Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, June 7, 2018

BUKU Siri Warisan Terpilih Alat Muzik Tradisional PENULIS Asma Hasna PENERBIT Pustaka Seri Idaman 2017 RM90

BUKU Siri Warisan Terpilih  Alat Muzik Tradisional PENULIS Asma Hasna PENERBIT Pustaka Seri Idaman 2017 RM90

No Perolehan: DTEM00761/17
ISBN: 978-967-0782-08-9
Kategori: 784.19595

Ringkasan/ Ulasan
     Penghasilan buku ini berkaitan tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia mengenai  alat muzik tradisional.Terbahagi kepada empat bahagian peralatan muzik tradisiona iaitu eropon,idiofin,kordofon dan membranofon.Eropon pula adalan alat-alat muzik melalui lubang udara.Alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka yang bergema kerana dipukul atau berlaga iaitu idiofon.Alat muzik yang mengeluarkan getaran pada tali yang diregangkan dikenali sebagai kordofon. Membranofon pula alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui atau membrane yang diregang dan dipalu.
     Keunikan buku memaparkan alat-alat muzik tradisioanal daripada pelbagai ertnik di Malaysia seperti alat muzik Bungkau daripada orang Kadazandusun Sabah,Nafiri alat muzik tradisioal Melayu,Nadasawaran alat muzik tradisional India,Selingup alat muzik orang Kayan Serawak,Seruling alat muzik masyarakat China dan Rebab kulit ikan buntal alat muzik masyarakat Orang Asli.
       Buku ini mampu mendedahkan kepada masyarakat terutama para pelajar untuk mengetahui budaya muzik tradisional yang terdapat di Malaysia dari dahulu hingga kini yang boleh menjadi produk pelancongan.
     Kesimpulannya buku ini diharapkan memberi pengetahuan kepada masyrakat terutamanya pelajar mengenali alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia.Walaupun terdapat sebahagian kecil alat-alat muzik ini sudah sukar didapati tetapi masih banyak lagi digunakan mengiringi acara-acara kebudayaan tradisional.

Judul: Buku Siri Warisan Terpilih :Alat Muzik Tradisional
Pengarang: Asma Hasna
Penerbit: Pustaka Seri Idaman
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM90.00
Muka surat: 52
Rating: 10

Ulasan Oleh:
Lizune a/l Met
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

No comments: