Friday, March 30, 2018

Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap

Garis Panduan
BANGKEL LATIHAN DALAMAN
BAHAGIAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN

BANGKEL KREATIVITI DAN KECERIAAN LANDSKAP PERPUSTAKAAN
A. PENDAHULUAN
B. LATAR BELAKANG
C. JANGKAAN MASALAH
D. OBJEKTIF BANGKEL
E. MODUEL LATIHAN
 1. KONSEP LANDSKAP
 2. PELAN LAKAR
 3. KEPERLUAN PENYELANGGARAAN
 4. ANGGARAN KOS
 5. KERJA GOTONG ROYONG
 6. PELAN TINDAKAN
 7. PERSEMBAHAN
 8. ATURCARA BANGKEL
 9. KEPERLUAN BANGKEL
Penceramah: KBR
Fasilitator: KPD

A. PENDAHULUAN
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perkhidmatan bil 1/2018 pada 27 Februari 2018 telah membincangkan mengenai Landskap dan Keceriaan di Perpustakaan Daerah.Mesyuarat mencadangkan supaya mengindahkan landskap dan keceriaan di setiap perpustakaan daerah bagi menarik minat pengunjung ke perpustakaan awam seluruh Negeri Pahang. Permohonan pokok bagi keceriaan landskap boleh dimohon kepada Pejabat Perhutanan dan Majlis Daerah/ Perbandaran.

Bagi melaksanakan keputusan ini, Bahagian Rangkaian menjadikan Keceriaan landskap ini sebagai bangkel latihan dalaman bagi menjana kreativiti dan potensi kakitangan.

B. LATAR BELAKANG

Keceriaan Landskap merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian oleh petugas di daerah cawangan dan desa. Bangkel Keceriaan Landskap ini mendedahkan kakitangan tentang perancangan asas untuk menyediakan Laman Landskap. Pada masa ini keceriaan landskap perpustakaan adalah pada tahap serdahana dan boleh ditingkatkan.

Kejayaan proses Keceriaan landskap mungkin dikaitkan dengan individu yang kreatif dan mempunyai minat terhadap landskap. Petugas yang kurang terserlah dalam perkara ini sering menganggap diri mereka tidak tiada kemampuan kerana kurang kreatif dan minat.

Kreativiti bukanlah sesuatu yang dimiliki oleh petugas yang bergelar “bijak pandai”. Kita semua mampu meningkatkan kreativiti dan potensi dalam situasi yang sesuai jika kita benar-benar memberikan fokus.

Kreativiti adalah aktiviti hasil daripada proses pemikiran orang-orang yang biasa macam kita semua.Penjanaan minda yang kreatif boleh bermula dari mereka yang banyak latihan, tekun dan sabar untuk menjelmakan kreativiti dari imaginasi menjadi kenyataan. Diakui bahawa setiap individu berbeza keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menganalisis dan bakat. Keupayaan minda mungkin meningkat seiring dengan peningkatan fokus dan pengalaman kerja. Tahap penerimaan ilmu juga berbeza bagi setiap petugas. Petugas yang ada minat dan pengalaman serta pernah mempelajari ilmu landskap akan lebih mudah menerima dan memahami tugaan ini berbanding individu yang tidak berminat dengan landskap.

Sehubungan itu bangkel latihan ini diadakan bagi membolehkan individu yang merasa tidak kreatif dapat merangsang idea kreatif mereka dan membuat perancangan landskap. Kefahaman tentang proses kerja dalam perancangan lanskap adalah penting bagi memudahkan sesuatu rekabentuk landskap dirancang.

Tempoh masa bangkel ini yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan tidak terhasil satu rekabentuk landskap yang sesuai. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau tiba-tiba. Sebaliknya ia adalah proses yang memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun sebelum dapat memberikan hasil yang betul-betul menarik. Ianya termasuklah proses berfikir, mencuba dan ujian sehingga terhasil landskap yang ceria. Tetapi ianya perlu bermula sekarang.

Lanjutan kepada bangkel ini perlu diusahakan di peringkat daerah/cawangan masing-masing.Seperti Program Galakan Membaca dikalangan kakitangan iaitu Ulasan Buku boleh dijadikan lanjutan kepada Bangkel Keceriaan Landskap. Petugas boleh membuat ulasan buku berkaitan landskap. Inilah keadah latihan dalaman yang tidak melibatkan pihak luar.

C. JANGKAAN MASALAH
Antara halangan yang paling ketara adalah tidak mempunyai cukup masa bagi memberikan tumpuan kepada landskap. Kerja yang ada sekarang dirasakan terlampau banyak dan bagi sesetengan petugas hampir-hampir tidak mampu dilaksanakan semuanya.

Ketiadaan pelan perancangan landskap juga antara faktor penyebab kurangnya tumpuan kepada aspek keceriaan landskap. Kontraktor mencuci dan membersih tidak boleh diharapkan sepenuhnya untuk membuat perancangan landskap. Kerana kerja mencuci dan membersih tidak sama dengan kerja landskap.

Motivasi juga perkara yang perlu diberikan tumpuan. Motivasi merupakan proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku petugas kearah satu-satu tujuan. Maka dengan mengadakan bangkel ini diharap dapat menjana motivasi petugas untuk menghargai dan menikmati keceriaan.

Seterusnya memasukkan pemeriksaan landskap dalam Jadual Kerja Tahunan adalah keadah terbaik.

D. OBJEKTIF BANGKEL
Hasil dari bangkel ini diharap dapat membantu peserta supaya:
1. Boleh mengerakkan minda kreativiti peserta.
2. Boleh menyediakan konsep dan pelan lakar landskap.
3. Boleh mengenal pasti keperluan kos dan pasukan untuk kerjasama
4. Boleh menerangkan perancangan kepada pihak lain seperti JK Penasihat.
5. Boleh menyediakan jadual tindakan

E. MODUEL LATIHAN

1. KONSEP LANDSKAP
Peserta perlu menyediakan satu konsep untuk diberi nama kepada landskap mereka. Antara konsep yang boleh dinamakan adalah:
- Landskap herba tanah tinggi
- Landskap dengan terowong masa sejarah daerah
- Landskap perpustakaan dalam dusun
- Landskap bunga raya

2. PELAN LAKAR
Peserta diminta menyediakan pelan lakar bagi perpustakaan masing-masing yang terdiri dari:
1. Lakaran tapak kosong
2. Lakaran element sedia ada
3. Lakaran element dirancang

3. JADUAL PENYELANGGARAAN
- Harian
- Mingguan
- Bulanan
- Tahunan

4. ANGGARAN KOS
Peserta perlu menyediakan anggaran kos bagi:
- Pokok
- Bukan pokok
- Upah kerja

5. KERJA GOTONG ROYONG
Peserta perlu menyediakan cadangan mengenai perkara yang boleh diperolehi tanpa kos.
- Pokok
- Bukan pokok
- Kumpulan atau individu yang akan membantu

6. PELAN TINDAKAN
-Semakan dengan KPD
-Pembentangan kepada JK Penasihat
-Surat permohonan pokok
-Surat permohonan bantuan landskap

7. PEMBENTANGAN
Diakhir Bangkel Keceriaan Landskap ini, peserta akan membuat persembahan mengenai idea dan kreativiti yang dijana semasa bangkel ini. Perkara yang boleh diterangkan adalah:
- Apakah konsep landskap
- Kenapa konsep tersebut sesuai dengan perpustakaan.
- Dimanakah susunan pokok dan bukan pokok
- Siapakah yang akan berkerjasama
- Bagaimanakah projek ini dijalankan
- Bilakah akan dimulakan.

8. ATURCARA BANGKEL
11.00 pg - Menjana Kreativiti dan Menceriakan Landskap.
11.10 pg - Penyediaan konsep landskap
11.20 pg - Penyediaan pelan lakar tapak
11.35 pg - Penyediaan anggaran kos dan kerja gotong royong
11.45 pg - Pembentangan
12.00 tgh - Rumusan.

PENCERAMAH: KBR
FASILITATOR: KPD

9. KEPERLUAN ALAT TULIS
-Kertas A4 atau A3
-Pen hitam, biru dan merah
-Pensil

10. PERLAKSANAAN
KBR mengadakan lawatan pemantauan berjadual ke 13 lokasi daerah dan cawangan. Bangkel ini akan dijalankan di 13 lokasi lawatan tersebut. Pada hari yang sama diadakan Mesyuarat Pengurusan Daerah/Cawangan Bersama KBR yang dipengerusikan oleh KBR. Bangkel ini diadakan selepas mesyuarat tersebut. Permohona  dibuat kepada Bahagian Khidmat Pengurusan untuk memasukkan bangkel ini sebagai satu hari latihan.

No comments: