Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 30, 2018

Buku Eva Goes Solo Penulis Evangeline Neo Penerbit MPH Publishing 2017 RM34

April 2018
Buku Eva Goes Solo Penulis Evangeline Neo Penerbit MPH Publishing 2017 RM34

No Perolehan: DTEM 002119
ISBN: 978-967-415-386-1
Kategori: 741.5 NEO
Ringkasan/ Ulasan

Komik yang kelakar dan sangat menarik!

Angan-angan saya dan suami ingin melancong ke Jepun. Komik ini memberikan informasi dalam bentuk kurikatur comel mengenai Jepun.

Kami bergilir-gilir membaca komik ini dan banyak cerita yang sangat kelakar mencuit hati kami.

Mulanya saya membaca komik kedua Eva, Eva, Kopi and Macha dan membawa saya kepada komik Eva pertama ini.

Kepada pembaca yang berangan-angan seperi saya dan suami ingin ke Jepun, bacalah komik ini. Ia saya fikir sangat membantu.

Judul: Eva Goes Solo
Pengarang: Evangeline Neo
Penerbit: MPH Publishing
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 34.90
Muka surat: 120
Rating: 5
Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Buku Fiqh Wanita Menurut Empat Mazhab penulis Muhammad Athiyah Khumais Penerbit Pustaka Al Ehsan 2016 RM22

April 2018
Buku Fiqh Wanita Menurut Empat Mazhab penulis Muhammad Athiyah Khumais Penerbit Pustaka Al Ehsan 2016 RM22
No Perolehan: 17-000513
ISBN: 978-983-3204-20-5
Kategori: 297.57082

Ringkasan/ Ulasan
Buku yang bertajuk FIQH WANITA ini memuatkan dan menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita dalam taharah, wanita dalam solat, wanita dalam zakat, wanita dalam puasa, wanita dalam haji dan sebagainya.

Kandungan buku ini juga  disertakan bersama pelbagai pendapat mazhab yang berbeza sebagai perbandingan antara pandangan mereka dan terpulang kepada pembaca untuk menentukan pilihan masing-masing.

Judul: Fiqh Wanita
Pengarang:  Muhammad Athiyah Khumais
Penerbit:  Pustaka Al Ehsan
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM22.00
Muka surat: 348
Rating: -

Ulasan oleh: Puan Norzini Majid, PD Kerdau

Buku Segelas Air Segenggam Kopi Penulis Dato Ustaz Badli Shah Alauddin Penerbit Galeri Ilmu RM20

Buku Segelas Air Segenggam Kopi Penulis Dato Ustaz Badli Shah Alauddin Penerbit  Galeri Ilmu RM20
No Perolehan: ESAN 001051
ISBN: 978-983-097-646-4
Kategori: 153.8

Ringkasan/ Ulasan
Buku Segelas Air Segenggam Kopi ini merupakan buku motivasi yang sangat menarik.
Di dalam buku ini terdapat cerita-cerita pendek beberapa individu yang istimewa, istimewa kerana daripada tidak punya apa-apa berkat kesungguhan dan ketabahan mereka Allah kurniakan kekayaan yang luar biasa sehingga kejayaan mereka ini dapat dinikmati oleh orang lain.

Buku ini penuh dengan pengajaran yang berguna untuk dijadikan pengajaran, sesuai buat sesiapa yang pernah kecewa didalam hidup, gagal dalam pekerjaaan, pelajaran mahu pun perniagaan.

Kisah-kisah yang terdapat di dalam buku ini mungkin pada pandangan kita nampak biasa-biasa sahaja tetapi bagi orang yang memerlukan sokongan bagi meneruskan kehidupanselepas mengalami kegagalan buku ini memberi impak yang sangat besar buat mereka untuk bangkit bagi meneruskan kehidupan.

Kepada pembaca yang minat dengan buku-buku motivasi ianya sesuai dijadikan bahan rujukan dan koleksi peribadi.

Judul: Segelas Air Segenggam Kopi
Pengarang: Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin
Penerbit:  Galeri Ilmu Sendirian Berhad
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 140
Rating: -
Ulasan oleh: Puan Juwahi Md. Amin, PD Sanggang

Buku Travelog MR. Traveller Penulis Meor Farid Asyradi Penerbit MYTravelog 2015 RM25

Mac 2018
Buku Travelog MR. Traveller Penulis Meor Farid Asyradi Penerbit MYTravelog 2015 RM25
No Perolehan: 17 - 001004
ISBN: 978-967-13337-0-9
Kategori: 910.4 MEO

Ringkasan/ Ulasan

Buku Travelog MR. Traveller ini merupakan sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Dengan menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket dan 50 buah kereta api digunakan dalam masa 15 hari.

Dengan berbekalkan segala persediaan yang diuruskan dengan rapi, pelbagai kisah suka dan duka dialaminya disulami dengan kisah-kisah “throwback”ketika mengembara ke negara-negara lain.

Penulis membawa pembaca masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan dan segalanya realiti bukan mimpi atau fantasi.

Judul: Travelog MR. Traveller
Pengarang: Meor Farid Asyradi
Penerbit: MYTravelog
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM25.00
Muka surat: 308
Rating: 4

Ulasan oleh: Puan Norjuliana Abdullah, PD Jenderak Loop

Buku OPEN YOUR HEART FOLLOW YOUR PROPHET Penulis Hassan Taha Penerbit Green Dome 2016 RM25

Mac 2018
Buku OPEN YOUR HEART FOLLOW YOUR PROPHET Penulis Hassan Taha Penerbit Green Dome 2016 RM25
No Perolehan: 2017CLAN000691 
ISBN  9789670728155 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

“Open your heart,follow your prophet.” Kalau boleh di usia muda…Kenapa perlu tunggu hingga ke tua ?

Buat temanku yang dicintai Allah, sebaik-baik umur untuk mengejar cita-cita dan kejayaan adalah ketika usia muda.

Dan sebaik-baik contoh yang boleh kita teladani adalah Rasulullah SAW. Betapa hebat generasi sekarang dan betapa cemerlang generasi akan dating, jika semua genarasi muda umat Islam menjadikan baginda sebagai teladan.

Judul : OPEN YOUR HEART,FOLLOW YOUR PROPHET.
Pengarang:Hassan Taha
Penerbit: Green Dome Publications Sdn Bhd.Kuala Lumpur.
Tahun terbitan:  2016           
Harga: RM25.00
Mukasurat:   vii,192 ms   
Rating:

Buku BAGAIMANA MERANGSANG SERONOK BELAJAR penulis AHMAD FADZLI FAUZI penerbit PTS PROFESSIONAL 2009 RM16

Mac 2018
Buku BAGAIMANA MERANGSANG SERONOK BELAJAR penulis AHMAD FADZLI FAUZI penerbit PTS PROFESSIONAL 2009 RM16

NO. PEROLEHAN :DBER 02067
CALL NO. : 371.30281
ISBN :978-967-5226-12-0
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : PENDIDIKAN
ULASAN:

Buku ini membicarakan bagaimana merangsang seronok belajar untuk anak-anak tentang suasana kelas yang kondusif. Bagi menggalakan anak-anak  terus aktif dan seronok dan bersemangat guru-guru perlu membantu mereka menimbulkan minat untuk terus belajar.

Buku ini juga mengandungi motivasi,tip dan teknik bagi merangsang  rasa seronok dan sesuai diaplikasikan semua peringkat umur bagi semua pelajaran. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berkaitan matlamat belajar,,rasa seronok belajar,komunikasi yang berkesan,imej diri,mengurus emosi dan teknik mendorong perubahan pelajar. Aktiviti yang kreatif  perlu diujudkan bagi merangsang  guru  menjana idea lebih kreatif dengan semua mata pelajaran yang diajar.Bagaimana dengan kita tepuk dada sukat usaha.

JUDUL : BAGAIMANA MERANGSANG SERONAK BELAJAR
PENGARANG : AHMAD FADZLI FAUZI
PENERBIT : PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM16.50
MUKA SURAT :132
RATING :4/5

Buku SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN Penulis Prof Dr Said Hammad Penerbit Ar-Risalah Product 2013 RM12

April 2018
Buku SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN Penulis Prof Dr Said Hammad Penerbit Ar-Risalah Product 2013 RM12

Buku : Sihat dengan minyak zaitun
Pengarang : Prof. Dr. Sa’id Hammad
Penerbit : Ar-Risalah Product Sdn. Bhd
Tahun  Terbit: 2013
Harga : RM 12.00
Muka surat :130
No. Perolehan : 0003745
Bulan bacaan : April 2018
N0. ISBN : 978-967-0268-79-8

Ulasan:
Buku ini menceritakaan tentang minyak zaitun. 
Zaitun merupakan pohon yang penuh keberkatan.
Bahkan, Allah bersumpah dalam Al-Quran dengan nama Zaitun.
Zaitun mempunyai banyak khasiat serta kebaikannya dalam kehidupan dan kesihatan manusia.
Buku ini juga menerangkan cara pengunaan zaitun serta beberapa resipi untuk kita amalkan.

Disediakan Oleh:
LILIDALILA BINTI ROPA
Perpustakaan Desa Balok

Disemak Oleh :
AHMAD AZIDDIN B AHMAD
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

ULASAN BUKU PD SIMPANG PELANGAI – BIL. 1/ 2018
BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

No. Perolehan : EPEL 000089
Call No : F SIT (899.2333)
ISBN : 9789675822001
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan :

Buku Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan seorang  gadis yang cantik, menarik dan pintar yang bernama Tengku Aqialah yang telah disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri iaitu Tengku Hisham. Tengku Hisham  membuang Tengku Aqilah kerana tidak boleh menerima dan menganggap kematian isterinya yang tersayang yang mengidap adalah berpunca dari melahirkan Tengku Aqilah. Begitu juga kakak Tengku Aqilah iaitu Tengku Natasha yang sering dimanjakan ayahnya dan menganggap Tengku Aqilah adalah orang asing di dalam keluarga tersebut.

Daripada peristiwa itu, berbagai-bagai hal dan tindakan buruk telah dilakukan terhadap Tengku Aqilah sehingga beliau membawa diri dan belajar di luar negara sehingga tamat belajar. Sekembalinya ke tanah air, beliau cuba untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan ayah dan kakak beliau serta bapa saudaranya. Bermula dari itulah berbagai rintangan beliau terpaksa hadapi.

Kakak beliau, Tengku Natasha yang sememangnya dimanjakan oleh Tengku Hisham amat berdendam dengan Tengku Aqilah. Tengku Natasha berlagak baik dengan mengambil adiknya itu bekerja di pejabat keluarga mereka dan bertujuan memalukan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai Penyambut Tetamu. Tengku Natasha juga berharap semua staf di pejabat akan memandang rendah dan memperkecilkan keupayaan Tengku Aqilah yang dianggap telah gagal belajar di luar negara.

Tengku Ryan Ameer merupa sepupu Tengku Natasha dan Tengku Aqilah yang bekerja di tempat yang sama. Beliau sangat membenci Tengku Aqilah. Apatah lagi selama ini sering diberitahu perkara-perkara buruk sahaja tentang Tengku Aqilah. Berbagai peristiwa dan hal-hal buruk dikenakan kepada Tengku Aqilah untuk menggambarkan api kebencian mereka terhadap Tengku Aqilah. Hanya airmata derita dan sedih sahaja mengiringi hidup Tengku Aqilah sepanjang bertugas di tempat itu.

Dugaan untuk Tengku Aqilah belum berakhir lagi apabila beliau diwasiatkan untuk dijodohkan dengan Tengku  Ryan Ameer yang pada tersebut juga menyintai Tengku Natasha. Ujian semakin getir buat Tengku Aqilah. Berbagai cacian, airmata dan kebencian dipamerkan sepanjang hidup bersama suami beliau.

Berkat kesabaran dan bantuan daripada sahabatnya Sherry, Shafiq, Azrul Botak dan pembantu rumah beliau iaitu Kak Kembong, beliau berjaya mengembalikan kasih sayang ayahnya kembali. Tengku Natasha juga mendapat pengajaran sepanjang perkahwinan adik beliau walaupun pada waktu yang sama Tengku Aqilah telah disahkan mengidap penyakit kanser seperti arwah ibu beliau.

Akhirnya kesedihan dan kecekalan hati yang dialami Tengku Aqilah telah membuka pintu hati ayah, suami, kakak untuk menerima dan menyayangi beliau sepenuh hati beliau.

Judul : Lafazkan Kalimah Cintamu.
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 811 ms
Rating : 8/10

Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai

MAC 2018 BUKU MUSTAFA KAMAL ATATURK PENULIS ABDUL LATIP TALIB PENERBIT PTS LITERA UTAMA 2014 RM18

MAC 2018 BUKU MUSTAFA KAMAL ATATURK PENULIS ABDUL LATIP TALIB PENERBIT PTS LITERA UTAMA 2014 RM18

A. JUDUL BUKU : MUSTAFA KAMAL ATATURK
B. PENULIS : ABDUL LATIP TALIB
C. TAHUN TERBITAN : 2014
D. PENERBIT BUKU : PTS LITERA UTAMA SDN.BHD
E. JUMLAH MUKA SURAT : 343 MUKA SURAT
F . HARGA :  RM18.00
G. NO PEROLEHAN : 950.1024
BULAN BACAAN : FEBRUARI 2018

ULASAN BUKU :
PADA AWALNYA , MUSTAFA KAMAL ARTATURK PERNAH DIANGGAP SEBAGAI SALAHUDDIN AL-AYUBI KEDUA. USMAT ISLAM MENARUH HARAPAN YANG TINGGI KEPADA ARTATURK BAGI PEMIMPIN NEGARA-NEGARA ISLAM. NAMUN, KEPERCAYAAN KEPADANYA SEMAKIN HARI SEMAKIN PUDAR DAN KIAN LUNTUR , SETERUSNYA BERANSUR-ANSUR HILANG SECARA PERLAHAN-LAHAN. UMAT ISLAM MULA BERKATA ,

;MUSTAFA KAMAL ARTATURK SUDAH MENGKHIANATI KAMI,; DIA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENGAKHIRI EMPAYAR UTHMANIYAH , DIA JUGA YANG MENJADIKAN TURKI SEBUAH NEGARA SEKULAR DAN MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI MUSUH.

INILAH KISAH MUSTAFA KAMAL ARTATURK, YANG MENJADI PENEGAK AGENDA YAHUDI.

Diulas Oleh:
Siti Norhasmah Bt Tahir
Pembantu Pustakawan
PD Sungai Lembing

Disemak Oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Kuantan

Thursday, April 26, 2018

Buku Rumpai Khasiat Ubatan dan Makanan Pengarang Ong Hean Chooi Penerbit Berita Publishing

BUKU MAC
Buku Rumpai Khasiat Ubatan dan Makanan Pengarang Ong Hean Chooi Penerbit Berita Publishing

No Perolehan:ESAN 003747
ISBN:978-967-63-2637-7
Kategori:615.321

Ringkasan/ Ulasan

Rumpai yang terdapat di persekitaran kita mempunyai pelbagai khasiat sebagai ubatan herba. Di dalam buku Rumpai Khasiat Ubatan & Makanan ini terdapat pelbagai jenis herba diantaranya aratanah, kemuncup, lalang, paku lipan pulut-pulut dan banyak lagi, ada diantara rumpai tersebut kita beranggapan tidak berguna kepada kita contohnya kemuncup yang akan melekatpada pakaian kita apabila kita lalu tempat dimana banyak ditumbuhi rumpai tersebut.

Didalam buku ini diterangkan kesan ubat herba dan cara menyediakan dan menggunakan ubat herba mengikut sukatan yang sebenar agar tidak memberirisiko kepada pengguna.

Selain mengetengahkan khasiat ubat dan makanan buku ini juga menampilkan nama sains, venakular, botani, kaedah penanaman, kegunaan lain supaya memudahkan pembaca untuk mengenali setiap jenis rumpai yang disenaraikan.

Gambar yang berwarna-warni disediakan agar para pembaca mudah mengecam setiap jenis rumpai tersebut.

Kepada peminat rumpai buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan dan koleksi peribadi.

Judul: Rumpai Khasiat Ubatan dan Makanan
Pengarang:Ong HeanChooi
Penerbit: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Harga: RM 30.40
Mukasurat:198
Rating: -

Ulasan Oleh:
Juwahi Md. Amin,
PD Sanggang

Tuesday, April 24, 2018

Jom Baca 2018 Pahang. Album 6

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10




Jom Baca 2018 Pahang. Album 5

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
10

Jom Baca 2018 Pahang. Album 4

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
10

Jom Baca 2018 Pahang. Album 3

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
10