Tuesday, July 10, 2018

Buku NOTA AJAL SEORANG MUKMIN Penulis AHMAD DUSUKI ABD RANI Penerbit KARANGKRAF 2017 RM26

ULASAN BUKU BULAN JUN  2018
Buku NOTA AJAL SEORANG MUKMIN Penulis AHMAD DUSUKI ABD RANI Penerbit KARANGKRAF 2017 RM26

TAJUK BUKU:   NOTA AJAL SEORANG MUKMIN
PENGARANG:   AHMAD DUSUKI ABD RANI
NO.PANGGILAN:   297.23 / AHM
ISBN:   978-967-86-0772-8
PENERBIT:   KARANGKRAF
TAHUN TERBIT:   2017
EDISI BAHASA:   BAHASA MELAYU
HARGA:   RM 26.00



ULASAN BUKU  :
Buku ini membicarakan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya.

Sebelum kita kembali mengadap Allah, pastikan kita memelihara akhlak dengan orang yang hidup seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan mereka yang rapat dengan diri kita. Jangan dibiarkan hidup bergelombang dosa, tetapi hiduplah di dalam ketaatan kepada Allah SAW. 

Jika kita sudah bersiap sedia dengan segala bekalan yang telah kita kumpul, ia akan memudahkan semasa proses mencabut nyawa dan semasa sesi soal jawab bersama 2 malaikat. 

Bagi setiap mukmin, mohonlah keampunan daripada Allah daripada dosa yang lalu, dosa akan datang, dosa tersembunyi dan dosa yang dilakukan dalam keadaan sedar. Sebagai orang mukmin kita pastinya impikan untuk menghembuskan nafas terakhir kita dalam keadaan husnul khatimah.     

No comments: