah seperti berikut:

1) Tip membeli rumah bagi mereka yang gajinya cukup-cukup makan
            2)   Rahsia mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman daripada           
                  pihak bank
            3)   Membina aset daripada liabiliti
4) Mengukur tahap kewangan sebelum membeli hartanah

JUDUL : PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL
PENGARANG : SAUFI KARIM
PENERBIT : JOOTAWAN BOOK SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM35.92
MUKA SURAT :179
RATING :4/5

Tuesday, December 12, 2017

BUKU Mengatasi Masalah Penghadaman dengan Jus Buah Buahan PENGARANG Dr AP Bangun PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Mengatasi  Masalah Penghadaman dengan Jus Buah Buahan PENGARANG Dr AP Bangun PENERBIT  Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  MENGATASI MASALAH PENGHADAMAN DENGAN JUS BUAH-BUAHAN.
NO PEROLEHAN : 09-000498
NOMBOR PANGGILAN :  616.3 BAN
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN


Ulasan:  Buku ini menerangkan tentang cara mengatasi masalah penghadaman dengan menggunakan jus buah-buahan. Faktor penyebab terjadinya gangguan sistem pencernaan dalan tubuh badan kita. Terdapat banyak jenis buah-buahan di pasaran yang boleh dijadikan jus bagi membantu mengatasi masalah penghadaman. Ia dijadikan bahanpenyahtoksifikasi dalam tubuh kita. Buku ini banyak menerangkan cara penyedian dan khasiat-khasiat yang ada di dalam buah-buahan yang di jadikan jus untuk kesihatan badan selain pemakanan seimbang untuk tubuh badan.

 PENGARANG:  DR. AP. BANGUN, MHA
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  65

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Friday, December 8, 2017

BUKU Dislokasi Jiwa Pengarang Syikin Zauzi Penerbit Buku Pojok PLT

BUKU Dislokasi Jiwa Pengarang Syikin Zauzi Penerbit Buku Pojok PLT

No Perolehan: DTEM 001286/17
ISBN: 978-967-2018-08-7
Kategori: F SYI
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai kisah silam yang tragis. Dia telah didera oleh ibunya dan telah menjadi mangsa liwat bapanya sendiri. Buku ini mengupas tentang isu pedofilia iaitu keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Penyampaian buku ini secara santai dan ringan dengan memaparkan jalan cerita yang mudah difahami oleh pembaca. Namun begitu, terdapat banyak persoalan yang akan bermain di dalam minda pembaca sepanjang membaca naskah ini sehinggalah penulis merungkai dan menjelaskan kisah sebenar di akhir cerita. Selain itu, penulis juga banyak memaparkan tentang permasalahan mengenai kes penderaan kanak-kanak, dan masalah pedofilia yang sangat membimbangkan.
Antara aspek menarik di dalam buku ini ialah penulis menerangkan tentang Akta Kanak-Kanak 2001 dan menerangkan tentang cara-cara untuk melaporkan kes pedofilia, kes penderaan kanak-kanak dan kes pembuangan bayi.

Judul: Dislokasi Jiwa
Pengarang: Syikin Zauzi
Penerbit: Buku Pojok PLT
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 20.00
Muka surat: 159
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Nur Shakinah binti Md Padil,
Pelajar Praktikal UiTM
PAD Temerloh

Thursday, December 7, 2017

Buku: Pesonanya SABAR Pengarang Adil Akhyar

Buku: Siri Bimbingan Jiwa Pesonanya SABAR Pengarang Adil Akhyar

Buku: Pesonanya SABAR
Pengarang: Adil Akhyar
No. perolehan:
No. panggilan: 297.5699 ADI
ISBN: 983-046-407-5
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama Islam

ULASAN
Buku ini menerangkan tentang kebasaran ,ia adalah satu akhlak yang mulia dan juga merupakan pegangan bagi setiap individu mukmin.Orang yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang,tenteram,mampu menahan diri dari bencana dan ujian serta mempunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam semua keadaan ia mengandungi pelbagai informasi dan segala maklumat tentang SABAR.
Menurut kamus Dewan,perkataan sabar mempunyai dua erti,Pertama sanggup menahan penderitaan dan kedua tidak terburu-buru.
Kesabaran akan lahir dalam diri seseorang rasa ikhlas,keikhlasan akan menimbulkan rasa minat yang mendalam dan sikap tekun melakukan sesuatu sehingga Berjaya.
Ketakwaan kepada Allah swt menuntut kita bersifat sabar dan mengamalkannya sepanjang masa kerana manusia tidak akan menjadi seseorang yang bertakwa.
Sabar sebagai penahan nafsu dalam konteks amalan hati yang dipengaruhi oleh gelora,gempar hati,ransangan yang menimbulkan rasa marah atau putus asa.
Justeru itu,jika kita tidak redha dan SABAR,sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang melakukan kesalahan ,kita yang merasa susah hati.Sepatutnya itulah perkara yang membolehkan kita masuk dalam syurga dan menjadikan kita sabar dan redha.

Wednesday, December 6, 2017

BUKU Didik Anak Jadi Usahawan PENGARANG Siti Faaizah Ismail PENERBIT PTS Professional Publishing 2009

BUKU Didik Anak Jadi Usahawan PENGARANG Siti Faaizah Ismail PENERBIT PTS Professional Publishing 2009

ISBN : 978-983-3585-62-5
Call No : 338.04 SIT
Harga : RM 12.80
Penulis : SITI FAAIZAH ISMAIL
Tahun Diterbitkan : 2009
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Bahasa : Melayu

“Didik Anak Jadi Usahawan” adalah sebuah buku berkenaan strategi mendidik anak menjadi usahawan sejak dari kecil.Ia juga mengajar anak-anak bagaimana untuk mendapatkan kebebasan kewangan.Mencari rezeki dengan titik peluh mereka sendiri menjadikan anak-anak lebih menghargai apa yang diperolehi.Sebanyak mana pun harta yang diwarisi,tidak bermakna apabila seseorang itu tidak bijak mengendalikannya.Pentingnya etika murni dan aspek spiritual yang perlu dididik dalam diri anak-anak supaya mereka menjadi usahawan yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga.

Ulasan oleh
SUZILAWANA BINTI JAMALUDIN
PD BENTA

BUKU Dream and Pray PENGARANG Arif Rahman Lubis PENERBIT Green Dome Publication

BUKU Dream and Pray PENGARANG Arif Rahman Lubis PENERBIT Green Dome Publication

No Perolehan: ESAN 000386
ISBN: 978-967-0728-17-9
Kategori: 297.57
Ringkasan/ Ulasan
Buku Dream & Pray ini merupakan sebuah buku yang padat serta sarat dengan nasihat dan panduan yang sangat berguna untuk kita amalkan didalam kehidupan seharian kita.
Buku ini sesuai dijadikan panduan buat insan yang gelisah hatinya, buat mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit, para muslimah yang mendambakan seorang imam yang berakhlak mulia, umat Islam yang berusaha menyempurnakan agamanya, buat suami istari yang belum dikurniakan cahaya mata penyeri kehidupan, para pekerja yang berkerja bagi mencari keberkatan dalam rezeki yang diperolehi, buat anak-anak yang ingin berbakti kepada kedua ibubapanya, bagi sesiapa yang  ingin berbuat perkara terbaik sesame manusia serta buat pelajar yang meniti pencarian ilmu agar semakin baik amalnya semakin cerah masa depannya.Bacalah buku ini dan amalkan.

Didalam buku ini juga disertakan doa-doa pilihan yang boleh kita amalkan didalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya apa yang terkandung didalam buku ini mengajak kita supaya selalu ingat bahawa Allah adalah segala-galanya. Mohonlah KepadaNya keranahanya Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.

Judul: Dream & Pray
Pengarang:Arif Rahman Lubis.
Penerbit: Green Dome Publication Sdn. Bhd.
Harga: RM 25.00
Mukasurat:193
Rating: 4

Ulasan oleh: Juwahi Md Amin,
Perpustakaan Desa Siber Sanggang

Tuesday, December 5, 2017

BUKU Khasiat dan Manafaat Peria PENGARANG DR TATI SS Subahar PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Khasiat dan Manafaat Peria PENGARANG DR TATI SS  Subahar PENERBIT Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  KHASIAT DAN MANFAAT PERIA
NO PEROLEHAN : 09-000885
NOMBOR PANGGILAN :  582.12 TAT
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN

Ulasan:  Peria adalah diantara tumbuhan herba yang dijadikan sebagai alternative dalam perubatan. Peria rasanya pahit tetapi mempunyai khasiat dalam perubatan. Diantaranya peria boleh merawat  penyakit buasir, batuk, bisul yang bengkak atau meradang dan lain-lain penyakit dalam tubuh badan. Buku ini juga menerangkan cara penanaman dan penjagaan buah peria , jenis-jenis peria yang ada dan disertakan juga resepi menggunakan peria dalam mengatasi penyakit.

PENGARANG:  DR. TATI S. S. SUBAHAR
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  63

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Monday, December 4, 2017

BUKU Data Nutrien Sayuran dan Khasiatnya PENGARANG Nurul Asyikin PENERBIT SAM Synergy Media 2013

BUKU Data Nutrien Sayuran dan Khasiatnya PENGARANG Nurul Asyikin PENERBIT SAM Synergy Media 2013

No Perolehan: 14-004825
ISBN: 978—967-047-51-7
Kategori: 641.35
Ringkasan/ Ulasan

Buku yang bertajuk Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya adalah berkenaan dengan kesan positif dan negatif mengambil sayur-sayuran dalam hidangan  terhadap penyakit yang dihidapi oleh pesakit.  Kita semua tahu bahawa sayur-sayuran adalah baik untuk dimakan. Tanggapan umum bahawa memakan sayur-sayuran tidak akan menimbulkan sebarang kesan negative.

Namun begitu situasi ini adalah berbeza bagi yang menghidapi penyakit,
Jadi buku ini menjelaskan tentang kebaikan, kesan dan kemudaratan sesuatu sayur-sayuran terhadap penyakit mereka
.
Judul: Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya
Pengarang: Nurul Asyikin
Penerbit:  SAM Synergy Media Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM39.90
Muka surat: 336
Rating: 3

Ulasan oleh:
Norzini Majid, PD Kerdau

BUKU Gitar melayu klasik siri 1 PENGARANG Rafi PENERBIT Utusan 2013

BUKU Gitar melayu klasik siri 1 PENGARANG Rafi PENERBIT Utusan 2013

No Perolehan: 13 - 003926
ISBN: 978-967-61-2639-9
Kategori: 787.87193 RAF
Ringkasan/ Ulasan
Buku dalam edisi pertama ini mengandungi banyak himpunan lagu patriotik, rakyat, Melayu Asli, dan popular semasa dengan tujuan yang sangat sesuai untuk persembahan awam, rakaman dan juga digunakan untuk peperiksaan di mana-mana peringkat sekolah persendirian (swasta), sekolah bantuan kerajaan, kolej muzik mahupun universiti yang menyediakan rancangan mengajar gitar.

Dengan model dan pendekatan gitar yang boleh diguna pakai oleh pemain professional, pelajar dan semua pembaca. Penulis juga mengharapkan sedikit sebanyak buku ini boleh memberikan satu bentuk hiburan baharu kepada setiap rakyat umum di Malaysia dan Nusantara. Dengan cara memberi gambaran bahawa gabungan klasik Barat dengan adunan lagu Tradisional Melayu, supaya perjalanan seni dan budaya Melayu ini akan melebar dan pergi jauh ke luar Negara.

Judul: Gitar Melayu Klasik Siri 1
Pengarang: Rafi SUHU
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM12.80
Muka surat: 28
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah, PD Jenderak Loop

Friday, December 1, 2017

BUKU Mari Kita Berbahasa Pengarang Hj Muhammed Salehudin Aman Penerbit Citra Kurnia Enterprise

BUKU Mari Kita Berbahasa Pengarang Hj Muhammed Salehudin Aman Penerbit Citra Kurnia Enterprise

No Perolehan:ESAN 002660
ISBN:978-967-5378-07-2
Kategori:499.2386
Ringkasan/ Ulasan
Buku Mari Kita Berbahasa ini adalah sebuah buku yang amat bagu suntuk dijadikan rujukan terutama buat pelajar-pelajar sekolah dan sesiapa sahaja bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik.
Kandungan didalam buku ini menerangkan secara terperinci cara-cara penggunaan bahasa yang betul. Setiap topik yang ada didalam buku ini dikupas secara terperinci tetapi didalam bentuk yang amat mudah difahami.
Topik-topik yang terdapat didalam buku ini merupakan soalan-soalan yang sering diajukan kepada pengarang buku ini iaitu Tuan Haji Muhammed Salehudin Aman, beliau seorang yang aktif mengendalikan kursus bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura dan tidak hairanlah buku ini telah diulang cetak sebanyak tiga kali.
Saranan saya tidak rugi kita memiliki buku ini sebagai koleksi tetapi boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan.

Judul: Mari Kita Berbahasa
Pengarang:Hj. Muhammed Salehudin Aman.
Penerbit: Citra Kurnia Enterprise
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 169
Rating: -
Ulasan oleh: Juwahi Md Amin, PD Sanggang