Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 10, 2018

BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

No Perolehan : 004682
ISBN: 978-967-0618-29-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini ditulis dan disusun untuk bacaan dan perkembangan anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun. Kandungan utama buku ini terdiri daripada tiga topik utama iaitu berkenaan Islam, Iman dan Ihsan.

Ketiga-tiga perkara ini amat dititikberatkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana Allah memberi kepada kita kenikmatan utama iaitu, kecerdasan otak, emosi dan juga kecerdasan sosial.

Buku ini mengajak anak-anak untuk berfikir secara logik dan kritis serta berorientasikan pada masa hadapan. Anak-anak juga digalakkan berfikir impian dan cita-cita pada masa hadapan.

Oleh itu,ibu bapa berperanan membentuk perkembangan anak-anak supaya mereka membesar mengenali Islam, rasul dan amal ibadat. Buku ini adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar dan mengenali Islam dengan lebih mudah dan faham.

Buku ini dilengkapi dengan kalimah Allah, Rukun Islam,Rukun Iman serta asas pendidikan Islam.Ianya juga menepati sukatan pelajaran Pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah.Mudah –mudahan pembaca serta ibu bapa mendapat manfaat melalui buku ini.

Judul: Jom kenali Islam bersama Ayah &Ibu
Pengarangn: H. Saifuddin Aman
Penerbit: Darul Mughni Trading
TahunTerbit: 2014
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 176
Rating: -

Di sediakan oleh
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

No comments: