Thursday, May 31, 2018

BUKU Tambah Ilmu Terokai Dunia PENULIS Fatmawati Akip PENERBIT Sinar Cemerlang 2017

BUKU FEBUARI

BUKU Tambah Ilmu Terokai Dunia PENULIS Fatmawati Akip PENERBIT Sinar Cemerlang 2017

No Perolehan :  EPER 17-000561
ISBN: 978-967-0929-14-9
Kategori: Karya Am
Ringkasan / Umum :

Buku Seluas Pengetahuan Sejuta Ilmu tulisan Fatmawati Akip ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta, pengumuman dan info sejarah sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian info sejarah.

Tambah Ilmu Terokai Dunia merupakan koleksi buku yang mengandungi unsur Sains, Geografi, Sejarah dan pelbagai bidang. Buku ini memaparkan pelbagai kejadian alam yang tidak pernah dilihat, peristiwa bersejarah yang pernah berlaku, para pencipta yang mengubah duniaini dan banyak lagi.

Selain pengetahuan yang pelbagai, buku ini juga digarap dengan bahasa yang mudah berserta gambar yang menarik. Buku-buku dalam siri ini amat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur khususnya pelajar-pelajar sekolah.

Judul: Seluas Pengetahuan Sejuta Ilmu
Pengarang: Fatmawati Akip
Penerbit: Penerbit Sinar Cemerlang
Tahun Terbit: 2017
Harga: Rm 34.75
Muka surat: 60
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan                        PAD Pekan

Monday, May 28, 2018

Buku KAEDAH RASULLULAH MENEGUR KESILAPAN Penulis MUHAMMAD SALIH AL MUNAJJID Penerbit DAKWAH CORNER PUBLICATION 2014 RM19.00

Buku KAEDAH RASULLULAH MENEGUR KESILAPAN Penulis MUHAMMAD SALIH AL MUNAJJID Penerbit DAKWAH CORNER PUBLICATION 2014 RM19.00

TAJUK BUKU : KAEDAH RASULLULAH MENEGUR KESILAPAN

PENGARANG : MUHAMMAD SALIH AL MUNAJJID
NO. PANGGILAN : 297.63 MUH
ISBN : 978-967-12565-8-9
PENERBIT : DAKWAH CORNER PUBLICATION
TAHUN TERBIT : 2014
EDISI BAHASA : BAHASA MALAYSIA
HARGA : RM 19.00

ULASAN BUKU
Menegur kesalahan merupakan kewajipan dan ia sangat penting. Islam bukan hanya mengenai larangan kepada kemungkaran tetapi juga untuk menegakkan kebaikkan. Rasulullah saw menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani kesalahan yang berbeza.

Sesiapa yang faham tentang ini dan ingin mengikutinya harus membandingkan situasi yang sedang ditanganinya dengan contoh-contoh yang diberikan untuk mencari yang mana paling hampir menyerupainya, supaya dia dapat menentukan pendekatan yang paling sesuai digunakan.

Buku BERAKHIRNYA DUNIA INI: TANDA-TANDA KIAMAT KECIL DAN BESAR Penulis DR MUHAMMAD AL AREEFI Penerbit DAKWAH CORNER BOOKSTORE

Buku BERAKHIRNYA DUNIA INI/ TANDA-TANDA KIAMAT KECIL DAN BESAR Penulis DR MUHAMMAD AL AREEFI Penerbit DAKWAH CORNER BOOKSTORE

TAJUK BUKU : BERAKHIRNYA DUNIA INI/ TANDA-TANDA KIAMAT KECIL DAN BESAR

PENGARANG : DR. MUHAMMAD AL-AREEFI
NO. PANGGILAN : 297.23 ARI
ISBN : 9789675699160
PENERBIT : DAKWAH CORNER BOOKSTORE
                               SDN BHD
TAHUN TERBIT : 2011
EDISI BAHASA : BAHASA MALAYSIA
HARGA : RM 55.00

ULASAN BUKU

Setiap yang hidup pasti akan mati kejadian manusia yang tidak kekal. Sampai waktu dan ketika akan menemui maha pencipta. Begitu juga dengan pengakhiran kita akan berlakunya hari kiamat sebelum hari pembalasan. Tanda-tanda sebelum berlakunya hari kiamat amat terang dan nyata. Ada tanda kiamat kecil dan kiamat besar.

Tanda kiamat kecil telah kita ketahui berlaku jelas di dunia hari ini. Banyak ilmu yang kita perolehi iaitu mengetahui tanda tanda kiamat kecil dan besar sebagai persediaan untuk menempuh hari tersebut.

Thursday, May 24, 2018

BUKU Katak Di Luar Tempurung PENULIS Syed Alwi Altas PENERBIT Galeri Ilmu 2017

BUKU FEBRUARI

BUKU Katak Di Luar Tempurung PENULIS Syed Alwi Altas PENERBIT Galeri Ilmu 2017

No Perolehan :  DPEK 17-002243
ISBN: 978 - 983 – 097 – 626 - 6
Kategori: Karya Am

Ringkasan Umum :

Buku Katak Di Luar Tempurung tulisan Syed Alwi Alatas mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri,tidak lagi berterusan berkata`tak boleh’.

Sebaliknya,katakan “saya boleh” dan lakukan tanpa keraguan. Keyakinan diri tidak bergantung pada penampilan,kekayaan ataupun penilaian orang lain. Tetapi dipengaruhi oleh sikap I Can yang bersumber pada keyakinan bahawa setiap orang sebenarnya memiliki kemampuan yang unik,kemampuan yang berasal dari Penciptanya.

Tidak perlu jauh-jauh mencari keyakinan diri.Sebaik-baik sumber keyakinan dan harga diri adalah iman.Besama ilmu,iman akan mengangkat darjat seseorang dan membawanya pada kemenangan dan kejayaan yang  sebenarnya. Kuncinya  Adalah Iman.

Judul: Katak Di Luar Tempurung
Pengarang: Syed Alwi Altas
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd.
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 18.00
Muka surat: 130
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Tuesday, May 22, 2018

Daftar Koordinat (Latitud Longitud) Perpustakaan Awam Di Pahang


PERPUSTAKAAN LATITUD LONGITUD
1 Perpustakaan Daerah Maran 3.582436868 102.775631
Jalan Perpustakaan
26500 Maran ,Pahang
Tel : 09-4771622
Fax : 094771622
2 Perpustakaan Desa Luit 3.826711 102.77514
26500 Maran,Pahang
Tel : Tiada
Fax : Tiada
3 Perpustakaan Desa Chenor 3.495407 102.5805269
28100 Chenor Maran,Pahang
Tel : 092995055
Fax :Tiada
4 Perpustakaan Awam Daerah Jerantut  3.93672 102.36294
27000 Jerantut,Pahang
Tel: 09-2602012
Fax: 09-2602010
5 Perpustakaan Desa Damak 3.95296 102.20954
27030 Jerantut,Pahang
Tel: Tiada
Fax: Tiada
6 Perpustakaan Desa Pulau Tawar 3.90361 102.44576
27500 Jerantut,Pahang
Tel: Tiada
Fax: Tiada
7 Perpustakaan Daerah Lipis 4.18158 102.05342
Jalan Lipis Benta
27200 Kuala Lipis,Pahang
Tel : 09-3124155 
Fax :09-3123867
8 Perpustakaan  Desa Gua 4.20997 101.98417
Padang Tengku
27100 Kuala Lipis,Pahang
Tel : 09-3291306
Fax : Tiada
9 Perpustakaan Desa Benta 4.01717 101.96576
27300 Kuala Lipis,Pahang
Tel : Tiada
Fax : Tiada
10 Perpustakaan Desa Merapoh 4.699677 102.003983
Kampung Merapoh
27200 Kuala Lipis
Tel :Tiada
Fax : Tiada
11 Perpustakaan Awam Daerah Rompin 2.801534 103.486414
26800 Kuala Rompin,Pahang
Tel.:09-4141422
Fax: 09-4141422
12 Perpustakaan Desa Leban Chondong, 2.890301 103.42812
Jalan Lanjut,Kampung Leban Chondong,
26810 Kuala Rompin,Pahang
Tel.: 011-25460726
Fax: Tiada
13 Perpustakaan Desa Muadzam Shah, 3.059945 103.093946
Desa Kenanga,
26700 Muadzam Shah,Pahang
Tel.: 013-9377862
Fax : Tiada
14 Perpustakaan Desa Bukit Ibam 3.164093 102.974272
Jalan Bukit Ibam,
26700 Muadzam Shah,Pahang
Tel.: 019-9372077
Faxs : Tiada
15 Perpustakaan Awam Daerah Pekan 3.489133 103.393983
Jalan Sultan Abdullah, 26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur
Tel  : 09-4224042
Fax : Tiada
16 Perpustakaan Desa Peramu  3.3339276 103.2241542
Jaya 3
26600 Pekan 
Pahang Darul Makmur
Te L: 019-9931183
Fax  : Tiada
17 Perpustakaan Desa Paloh Hinai  3.485872 103.096499
26650 Pekan
Pahang Darul Makmur
Tel : 019-9230912
Fax : Tiada
18 Perpustakaan Daerah Temerloh 3.448379 102.4199878
Jalan Dato’ Awang Ngah
28000 Temerloh  Pahang
Tel : 09-296 2300/ 296 8300
Fax : 09-296 2300
19 Perpustakaan Desa Siber Sanggang 3.5294519 102.4134336
Kg Sanggang Bahagia
28020 Temerloh Pahang
Tel : 013-950 5908
Fax : Tiada
20 Perpustakaan Desa Kerdau 3.569347 102.3844245
Jalan Kuala Krau
Kg. Sri Ketumbit Kerdau
28010 Temerloh  Pahang
Tel : 013-956 2602
Fax : Tiada
21 Perpustakaan Desa Jenderak Loop 3.65644 102.431789
Kg. Sri Tanjung
28050 Kuala Krau, Temerloh Pahang
Tel : 017-342 3064
Fax : Tiada
22 Perpustakaan Desa Sg Lembing 9.913322 103.03209
26200 Sungai Lembing,  Kuantan,Pahang
Tel  : 019-9192581
Faks : Tiada
23 Perpustakaan Desa Balok 3.9323974 103.3346527
Jalan Kemaman Kg Balok, 
26100 Kuantan,Pahang
Tel : 012-9001879
Fax  :  Tiada
24 Perpustakaan Desa Lepar Hilir 1 3.6574 103.0734
No 202,Felda Lepar Hilir 1, 
26300 Gambang, Kuantan,Pahang
Tel  : 017-9323114
Fax : Tiada
25 Perpustakaan Desa Kg Seri Mahkota 3.660099 102.7474817
Batu 12, Jalan Gambang, 
26070 Kuantan,Pahang
Tel  : 017-8822844
Fax : Tiada
26 Perpustakaan Daerah Bera 3.271471 102.454106
Simpang Kerayong
28200 Bera,Pahang
Tel : 09-2506541
Fax : 092506541
27 Perpustakaan Desa  Siber Bandar 32 3.264539 102.607886
28200 Bera,Pahang
Tel : 09-2461194
Fax :Tiada
28 Perpustakaan Desa Kampung Mengkarak 3.316809 102.455612
28200 Bera,Pahang
Trl : 014-5416353
Fax :Tiada
29 Perpustakaan Awam Cawangan Jengka 3.769368 102.549195
Bandar Tun Abdul Razak
26400, Jengka
Tel :  09-4662576
Fax : 09-4662576
30 Perpustakaan Cawangan Lanchang 3.499144 102.185977
28500 Lanchang
Tel: 09 2803830
Faks: 09 2803830
31 Perpustakaan Daerah Cameron Highlands 4.46987 101.3798
39000 Tanah Rata Cameron Highlands ,Pahang
Tel : 05-4901330 /05-4901331
Fax : 05-4901332
32 Perpustakaan Awam Daerah Bentong  3.5156832 101.9124097
Kg. Baru, 28700 Bentong, Pahang
Tel : 09-222 2233
Fax :  09-223 5939
33 Perpustakaan Desa Jambu Rias, 3.463686 102.095497
Kg Jambu Rias
26000 Karak, Pahang
Tel : 09-2381149
Fax : Tiada
34 Perpustakaan Desa Simpang Pelangai 3.174805 101.196448
Kampung Simpang Pelangai
28740 Bentong Pahang
Tel : 09-239 1008 / 019-9530582
Fax : Tiada
35 Perpustakaan Desa Felda Lurah Bilut, 3.6628898 101.8934044
Felda Lurah Bilut,
28800 Bentong,
Tel : 09-2375257 | 013-9898807
Fax : Tiada
36 Perpustakaan Desa Felda Kemasul, 3.2858651 102.2238072
28310 Triang,
Tel : 013 9204161  
Fax : Tiada
37 Perpustakaan Desa Janda Baik, 3.331329 101.8577689
Kampung Janda Baik,
28750 Bentong,
Tel : 09- 233 0657 
Fax : Tiada
38 Perpustakaan Daerah Raub, 3.794193 101.854461
Jalan Dato’ Abdullah,
 27600 Raub Pahang
Tel: 09-3555022
Faks: 09-3511042
39 Perpustakaan Desa Ulu Gali 3.8234 101.93394
Kampung Gali, 
27600 Raub,Pahang
Tel: Tiada
Fax:  Tiada
40 Perpustakaan Desa Jeruas 3.815317 101.892934
25400  Sega,Raub Pahang
Tel: Tiada
Faks:  Tiada

BUKU Lelaki Jururawat Hikayat Yang Jarang Didendang PENULIS Rasheedan Ellin Kopi Cetak 2017

ULASAN BUKU MAC 2018

BUKU Lelaki Jururawat Hikayat Yang Jarang Didendang PENULIS Rasheedan Ellin Kopi Cetak 2017

No Perolehan :  EPAL 17/001081
ISBN: 978-967-2112-01-3
Kategori: Sains Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Lelaki Jururawat : Hikayat Yang Jarang ini merumuskan bagi mengetengahkan watak seorang jururawat yang berani bersuara dan menginginkan perubahan ke arah suasana dan motivasi kerja yang lebih Islami.

Hikayat Yang Jarang Didendang merupakan idea dan gagasan pemikiran seorang jururawat iaitu sebagai seorang penyeru kepada Tuhannya, baik dalam situasi pesakit atau rakan sekerjanya sendiri.

Kupasan buku ini sangat menarik. Bila membacanya, terasa terjawab segala persoalan melingkari kehidupan seorang jururawat, baik persoalan kehidupan sekarang (dunia) mahupun selepasnya. Ini membuatkan kita sedar bahawa tugas jururawat bukan sahaja merawat tetapi lebih dari lagi.

Ideanya berkembang melangkaui realiti apa yang terbentang di hadapan mata dengan memberikan inspirasi Ilahi betapa mulianya profesion ini, bukan seperti yang kita fikirkan – bakti kepada pesakit, keluarga dan masyarakat – ianya lebih agung daripada itu. Buku ini begitu memberi inspirasi dan motivasi.

Semoga buku ini menjadi cahaya yang menyinari kehidupan seorang jururawat, kerana tanpa cahaya, pelita seorang jururawat ituu akan malap dan tidak mampu menyinar orang lain di sekeliling. Selamat Membaca!!!

Judul :    Lelaki Jururawat : Hikayat Yang Jarang Didendang
Pengarang    :    Rasheedan Ellin
Penerbit    :     Kopi Cetak Sdn Bhd
Tahun Terbit    :    April 2017
Harga    :    RM 20.00
Muka surat    :    135
Rating   :-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Thursday, May 17, 2018

BUKU Mau izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh PENULIS Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani PENERBIT Galeri Ilmu RM28

BUKU JANUARI

BUKU Mau' izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh PENULIS Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani PENERBIT Galeri Ilmu RM28

No Perolehan: DPEK 17-00258
Isbn: 978-983-097-624-2

Ringkasan Umum
Teman di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad,peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para sahabat r.a.
Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati dengan roh orang yang masih hidup.Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal kesana.Suasana di alam barzarkh tidak sama dengan suasana di padang mahsyar.

Buku ini juga menceritakan kematian setiap orang adalah berbeza beza dari segi keadaan dan waktunya.Nabi Adam a.s wafat beribu tahun dahulu.Nabi Muhammad s.a.w pula wafat lebih 1400 tahun yang lalu,kemudian kita pula tidak tahu bila ajal menjemput.

Buku ini juga melampirkan hadis-hadis Nabi s.a.w yang menceritakan perihal padang mahsyar dan perihal alam barzakh dengan panduan yang diceritakan dalam buku ini, penulis begitu mengharapkan agar buku inidapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca tentang kehidupan di alam barzakh.

Judul: Mau’izhah Hasanah 2 Teman Di Barzakh Penempatan Para Roh
Pengarang: Ahmad Dusuki Abd. Rani,Ustaz
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Harga: RM 28.00
Muka Surat: 246
Rating:-

Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Isham bin Hamzah                                                                              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                                                                                          PAD Pekan

Tuesday, May 15, 2018

BUKU Fiqh Wanita Menurut Empat Mazhab PENULIS Haji Muhammad Nasir PENERBIT Pustaka Al-Ehsan 2016

ULASAN BUKU MAC 2018 PD PERAMU JAYA 3

BUKU Fiqh Wanita Menurut Empat Mazhab PENULIS Haji Muhammad Nasir PENERBIT Pustaka Al-Ehsan 2016

No Perolehan :  EPER 17-000513
ISBN: 978-983-3204-20-5
Kategori: Agama
Ringkasan / Umum :

Buku Fiqh Wanita tulisan Haji Muhammad Nasir ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab, ia memuatkan  penulisan taksiran dan maksudnya serta menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita sebagai rujukan yang mudah difahami.

Fiqh Wanita merupakan koleksi buku yang hanya memfokuskan kepada hokum-hukum yang berkaitan dengan wanita sahaja, memfokuskan kepada penghuraian dan penjelasan, misalnya dalam bab solat yang menyebut tentang cara melakukan solat mulai dari niat, takbir sehingga salam termasuk juga doa-doa yang dibacakan dalam solat dan sebagainya.

Pastinya dalam menjelaskan hokum-hukum yang dibincangkan di dalam buku inidisertakan bersama pelbagai pendapat mazhab yang berbeza. Namun dalam memaparkan pandangan mazhab, buku ini bukan bersifat untuk menonjolkan satumazhab sahaja dan merendahkan mazhab yang lain tetapi sekadar perbandingan antara pandangan mereka dan pilihan pendapat hanya ditentukan oleh para pembaca sendiri.

Judul: Fiqh Wanita
Pengarang: Haji Muhammad Nasir
Penerbit: Pustaka Al-Ehsan
Tahun Terbit: 2016
Harga: Rm 22.00
Muka surat: 348
Rating:-


Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Thursday, May 10, 2018

BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

BUKU FEBRUARI
BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

No Perolehan : ELUI001020
ISBN:978-967-11555-3-0
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca yang mengimpikan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Keluarga yang sentiasa  berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain akan menarik rahmat Allah SWT. Apabila rahmat Allah diperolehi, maka segala urusan akan dipermudahkan termasuk urusan rezeki.

Nikmat dunia ini akan dikecapi apabila kita rasa gembira ketika bersama ahli keluarga. Kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup ini ialah orang yang sangat menghargai keluarga. Rasulullah SAW adalah insan yang mencintai dan menghargai keluarganya dengan bersungguh-sungguh.
Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Benarlah rumahku syurgaku.

Menatap wajah ibu ayah serta anak isteri adalah perkara paling nikmat dalam hidup.
Setiap insan akan bahagia jika berjaya memperoleh reda Allah SWT. Allah mencipta syurga bagi setiap insan untuk menikmatinya. Namun hakikat bahagia itu bermula dari hati. Hati adalah penentu kebahagiaan.
Buku ini yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis.

Amat bermanfaat dibaca sebagai panduan untuk kita menuju kebahagiaan dalam rumah tangga. Buku ini amat sesuai untuk dibaca semua peringkat umur terutama kepada yang telah berkahwin.

Judul: Isteriku Bidadarai – 11 Kaedah membimbing keluarga
Pengarangn: Ebit Lew
Penerbit: Transform publication
TahunTerbit: 2016
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 406
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Desa Luit PAD Maran

Buku HAYATUS SAHABAH Pengarang MOHD HAZRI Hashim Al Bindany Penerbit Galeri Ilmu 2017

BUKU FEBRUARI
Buku HAYATUS SAHABAH Pengarang MOHD HAZRI Hashim Al Bindany Penerbit Galeri Ilmu 2017

No Perolehan: DMAR18002238
ISBN: 978-983-097-648-8
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan gambaran kehidupan 20 insan mulia yang dipilih Allah SWT untuk menjadi sahabat dan pendamping Nabi Muhammad SAW.

Mereka adalah generasi pertama memdapat bimbingan langsung daripada baginda,sehingga keimanan dan kecintaan mereka kepada islam menjadikan mereka sanggup berkorban jiwa dan raga demi memastikan sinar islam bergemerlapan di setiap pelosok dunia.

Mereka tanpa ragu telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, malah dunia mereka telah dijual demi mendapatkan akhirat yang lebih utama.

Judul: HAYATUS SAHABAH
Pengarang: MOHD HAZRI Hashim Al-Bindany
Penerbit: Galeri Ilmu
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 20.00
Muka surat: 188
Rating: -

Disediakan oleh Disemak oleh
(Zaiwadi Bin Awang) (Zulkepli Bin Haron)
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah,
PAD Maran PAD Maran

Thursday, May 3, 2018

BUKU Kanser Payudara PENULIS Hasanah Che Ismail PENERBIT Dewan Bahasa 2014

ULASAN BUKU FEBRUARI 2018

BUKU Kanser Payudara PENULIS Hasanah Che Ismail PENERBIT Dewan Bahasa  2014

No Perolehan : 14-000142
No Panggilan : 616.99449 HAS
ISBN: 9789834609696
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan:
Siri bagaimana mengurus kesihatan dan permakanan semestinya menjadi bahan bacaan menarik untuk seisi keluarga. Banyak informasi yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan permakanan adalah dengan begitu menarik dan mudah difahami disertakan gambar yang berwarna untuk rujukan yang jelas kepada pembaca.

Antara aspek yang diterangkan iaitu makanan untuk tenaga dan tumbesaran, lemak dan mineral, variasi, keracunan serta alahan makanan, dan akhir sekali label makanan dan berat badan ideal. Selain itu pembaca harus tahu keracunan makanan adalah gejala sakit yang muncul akibat memakan makanan yang mengandungi zat-zat kimia beracun atau mengandungi kuman penyakit tertentu. Kuman-kuman penyakit itu boleh berbentuk fungus, bacteria dan mikroorganisma yang lain.

Nilaitambah yang terdapat dalam buku ini bukan sekadar info tentang kesihatan, malah terdapat juga maklumat dan pendedahan tentang kerjaya pakar permakanan dan kerjaya dalam bidang kesihatan.

Judul: Kanser Payudara
Pengarang: Hasanah Che Ismail
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
TahunTerbit:  2014
Harga: RM30.00
Mukasurat: 320
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri Bin AwangNgah                                                      Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah,
PD Chenor                                                                                           PAD Maran

Buku Isteriku Bidadari Pengarang Ebit Lew Penerbit Transform Publication 2016

BUKU MAC
Buku Isteriku Bidadari Pengarang Ebit Lew Penerbit Transform Publication 2016

No Perolehan: DTEM 002194/17
ISBN: 978-967-11555-3-0
Kategori: 297.577 EBI

Ringkasan/ Ulasan

Isteriku Bidadari buku ini menceritakan tentang 11 Kaedah membimbing Keluarga. Buku ini sangat menarik untuk dibaca dimana buku ini menceritakan kebahagian rumahtangga kerana Allah.Buku ini juga menceritakan andai sesebuah rumahtangga itu dibentuk mengikut tuntutan Rasulullah S.A.W. maka tidak akan rasa pernah kecewa dengan kehidupan yang dibina.

Janganlah kita hanya mengejar bahagia untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain dan jangan bahagia yang yang dicari tapi derita yang menjengah.

Buku ini sangat sesuai dibaca kepada golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun perempuan terutama sekali kepada yang sudah berumahtangga. Andai sesiapa yang menginginkan kebahagian boleh membaca buku ini dan dijadikan contoh dan mengambil iktibar.

Seterusnya dapat mendatangkan kebaikan kepada diri dan keluarga yang dibina  kerana Allah S.W.T.

Judul: Isteriku Bidadari
Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 28.00
Muka surat: 406
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Norasuryanti binti Abdul Rapar,
PAD Temerloh

Wednesday, May 2, 2018

BUKU Triangle of Love ALLAH AKU DAN KAMU Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh PENERBIT Green Dome Publications 2016 RM25

April 2018
BUKU Triangle of Love ALLAH AKU DAN KAMU Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh PENERBIT Green Dome Publications 2016 RM25
No Perolehan: 17clan000693     
ISBN : 9789670728162   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan : 
Berkisar mengenai perkara-perkara yang berkait dengan cinta, berpasangan, bujang, ta'aruf (berkenalan) dan pernikahan menurut pandangan Islam.

Fitrah setiap manusia ingin hidup secara berpasang-pasangan. Namun hal ini tidak beerti kita boleh sewenang-wenangnya mewujudkan hal tersebut. Sebesar apapun cinta kita terhadap pasangan, janganlah cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T.

Ini kerana, 'cinta' itu bukan sekadar urusan aku dan kamu sahaja, tetapi juga melibatkan Allah S.W.T. yang meredhai perhubungan tersebut.

Judul : Triangle of Love: Allah, Aku & Kamu : Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh
Pengarang:. -
Penerbit: Green Dome Publications Sdn Bhd
Tahun terbitan: 2016                                 
Harga:RM 25.00
Mukasurat: viii,192ms                               
Rating:

Tuesday, May 1, 2018

Buku ORANG VIKING Penulis ELIZABETH RAUM Penerbit INSTITUT TERJEMAHAN 2017 RM15

ULASAN BUKU APRIL 2018
Buku ORANG VIKING Penulis  ELIZABETH RAUM Penerbit INSTITUT TERJEMAHAN 2017 RM15
NO. PEROLEHAN: DBER 001935
CALL NO. : K 948.022 ELI
ISBN: 978-967-460-473-8
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: SEJARAH

JUDUL: APAKAH PENINGGALAN ORANG VIKING UNTUK SAYA?
PENGARANG: ELIZABETH RAUM
PENERBIT: INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD
TAHUN TERBIT: 2017
HARGA: RM 15.00
MUKA SURAT: 32
RATING: 5/5

ULASAN:
Buku ini mengajak kita  meneroka bagaimana tamadun terdahulu telah memberikan kesan terhadap  kehidupan masyarakat modern sekarang, diceritakan juga sejarah, teknologi, makan dan bahasa serta kebudayan terdahulu yang telah diwarisi zaman berzaman dan masih digunaka pakai oleh masyarakat kita.

Buku ini juga disertakan gambar dan ilustrasi yang berwarna dan menarik serta memaparakan tarikh penting , glosari dan bahan rujukan daripada buku-buku lama berkaitan masyarakat viking .

Dengan membaca buku ini dapatlah kita mengimbau sejarah terdahulu yang masih digunapakai  dalam kehidupan masyarakat sehingga ke hari ini.