Saturday, March 10, 2018

Buku KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA HADI FAYYADH IQES TIJARAH 2017

Februari 2018
Buku KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA HADI FAYYADH IQES TIJARAH 2017
NO. PEROLEHAN :DBER 17-001049
CALL NO. : 899.2333 HAD
ISBN : 978-967-14276-1-3
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SASTERA
ULASAN:

Buku ini mengisahkan kembara seorang saintis astronomi yang atheis, tidak percaya kewujudan tuhan. Akhirnya mengalami kegagalan 11 bintang dalam kedudukan sejajar lalu membuat kajian demi kajian sehingga mengubah paradigma pegangannya. Prof. Dr. Fayyadh akhirnya menemui sesuatu yang sangat luar biasa.
Beliau hidup dizaman kebangkitan dajjal, kembaranya bermula setelah dia melihat bagaimana dunia meniti usia kehancuran dengan peperangan, virus ZK, kebuluran dan kematian sehingga membawa dirinya kembara ke ufuk Timur.
Kapal terbang yang dinaikinya terhempas dilembah yang tandus akibat hentaman meteor. Dia dan kumpulannya dikejar makhluk pembaham manusia, bertemu dengan makhluk berbulu yang pandai berbicara, lelaki yang hampir membunuh diri, wanita penjaga misteri dan wasiat penunggu gua. Dia akhirnya bertemu dajjal yang ingin  membunuhnya tetapi diselamatkan oleh tentera Al-Mahdi.

JUDUL : KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA
PENGARANG : HADI FAYYADH
PENERBIT : IQES TIJARAH TRADING
TAHUN TERBIT :2017
HARGA :RM20.90
MUKA SURAT :300
RATING :4/5

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

No comments: