Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 17, 2018

BUKU Lasik untuk jiwa PENULIS Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

ULASAN BUKU MAC 2018

BUKU Lasik untuk jiwa PENULIS Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

No Perolehan: 18-002249
ISBN: 97898 30 97433
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/Ulasan:
Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
‘Awak ini siapa?’ Tanya kanak-kanak itu.
‘Saya ini Kebahagian,” jawab lelaki pertama.
‘Saya, Kejayaan,’ jawab lelaki kedua.
‘Saya,Kekayaan,’ jawab lelaki ketiga. Yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan  meninggal kanapa yang dilarang.”

“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.
Setelah kanak-kanak itu bertanya ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagian.

Apa bila Kebahagian masuk, Kekayaan dan Kejayaan untuk  turut masuk ke dalam.
Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan,” Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang  doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga juga membantu menguatkan “dalaman”  (spiritual/kerohanian) mereka.

Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.”Lasik” Untuk Jiwa adalah pendekatan  Prof Muhaya dalam membantu penyakit rohani.

Judul: “Lasik” untuk jiwa
Pengarang: Datuk Prof.Dr.Muhaya Mohamad
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun terbit: 2017
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 160
Rating:

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NOR HAILAH BT BAHAROM) (ZULKEPLI B HARON)
Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Awam Daerah Maran Perpustakaan Awam Daerah Maran

No comments: