Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, June 23, 2018

BUKU Mudahnya Menjemput Rezeki 2 PENULIS Fathuri Salehuddin 2017 RM20

BUKU Mudahnya Menjemput Rezeki 2 PENULIS Fathuri Salehuddin 2017 RM20

ULASAN BUKU APRIL 2018
No Perolehan    :    EPAL 17/001049
ISBN    :    978-967-11734-1-1
Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 ini merumuskan idea-idea yang menjurus kepada bagaimana untuk menjemput rezeki di dunia ini sekaligus rezeki di akhirat. Cara-cara untuk memohon bantuan Allah juga disampaikan sebagai buah fikiran khususnya yang berkait langsung dengan rezeki. Ada yang jelas dan ada yang tersirat dinyatakan di dalam buku ini amalan-amalan yang insyaAllah urusan rezeki menjadi lebih mudah, luas dan berkat.

Kupasan buku berbunyi, ‘Saudaraku, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Inilah sebabnya seorang hamba perlu meminta segala sesuatu kepada Allah. Sesungguhnya urusan Allah apabila menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata, "Jadilah Maka ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan. (Surah Yasin: Ayat 82-83)

Seorang hamba mengatakan ada hajat kecil dan hajat besar. Ada masalah kecil dan masalah besar. Bagi Allah semuanya mudah dan semuanya kecil. Hanya Allah Yang Maha Mulia. Hari ini seorang hamba boleh mengubah kehidupannya menjadi lebih baik, biarpun masih bekerja yang sama dan masih dengan bisnes yang sama.

Yakinlah apabila iman dan amal dibaiki, hasilnya pun baik. "Sesiapa yang beramal soleh daripada lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan mereka dengan memberi ganjaran daripada apa-apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl: ayat 97)
Semoga buku ini pembaca akan mengetahui ‘Siapakah Pemberi Rezeki’ dan amalan untuk mendapat bantuan-Nya. Yakinlah! Apabila didahulukan apa yang Allah suka, Allah akan mudahkan apa yang kita suka. InsyaAllah. Selamat Membaca!!!

Judul :    Mudahnya Menjemput Rezeki 2
Pengarang    :    Fathuri Salehuddin
Penerbit    :
Tahun Terbit    :    2017
Harga    :    RM 20.00
Muka surat    :    181
Rating   :-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

No comments: