Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 10, 2018

BUKU Asas Pengurusan Perpustakaan PENULIS Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor PENERBIT ITBM Institut Terjemahan 2017

PAD BENTONG – BIL 5/2018
BUKU Asas Pengurusan Perpustakaan PENULIS Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor PENERBIT ITBM Institut Terjemahan 2017

TAJUK BUKU :  Asas Pengurusan Perpustakaan
PENGARANG:  Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor
NOMBOR PEROLEHAN:  EJAM 000935
NOMBOR PANGGILAN:  025.1
ISBN:  978-967-460-405-9
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  Karya Am



ULASAN :
Asas Pengurusan Perpustakaan menggariskan dengan jelas fakta mengenai pengurusan Perpustakaan yang baik.   Terdapat 5 jenis perpustakaan iaitu Perpustakaan Negara atau Nasional, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Khas dan Perpustakaan Sekolah.  Keterangan mengenai setiap jenis perpustakaan disediakan dari pelbagai aspek, iaitu kos, peranan, kemudahan yang ditawarkan, koleksi dan lokasi.

Peranan sebagai Pengurus Perpustakaan diterangkan iaitu sebagai perancang, pengorganisasian, memimpin dan memantau.  Peranan sebagai seorang Pustakawan  yang melibatkan tiga aspek kerja iaitu Perhidmatan pengguna, perkhidatan teknikal atau perkhidmatan pentadbiran. 

Jenis koleksi perpustakaan terdiri dari buku, terbitan bersiri, kertas persidangan, keratan akhbar, peta, koleksi media elektronik, manuskrip, koleksi khas dan pengkalan data komersial.

Perkhidmatan yang disediakan pula terbahagi kepada 3, perkhidmatan untuk orang awam, penerbit dan perpustakaan.  Pekhidmatan untuk orang awam termasuklah perkhidmatan rujukan, pinjaman bahan, perkhidmatan digital, zon siber, pendaftaran keahlian, perkhidmatan bilik karel, perkhidmatan fotokopi, gerakan literasi maklumat, sesi pendidikan pengguna dan perkhidmatan maklumat komuniti.  Pekhidmatan untuk penerbit permohonan International Standard Serial Number (ISSN), Pengkatalogan Dalam Penerbitan dan Permohonan International Standard Book Number (ISBN)

Seperti kebanyakan organisasi atau perpustakaan mempunyai visi sebagai ‘Peneraju pembangunan, perkhidmatan dan kepimpinan perpustakaan bertaraf dunia’.  Misi perpustakaan untuk ‘Memimpin dalam pembangunan Perpustakaan dan perkhidmatan Maklumat’.  Menjadi pusat kecemerlangan Warisan Intelek Negara.

Pengurusan Perpustakaan dan bahagian pentadbiran bertanggungjawab memastikan kapasiti operasi dan kecemerlangan melalui perancangan yang strategic.  Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kakitangan, menyediakan modul latihan bersesuaian, menyemai sikap berkerjasama dan berpasukan, prihatin masalah petugas bawahan, sistem penyampaian dan saluran komunikasi berkesan. 

Buku ini turut memberi perhatian bagaimana memproses koleksi bahan perpustakaan.  Bagi memudahkan proses mencari bahan dalam kuantiti yang besar penggunaan katalog dapat membantu pengguna memilih bahan yang dirasakan paling sesuai.

Perkhidmatan sesebuah perpustakaan merupakan kemudahan yang berupaya menyumbang secara berkesan pembentukan masyarakat berbudaya ilmu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.  Penulis turut menyelitkan bagaimana pengurusan bajet yang berkesan untuk sesebuah perpustakaan.  Keselamatan koleksi juga diberi perhatian dan keutamaan.  Ini termasuklah keselamatan pengguna dan kakitangan.

Tidak lengkap seandainya buku ini tidak menyentuh berkaitan persaingan antara bahan bacaan manual dan perkhidmatan digital.  Pun begitu kecanggihan teknologi tidak diukur dari aspek persaingan sahaja.  Kemajuan teknologi komunikasi ini turut membantu dalam penyebaran ilmu secara digital. 

Biarpun disentuh secara ringkas, semua aspek asas pengurusan sesebuah perpustakaan telah digarap dengan baik untuk pembaca menyediakan pengetahuan bagi pengurusan yang berkualiti.

Pengarang :  Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor
Penerbit :  ITBM Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  108
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Juriah binti Mohamed
   Pembantu Pustakawan
PD Jambu Rias

No comments: