Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 20, 2018

Buku KEKEJAMAN dan KEZALIMAN TERHADAP ISLAM oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Terbitan GREEN DOME 2016

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM Terbitan GREEN DOME 2016

No. Perolehan:           DRAU 000699
No. Panggilan:           297.272 SYE
ISBN:           978-967-0728-18-6
Bahasa:           Melayu
Kategori:           Agama

Ulasan                        :
Perkembangan Islam bermula sejak Junjungan Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul sekitar 1400 tahun lalu. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab yang dilantik telah meluaskan pengaruh dan empayar Islam hampir ke seluruh pelosok dunia.

Musuh Islam tidak senang akan situasi tersebut dan mereka bersatu untuk mengucar kacirkan serta menghancurkan Islam secara terang. Selepas kejatuhan kerajaan Khalifah Islam dunia, maruah umat Islam seakan tercalar.

Musuh Islam mengambil kesempatan akan kejatuhan Islam dan melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas umat Islam sehingga kini.

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM karya SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM telah mengupas secara terperinci akan kekejaman yang telah dilakukan terhadap Islam di seluruh pelusuk dunia.

SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM juga telah menyusun buku ini dan memperlihatkan kezaliman yang telah dilakukan terhadap Islam bermula dahulu sehingga ke hari ini. Bermula dengan kezaliman terhadap penduduk Islam Makkah sehinggalah kisah kezaliman yang dilakukan di Palestin dan Rohingya.

Buku KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM ini sesuai dibaca oleh mereka yang gemar mengikuti perkembangan semasa dunia Islam pelusuk dunia. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan iktibar kerana dewasa ini maruah Islam semakin tercalar.

Islam dianggap sebagai pengganas dan persepsi sedemikian perlu diubah kerana Islam merupakan Agama yang bersederhana dan cintakan kedamian.

Judul: KEKEJAMAN & KEZALIMAN TERHADAP ISLAM
Pengarang: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
Penerbit: GREEN DOME PUBLICATIONS SDN. BHD.
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 28.00

Ulasan oleh:
Mohamad Zafwan Hafizul bin Zainuddin
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

No comments: