Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, March 30, 2018

BUKU Sampai Bila Makan Gaji PENULIS Mejar Mohammad Qayyum A Badaruddin PENERBIT Casamas Resourses 2016

ULASAN BUKU JANUARI 2018
BUKU Sampai Bila Makan Gaji PENULIS Mejar Mohammad Qayyum A Badaruddin PENERBIT Casamas Resourses 2016

No Perolehan :  EPAL 17/000815
ISBN: 978-967-5994-52-4
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ringkasan Umum :

Buku Sampai Bila Makan Gaji? ini merumuskan dalam dunia sekarang, satu punca pendapatan tak cukup dah. Always go for multiple source of income.  Ada 3-4 punca pendapatan dan pendapatan itu semakan lama semakin bertambah, duit dalam bank pun makan lama makin bertambah, dengan syarat jaga perbelanjaan la menampung perbelanjaan harian, dah boleh pertimbangkan untuk berhenti kerja.

Bila dah kerja, setiap hari paling kurang 9 jam akan hangus untuk dapatkan gaji pada hujung bulan. Kalau tempat kerja jauh dengan rumah, tambah lagi sejam pergi dan balik.

Gaji satu sumber memang tak pernah cukup. Bila dah berkahwin masa perlu dibahagi untuk keluarga. Bila dah dewasa ini, masalah paling besar bukan duit tapi masa. Kita gunakan masa untuk buat duit. Ada masa lebih, boleh buat duit lebih daripada sumber lain. Biasanya Negara yang menghadapi masalah ekonomi ni mempunyai kadar jenayah yang tinggi seperti ragut, rompakan di tempat awam, kejadian pecah rumah dan sebagainya.

Kepada yang masih belajar di universiti tu, pandai-pandailah nanti. Gaji fresh grad dulu dengan sekarang pun tak banyak beza, tapi taraf hidup dah berlipat kali ganda. Cabaran semakin besar untuk anda. Nak tau besar mana? Tengok harga rumah di tempat tinggal anda dan betapa mencabarnya dalam masa beberapa tahun lagi. Selamat Membaca!!!

Judul :    Sampai Bila Makan Gaji?
Pengarang    :    Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit    :     Casamas Resourses Sdn Bhd
Tahun Terbit    :    Mei 2016
Harga    :    RM 23.50
Muka surat    :    269
Rating   :-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

No comments: