Wednesday, February 28, 2018

BUKU Asas Pengurusan Inap Desa DBP 2017

BUKU Asas Pengurusan Inap Desa DBP 2017

No Perolehan: 17 - 000891
ISBN: 978-983-46-1982-4
Kategori: 330.9595 ASA

Ulasan
Buku Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh mereka yang ingin menceburi industri atau program inap desa. Buku ini member pendedahan awal kepada para pembaca tentang cara pengendalian dan operasi harian inap desa.
Contohnya seperti cara menerima dan menyambut tetamu, agihan bilik dan rumah, pengemasan, reka bentuk dan susun atur. Selain itu juga, pengendalian dan operasi perancangan menu serta aktiviti yang boleh dijalankan kepada tetamu. Buku ini juga mengangkat nilai pengurusan dan ekonomi industri inap desa terutama sektor pelancongan negara.

Judul: Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia
Pengarang: -
Penerbit: DBP
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM40.00
Muka surat: 195
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Tuesday, February 27, 2018

Buku PERSONAL POWER Penulis DR IBRAHIM ELFIKY Penerbit INTEAM 2016

Buku PERSONAL POWER Penulis DR IBRAHIM ELFIKY Penerbit INTEAM 2016
No Perolehan: 17clan000492
ISBN  9789670326689 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ulasan
Persespi anda terhadap diri sendiri akan berubah sebaik sahaja selesai membaca buku ini.Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihannya yang tersendiri.Ternyata anda lebih hebat dari yang anda bayangkan.

Dr. Ibrahim Elfiky mengajak anda mengeluarkan dan mengilap potensi diri yang sekian lama terkurung di dalam diri.

7 rahsia yang didedahkan di dalam buku ini adalah :
•Kekuatan Kesedaran
•Kekuatan Tujuan
•Kekuatan Keyakinan
•Kekuatan Cinta
•Kekuatan Energi Positif
•Kekuatan Konsentrasi
•Kekuatan Keputusan

Semoga anda dapat keluar dari kepompong kesedihan dan kegagalan.
Anda hebat dan anda boleh Berjaya

Judul  : PERSONAL POWER
Pengarang: DR. IBRAHIM ELFIKY
Penerbit: .INTEAM PUBLISHING SDN BHD
Tahun terbitan:      2016     
Harga: 25.00
Mukasurat:    310ms     
Rating:

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Senarai Pelajar Praktikal 2018

Berikut adalah pelajar yang menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang:

1. Cik Nurain binti Mat Yaman
29 Januari hingga 9 Mac 2018.
Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

2. Cik Rabiatul Najwa binti Mohamad Yusmi
29 Januari hingga 9 Mac 2018.
Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

3. Encik Muhammad Zharfan b Mohd Zaki
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

4. Cik Nur Sakinan binti Ab Hamid
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

5. Cik Badiah binti Bahrum
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

6. Encik Muhammad Nur Adden b Khairi
5 Februari 2018 hingga 25 Mei 2018.
Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat

Monday, February 26, 2018

BUKU Spy Vs Hero PENULIS Irdina Adha PENERBIT Synergy Media

BUKU Spy Vs Hero PENULIS Irdina Adha PENERBIT Synergy Media

No Perolehan: 17-000284
ISBN: 9789 674 447 892
Kategori: FM

Ulasan
Buku yang bertajuk SPY VS HERO ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan amatlah sesuai untuk bacaan golongan remaja dan kanak-kanak.di mana buku ini mengajak golongan ini supaya berdikari dan berfikir untuk masa depan.

Di samping itu buku in juga mempunyai nilai-nilai murni dan mesej yang sangat baik dan berguna untuk para pelajar dalam menghadapi situasi pembelajaran dan persekitaran yang semakin mencabar
.
Judul: Spy Vs Hero
Pengarang:  Irdina Adha
Penerbit:  Synergy Media Sdn Bhd
Tahun Terbit:  -
Harga: RM15.90
Muka surat: 320
Rating: 3
Ulasan oleh: Norzini Majid, PD Kerdau

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Sunday, February 25, 2018

BUKU Panduan senaman untuk kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT DBP 2017

ULASAN BUKU JANUARI 2018
BUKU Panduan Senaman Untuk Kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT DBP 2017

No Perolehan :ELUI000843
ISBN:978-983-49-1354-0
Kategori: Bahasa Melayu

Ulasan:
Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca tentang amalan penjagaan kesihatan melalui senaman. Dewasa ini masyarakat mula  menyedari hakikat penjagaan kesihatan.

Masyarakat hari ini mementingkan aktiviti fizikal untuk penjagaan diri. Amalan gaya hidup sihat yang menekankan aktiviti fizikal secara berterusan dapat menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh.

Kepentingan senaman sering diperakui dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ianya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal,bahklan mental, sosial, emosi serta rohani.

Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini menyediakan panduan tentang kaedah memulakan sesi senaman untuk mengelakkan kecederaan. Selain itu, panduan juga disediakan bagi jenis senaman yang menggunakan peralatan yang mudahdidapati seperti getah jalur rintangan.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti fizikal dan menambah pengetahuan. Panduan Senaman Untuk Kesihatan ini juga harus dibaca untuk mengelakkan sebarang kecederaan ketika melakukan senaman.

Dengan panduan yang diketengahkan dalam buku ini, penulisnya mengharapkan agar buku ini dapat mencetus dan mengubah minat masyarakat terhadap penjagaan kesihatan. Juga dapat membudayakan aktiviti senaman dan sukan dalam kehidupan harian.

Judul: Panduan Senaman Untuk Kesihatan
Pengarang: Hairul Anuar Hashim
Penerbit: DBP
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 22.00
Mukasurat: 138
Rating:

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit PAD Maran

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Saturday, February 24, 2018

Buku Mengusir Debar di Pentas PENULIS Norsalawati Mohd Jaya PENERBIT Institut Terjemahan 2016

ULASAN BUKU JANUARI 2018
Buku Mengusir Debar di Pentas PENULIS Norsalawati Mohd Jaya PENERBIT Institut Terjemahan 2016

No Perolehan :  DMAR 17-001975
ISBN: 978-967-460-286-4
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ringkasan:
Buku Mengusir Debar di Pentas tulisan Norsalawati Mohd Jaya ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan teks ucapan, pengumuman dan juruacara majlis sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh penyediaan bahan ucapan majlis-majlis rasmi.

Cara untuk mengelakkan sebarang kesalahan ucapan dan mengusir rasa debar dihati, persediaan yang baik harus dilakukan agar ucapan kita tidak kekok dan majlis yang dikendalikan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Buku ini juga dapat membantu kita agar sentiasa bersedia dan ditak gentar apabila dipilih untuk berada di atas pentas sebagai juruacara, perasmi majlis mahupun  untuk memberi pengumuman.

Judul: Mengusir Debar di Pentas
Pengarang: Norsalawati Mohd Jaya
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Tahun Terbit: 2016
Harga: Rm 25.00
Muka surat: 146
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Ruzimah Binti Muhamad Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran PAD Maran

Friday, February 23, 2018

BUKU Firaun dan Mereka Yang Berpaling PENGARANG Syed Mahadzir Syed Ibrahim PENERBIT Green Dome 2017

BUKU Firaun dan Mereka Yang Berpaling PENGARANG Syed Mahadzir Syed Ibrahim PENERBIT Green Dome 2017

No Perolehan: DTEM 000689/17
ISBN: 9789670728223
Kategori: 932 SYE

Ulasan:
Firaun dan Mereka Yang Berpaling sebuah buku yang menceritakan mengenai sejarah mereka yang derhaka kepada Allah SWT pada zaman dahulu. Pelbagai kisah penderhakaan umat terdahulu diceritakan seperti Penderhakaan Kaum Saba’, Penderhakaan Kaum Nuh, Penderhakaan Kaum ‘Ad dan banyak lagi.

Kisah Firaun: “Menurut catatan sejarah, mayat firaun yang terdampar di pantai diketemui oleh orang-orang Mesir, lalu diawet hingga utuh sampai sekarang, sebagaimana dapat dilihat di Muzium Mesir.

Semoga dengan pembacaan buku ini dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran kepada kita agar tidak sesekali menderhaka kepada Allah SWT.

Firaun dan Mereka Yang Berpaling

Judul: Firaun dan Mereka Yang Berpaling
Pengarang: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Penerbit: Green Dome Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 26.00
Muka surat: 204
Rating: 4
Ulasan Oleh : Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Thursday, February 22, 2018

BUKU 52 Sebab Anak Lari Dari Rumah PENGARANG Azromihana Azmi PENERBIT Jahabersa

BUKU 52 Sebab Anak Lari Dari Rumah PENGARANG Azromihana Azmi PENERBIT Jahabersa

No Perolehan: ESAN 002642
ISBN: 978-967-308-014-4
Kategori: 306.8

Ringkasan/ Ulasan
Anak adalah amanah dari Allah, ibubapa adalah pencorak masa depan mereka.   di zaman yang serba moden dan canggih ini bukanlah satu tugas yang mudah. Anak-anak mudah terdedah kepada pengaruh yang tidaksihat melalui televisyen, internet yang mudah diakses melalui telefon pintar, majalah dan sebagainya.

Gangguan emosi dan faktor kepincangan persekitaran membuatkan anak-anak sering memberontak dan bertindak di luar batas kawalan dan ada yang bertindak lari dari rumah.yang mempunyai anak-anak yang Pemasalahan ini   yang secukupnya. Sikap ambil berat ibubapa membuatkan anak-anak merasa lebih selesa berkongsi permasalahan yang penting anak-anak merasa kewujudan insan yang sentiasa mengambil berat  .

Kepada ibubapa bacalah buku 52 Sebab Anak Lari Dari Rumah ini agar dapat kita jadikan panduan serta perhatian terhadap kepentingan emosi anak-anak sewaktu berinteraksi dengan mereka.

Judul: 52 Sebab Anak Lari Dari Rumah
Pengarang: Azromihana Azmi
Penerbit: Perniagaan Jahabersa
Harga: RM 15.00
Mukasurat: 189
Rating: 4

Ulasan oleh: Juwahi Md Amin, PD Sanggang

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Tuesday, February 20, 2018

BUKU The Misadventures Of Cik Reen dan En Ngok ngek PENULIS Maya Adira PENERBIT Kaseh Aries 2017

BUKU The Misadventures Of Cik Reen dan En Ngok ngek PENULIS Maya Adira PENERBIT Kaseh Aries 2017

NO. PEROLEHAN :DBER 17-000166
CALL NO. : F MAY
ISBN : 978-967-2035-12-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SASTERA

ULASAN:
Azreen seorang cikgu Tadika terpaksa berkahwin dengan Harris yang dipanggilnya Si Ngok Ngek demi menjaga maruah kedua belah keluarga disebabkan adiknya,Izyan  yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama adik kepada Harris iaitu Iqram telah menghilangkan diri secara tiba-tiba sehari sebelum majlis.

Selepas sahaja majlis perkahwinan dilansungkan, Azreen dan Harris tekad mencari kedua-dua adik mereka bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Harris tekad mahu melepaskan Azreen setelah menemui Izyan dan Iqram demi menyambung kasih bersama Zaza iaitu kekasih hatinya.

Sepanjang perjalanan mereka mencari Izyan dan Iqram pelbagai onak ranjau mereka terpaksa tempuhi bersama sehingga menimbulkan rasa cinta di hati Azreen terhadap Harris.

Harris pula semakin keliru dengan perasaannya sendiri samaada masih mengharapkan Zaza atau kekal bersama Azreen dan meneruskan ikatan perkahwinan mereka.

JUDUL : THE MISADVENTURES OF CIK REEN & EN. NGOK NGEK
PENGARANG : MAYA ADIRA
PENERBIT : KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD
TAHUN TERBIT :2017
HARGA :RM29.00
MUKA SURAT :502
RATING :4/5

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Pustaka Al Ehsan 2017

ULASAN BUKU PAD BENTONG Bil. 2/2018
BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Pustaka Al Ehsan 2017

No. Perolehan : DBEN 000969
Call No : 297.23 / GHA
ISBN : 978-983-3764-77-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan
Buku ini banyak menceritakan tentang saat datangnya
sakaratul maut, saat itu apa yang perlu kita lakukan. Selain mengenai saat kematian, buku ini juga menceritakan tentang keadaan pada hari Kiamat, saat sangkakala ditiup, bagaimana keadaan kita pada masa itu, Padang Mahsyar serta tentang Syurga dan Neraka Allah.

Buku ini memang banyak meluaskan pengetahuan saya tentang rahmat Allah yang tidak boleh kita sangkalkan lagi. Semoga buku ini akan memberi pelajaran dan pengajaran kepada kita semua.

Dapatkan buku ini di perpustakaan yang berhampiran dengan anda.


Judul : Di Balik Tabir Kematian
Pengarang : Imam Al-Ghazali
Penerbit : Pustaka Al-Ehsan
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 39.90
Muka Surat : 364
RATING : 5/5

Disediakan Oleh
Yusniza Mohamad Arris
Pembantu Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

BUKU Till Jannah PENULIS Theya Nur PENERBIT Anaasa 2017

BUKU Till Jannah PENULIS Theya Nur PENERBIT Anaasa 2017

No Perolehan: CLAN 000140  ISBN 978-967-0870-35-9     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ulasan
Perkahwinannya di luar negara dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Atas sebab tertentu, Tengku Ashraf Furqan terpaksa kembali ke Malaysia selepas bertahun menyepi bersama anaknya, Farisya. Namun, kepulangannya bersama Farisya mengundang kemarahan seluruh kerabat Tengku Ali Saifuddin.

Demi memulihkan nama keluarga di mata masyarakat, Ashraf diberi kata dua, kahwin atau Farisya akan dihantar ke rumah kebajikan. Kerana tidak mahu kehilangan Farisya, Ashraf memilih untuk berkahwin. Takdir telah mempertemukan Ashraf dengan Quraisya tepat pada waktunya. Dan takdir juga menjodohkan mereka menjadi suami isteri apabila Farisya memilih Quraisya sebagai mama barunya.

“Now I know kenapa Risya betul-betul suka you. She can see your heart, Quraisya. I harap, you boleh sayang dia macam anak you sendiri.” – Tengku Ashraf Furqan

“You’re an amazing man. Sanggup berkorban demi anak. 7 tahun awak besarkan Risya seorang diri. Saya tahu tak mudah. Walaupun saya tak pasti hubungan sebenar awak dengan Risya, tapi saya pasti Risya bukan seperti yang disangka.” – Quraisya

Selepas dibuang keluarga, rumahtangga mereka baik-baik sahaja. Namun, segalanya berubah apabila Quraisya cuba menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus. Kehadiran Tengku Adrian menagih kemaafan dan kemunculan Ustaz Safwan menagih cinta yang tidak kesampaian memburukkan keadaan. Terbongkar pula kisah silam Quraisya menggoyahkan kekuatan mahligai cinta mereka.

“Everything is over. Farisya dah pergi.” – Tengku Ashraf Furqan
“Abang, saya minta maaf. Saya yang salah. Saya tak jaga Risya baik-baik.” – Quraisya
“I’m glad to hear that. And now, what you can do? Nothing.” – Tengku Ashraf Furqan

Apabila semua kesalahan dituding kepada Quraisya seorang, mampukah Quraisya bertahan? Kuatkah mahligai cinta yang asalnya terbina kerana Farisya selepas anak kecil itu dibawa pergi? Dapatkah kisah kasih sayang mereka sekeluarga bertahan hingga ke jannah?

Judul :   Till Jannah
Pengarang:.Theya Nur
Penerbit: Anaasa Publication
Tahun terbitan: 2017             
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 622ms 
Rating: 

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Buku KEKEJAMAN dan KEZALIMAN TERHADAP ISLAM oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Terbitan GREEN DOME 2016

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Terbitan GREEN DOME 2016

No. Perolehan:           DRAU 000699
No. Panggilan:           297.272 SYE
ISBN:           978-967-0728-18-6
Bahasa:           Melayu
Kategori:           Agama

Ulasan                        :
Perkembangan Islam bermula sejak Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul sekitar 1400 tahun lalu. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab yang dilantik telah meluaskan pengaruh dan empayar Islam hampir ke seluruh pelosok dunia.

Musuh Islam tidak senang akan situasi tersebut dan mereka bersatu untuk mengucar kacirkan serta menghancurkan Islam secara terang. Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Islam dunia, maruah umat Islam seakan tercalar.

Musuh Islam mengambil kesempatan akan kejatuhan Islam dan melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas umat Islam sehingga kini.

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM karya SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM telah mengupas secara terperinci akan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Islam di seluruh pelusuk dunia.

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM juga telah menyusun buku ini dan memperlihatkan kezaliman yang telah dilakukan terhadap Islam bermula dahulu sehingga ke hari ini. Bermula dengan kezaliman terhadap penduduk Islam Makkah sehinggalah kisah kezaliman yang dilakukan di Palestin dan Rohingya.

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM ini sesuai dibaca oleh mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa dunia Islam pelusuk dunia. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar kerana dewasa ini maruah Islam semakin tercalar.

Islam dianggap sebagai pengganas dan persepsi sedemikian perlu diubah kerana Islam merupakan Agama yang bersederhana dan cintakan kedamian.

Judul: KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM
Pengarang: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
Penerbit: GREEN DOME PUBLICATIONS SDN. BHD.
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 28.00

Ulasan oleh:
Mohamad Zafwan Hafizul bin Zainuddin
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

Buku JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS Penulis ZAINUDDIN AYIP Penerbit MMP Communications 2011

BULAN BACAAN : JANUARI 2018
Buku JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS Penulis ZAINUDDIN AYIP Penerbit MMP Communications 2011

A. JUDUL BUKU :JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS.
B. PENULIS :ZAINUDDIN AYIP.
C. TAHUN TERBITAN : 2011
D. PENERBIT BUKU :MMP Communications SdnBhd.
E. JUMLAH MUKA SURAT :148
F .HARGA :  RM 18.00.
G. NO PEROLEHAN :13/002793
H. NO PANGGILAN : 499.2386

ULASAN BUKU :
“ JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS “….Sebuah buku bagi menceritakan perlunya kita sebagai anak mentaati Ibubapa..IBU….Di dalam buku ini mengisahkan beberapa siri berkenaan bertapa perlu mentaati ibu dan dalam beberapa kisah ada menceritakan sekiranya seseorang itu melakukan keburukan terhadap ibu maka Allah membalasnya dengan keburukan. Di dalam berbagai siri yang diketengahkan adalah kisah benar yang terjadi di dalam dunia hari ini.

Buku ini juga telah member nasihat yang berguna kepada setiap insan yang bergelar anak pengarangnya juga member beberapa perkara yang perlu dibuat sebagai tanggungjawab seorang anak kepada ibu dan bapa. Perkara yang perlu kita ambil perhatian ialah buku ini member satu ayat Allah yang jelas berkaitan soal mentaati ibu dan bapa ayatnya yang berbunyi :

“ Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika seorang atau kedua-duanya, sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan“ Ahh, dan janganlah engkau menengking mereka .Tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah diri kepada mereka dan doakanlah untuk mereka..- Surah Al’, ayat 23-25.

Ulasan Oleh,
Muhamad Yusmi B Mohamed Yunus

Disemak Oleh.
Ahmad Aziddin B Ahmad

BUKU Buat Duit Dengan Restoran PENULIS Junaidah Hamdan PENERBIT PTS Professional 2009

ULASAN BUKU JANUARI2018
BUKU Buat Duit Dengan Restoran PENULIS Junaidah Hamdan PENERBIT PTS Professional 2009

No Perolehan : 09-00310
No Panggilan : 647.95 JUN
ISBN:9789675226274
Kategori: Dewasa

Ulasan:
Siri buat duit ini menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah dan cepat.Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Mengandungi panduan lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes.Diterangkan dengan format yang mudah difahami.Buat duit dengan restoran, antara pilihan restoran ialah restoran seafood,steakhouse,cafeteria,restoran etnik ataupun restoran 24jam.

Sekiranya kita tahu apa jenis restoran yang mahu dibuka,mulakan langkah dengan menyediakan maklumat asas yang lengkap kerana diperlukan bagi memulakan penyediaan makanan khasnya memulakan bisnes restoran.Juga Dimuatkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi melancarkan aktiviti membangunkan restoran,pengendalian operasi restoran,susun atur yang sesuai dan pengurusan pentadbiran.

Turut dikongsikan maklumat berkenaan sumber pinjaman bagi mengembangkan bisnes.Guna kreativiti dan cantumkan idea bagi menjadikannya bisnes restoran yang unik ciptaan sendiri.Apa yang penting,ikut kehendak pelanggan dan kita akan hasilkan duit daripadanya.

Judul: Buat Duit Dengan Restoran
Pengarang: Junaidah Hamdan
Penerbit:PTS Professional
Tahun Terbit: 2009
Harga:
Muka surat:
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah                                                    Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                         PAD Maran

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

BUKU A Guide To Salat Pengarang Moulvi Al Hafiz SA Seyed Ibrahim Al Bukhari MA 2016

BUKU A Guide To Salat Pengarang Moulvi Al Hafiz SA Seyed Ibrahim Al Bukhari MA 2016
No Perolehan: 17 - 000213
ISBN: 978-967-0618-09-8
Kategori: FI MOU
Ringkasan/ Ulasan
This book “ A Guide To Salat” provides a complete guide and specific reference for prayer which includes steps of a prefect wudhoo’, recitation in prayer, remembrance and dua after prayer as a guidance for kids and new Muslim brothers and sisters (mu’allaf).
Also this book aims to be an encyclopedia that is beneficial to readers. With colourful  illustration and steps in prayer are also inculed for clear understanding of the readers.
Nama Fail Cover Buku: A Guide To Salat.jpg

Judul: A Guide To Salat
Pengarang: Moulvi Al-Hafiz S.A. Seyed Ibrahim Al-Bukhari M.A.
Penerbit: Edukid Distributors Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM25.90
Muka surat: 96
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Monday, February 19, 2018

BUKU Berubah atau Kalah Penulis WAHID MAHDI Penerbit SYNERGYMEDIA 2009

BUKU Berubah atau Kalah Penulis WAHID MAHDI Penerbit SYNERGYMEDIA 2009

ISBN : 978-967-371-338-7
Call No : 158.1 WAH
Harga : RM 13.52
Penulis : WAHID MAHDI
Tahun Diterbitkan : 2009
Penerbit : SYNERGYMEDIA
Bahasa : Melayu

“Berubah atau Kalah” adalah sebuah buku yang membantu kita memberi petunjuk untuk melakukan proses perubahan kepada diri,keluarga dan bangsa.

Buku ini dapat membantu proses perubahan yang menyenangkan serta dilalui dengan penuh semangat dan rasa cinta.Ia juga mampu mengubah hidup menjadi lebih indah.

Buku ini memberitahu proses perubahan itu adalah senang dan tidak menyusahkan.

Buku ini boleh menjadi panduan kepada semua orang yang dahaga dengan kejayaan dan juga boleh menjadikan buku ini sebagai panduan praktis antara teori dan praktik.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada mereka yang inginkan perubahan dalam kehidupan.

Ulasan oleh
SUZILAWANA BINTI JAMALUDIN
PD BENTA

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Monday, February 5, 2018

Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat

Pelajar Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujuan

Encik Muhammad Nur Adden b Khairi

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 5 Februari 2018 hingga 25 Mei 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

Bahagian Khidmat Pengurusan
-Unit Teknologi maklumat

Bahagian Rangkaian Perpustakaan

Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Thursday, February 1, 2018

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

Cik Badiah binti Bahrum

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEBRUARI - MAC
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

MAC - APRIL
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

APRIL - MEI
Unit Teknologi maklumat

MEI - JUN
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Cik Nur Sakinan binti Ab Hamid

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEB - MAC
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

APRIL
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

MEI - JUN
Unit Teknologi maklumat

MAC - APRIL
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Encik Muhammad Zharfan b Mohd Zaki

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEBRUARI - MAC
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

MAC
Unit Teknologi maklumat

MEI
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

MEi - JUN
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Ulasan Buku Ikut Daerah

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Berikut adalah ulasan buku mengikut daerah:
1.Lipis
5.Raub
8.Bera