Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, May 22, 2018

BUKU Lelaki Jururawat Hikayat Yang Jarang Didendang PENULIS Rasheedan Ellin Kopi Cetak 2017

ULASAN BUKU MAC 2018

BUKU Lelaki Jururawat Hikayat Yang Jarang Didendang PENULIS Rasheedan Ellin Kopi Cetak 2017

No Perolehan :  EPAL 17/001081
ISBN: 978-967-2112-01-3
Kategori: Sains Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Lelaki Jururawat : Hikayat Yang Jarang ini merumuskan bagi mengetengahkan watak seorang jururawat yang berani bersuara dan menginginkan perubahan ke arah suasana dan motivasi kerja yang lebih Islami.

Hikayat Yang Jarang Didendang merupakan idea dan gagasan pemikiran seorang jururawat iaitu sebagai seorang penyeru kepada Tuhannya, baik dalam situasi pesakit atau rakan sekerjanya sendiri.

Kupasan buku ini sangat menarik. Bila membacanya, terasa terjawab segala persoalan melingkari kehidupan seorang jururawat, baik persoalan kehidupan sekarang (dunia) mahupun selepasnya. Ini membuatkan kita sedar bahawa tugas jururawat bukan sahaja merawat tetapi lebih dari lagi.

Ideanya berkembang melangkaui realiti apa yang terbentang di hadapan mata dengan memberikan inspirasi Ilahi betapa mulianya profesion ini, bukan seperti yang kita fikirkan – bakti kepada pesakit, keluarga dan masyarakat – ianya lebih agung daripada itu. Buku ini begitu memberi inspirasi dan motivasi.

Semoga buku ini menjadi cahaya yang menyinari kehidupan seorang jururawat, kerana tanpa cahaya, pelita seorang jururawat ituu akan malap dan tidak mampu menyinar orang lain di sekeliling. Selamat Membaca!!!

Judul :    Lelaki Jururawat : Hikayat Yang Jarang Didendang
Pengarang    :    Rasheedan Ellin
Penerbit    :     Kopi Cetak Sdn Bhd
Tahun Terbit    :    April 2017
Harga    :    RM 20.00
Muka surat    :    135
Rating   :-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

No comments: