Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 30, 2018

BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

ULASAN BUKU PD SIMPANG PELANGAI – BIL. 1/ 2018
BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

No. Perolehan : EPEL 000089
Call No : F SIT (899.2333)
ISBN : 9789675822001
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan :

Buku Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan seorang  gadis yang cantik, menarik dan pintar yang bernama Tengku Aqialah yang telah disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri iaitu Tengku Hisham. Tengku Hisham  membuang Tengku Aqilah kerana tidak boleh menerima dan menganggap kematian isterinya yang tersayang yang mengidap adalah berpunca dari melahirkan Tengku Aqilah. Begitu juga kakak Tengku Aqilah iaitu Tengku Natasha yang sering dimanjakan ayahnya dan menganggap Tengku Aqilah adalah orang asing di dalam keluarga tersebut.

Daripada peristiwa itu, berbagai-bagai hal dan tindakan buruk telah dilakukan terhadap Tengku Aqilah sehingga beliau membawa diri dan belajar di luar negara sehingga tamat belajar. Sekembalinya ke tanah air, beliau cuba untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan ayah dan kakak beliau serta bapa saudaranya. Bermula dari itulah berbagai rintangan beliau terpaksa hadapi.

Kakak beliau, Tengku Natasha yang sememangnya dimanjakan oleh Tengku Hisham amat berdendam dengan Tengku Aqilah. Tengku Natasha berlagak baik dengan mengambil adiknya itu bekerja di pejabat keluarga mereka dan bertujuan memalukan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai Penyambut Tetamu. Tengku Natasha juga berharap semua staf di pejabat akan memandang rendah dan memperkecilkan keupayaan Tengku Aqilah yang dianggap telah gagal belajar di luar negara.

Tengku Ryan Ameer merupa sepupu Tengku Natasha dan Tengku Aqilah yang bekerja di tempat yang sama. Beliau sangat membenci Tengku Aqilah. Apatah lagi selama ini sering diberitahu perkara-perkara buruk sahaja tentang Tengku Aqilah. Berbagai peristiwa dan hal-hal buruk dikenakan kepada Tengku Aqilah untuk menggambarkan api kebencian mereka terhadap Tengku Aqilah. Hanya airmata derita dan sedih sahaja mengiringi hidup Tengku Aqilah sepanjang bertugas di tempat itu.

Dugaan untuk Tengku Aqilah belum berakhir lagi apabila beliau diwasiatkan untuk dijodohkan dengan Tengku  Ryan Ameer yang pada tersebut juga menyintai Tengku Natasha. Ujian semakin getir buat Tengku Aqilah. Berbagai cacian, airmata dan kebencian dipamerkan sepanjang hidup bersama suami beliau.

Berkat kesabaran dan bantuan daripada sahabatnya Sherry, Shafiq, Azrul Botak dan pembantu rumah beliau iaitu Kak Kembong, beliau berjaya mengembalikan kasih sayang ayahnya kembali. Tengku Natasha juga mendapat pengajaran sepanjang perkahwinan adik beliau walaupun pada waktu yang sama Tengku Aqilah telah disahkan mengidap penyakit kanser seperti arwah ibu beliau.

Akhirnya kesedihan dan kecekalan hati yang dialami Tengku Aqilah telah membuka pintu hati ayah, suami, kakak untuk menerima dan menyayangi beliau sepenuh hati beliau.

Judul : Lafazkan Kalimah Cintamu.
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 811 ms
Rating : 8/10

Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai

No comments: