Tuesday, July 10, 2018

Buku Kembara Teladan Pelukis UCHOT Penerbit Humaira 2017 RM12

Buku Kembara Teladan Pelukis UCHOT Penerbit Humaira 2017 RM12

No Perolehan: DMAR 18002273
ISBN: 978-967-0886-62-6
Kategori: Kemasyarakatan

Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini memaparkan kura-kura dan keluarganya dalam perjalanan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Sewaktu dalam perjalanan, kura-kura yang minat melukis berasa bosan duduk di dalam lori yang mereka tumpang telah secara sengaja menconteng sebuah beg tangan berjenama milik ibunya. Berang dengan kejadian itu, bapa tirinya telah memarahi kura-kura dan secara tidak sengaja telah tertolak si kura-kura keluar dari lori dan mereka akhirnya terpisah.

Si kura-kura bertekad untuk mencari keluarganya maka bermulalah pengembaraanya ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, dia bertemu dengan banyak binatang yang mempunyai masalah dan mengambil keputusan membantu mereka. Dapatkah kura-kura membantu haiwan-haiwan yang ditemuinya? Dapatkah dia mencari ahli keluarganya semula? Sama-sama kita ikuti kisah teladan: ikhlaskan hati, pasti disenangi yang penuh dengan unsure humor dan emosi.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH,
PAD MARAN PAD MARAN

No comments: