Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 20, 2018

BUKU The Misadventures Of Cik Reen dan En Ngok ngek PENULIS Maya Adira PENERBIT Kaseh Aries 2017

BUKU The Misadventures Of Cik Reen dan En Ngok ngek PENULIS Maya Adira PENERBIT Kaseh Aries 2017

NO. PEROLEHAN :DBER 17-000166
CALL NO. : F MAY
ISBN : 978-967-2035-12-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SASTERA

ULASAN:
Azreen seorang cikgu Tadika terpaksa berkahwin dengan Harris yang dipanggilnya Si Ngok Ngek demi menjaga maruah kedua belah keluarga disebabkan adiknya,Izyan  yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan bersama adik kepada Harris iaitu Iqram telah menghilangkan diri secara tiba-tiba sehari sebelum majlis.

Selepas sahaja majlis perkahwinan dilansungkan, Azreen dan Harris tekad mencari kedua-dua adik mereka bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Harris tekad mahu melepaskan Azreen setelah menemui Izyan dan Iqram demi menyambung kasih bersama Zaza iaitu kekasih hatinya.

Sepanjang perjalanan mereka mencari Izyan dan Iqram pelbagai onak ranjau mereka terpaksa tempuhi bersama sehingga menimbulkan rasa cinta di hati Azreen terhadap Harris.

Harris pula semakin keliru dengan perasaannya sendiri samaada masih mengharapkan Zaza atau kekal bersama Azreen dan meneruskan ikatan perkahwinan mereka.

JUDUL : THE MISADVENTURES OF CIK REEN & EN. NGOK NGEK
PENGARANG : MAYA ADIRA
PENERBIT : KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD
TAHUN TERBIT :2017
HARGA :RM29.00
MUKA SURAT :502
RATING :4/5

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

No comments: